Dua minggu kemudian...
HARI berganti hari sehingga tanpa disedari hubungan Aareen dan Haiyan semakin rapat. Sejak dari peristiwa Haiyan menyelamatkan Aareen, boleh dikatakan setiap hari mereka saling berbalas Whatsapp. Hampir sebulan sudah mereka berkenalan selepas isu Aareen melanggar kereta Haiyan dan hubungan mereka bertambah baik. Mereka kerap keluar bersama bila pantang ada masa terluang. Sekali dilihat seperti pasangan bercinta saja.
Aareen tersenyum seorang diri bila mengenangkan dia bersama Haiyan. Tidak pernah selama ini dia berasa selesa dengan mana-mana lelaki kecuali Haiyan. Ketika bersama lelaki itu Aareen merasakan kelainan yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Jujur Aareen katakan yang dia sudah pun jatuh hati pada lelaki bernama Haiyan yang muncul dalam hidupnya disebabkan satu kemalangan kecil.
Memang terlalu awal untuk Aareen mengatakan perkara tersebut tetapi dia yakin dengan perasaannya. Setiap hari dia akan menanti pesanan dari Haiyan. Dia akan tersenyum seorang diri bila teringatkan lelaki itu.
"Sorry I'm late. Ada emergency tadi."
Mati lamunan Aareen apabila Haiyan muncul dihadapannya dengan nafas yang termengah-mengah. Hari ini mereka berjanji untuk keluar makan bersama di tempat biasa mereka berjumpa. Di mana lagi kalau bukan di Pavilion KL. Tetapi kali ini mereka makan di tempat lain iaitu di Pepper Lunch.
Senyuman diberikan kepada Haiyan. Dia sudah terbiasa dengan menunggu lelaki itu lama disebabkan Haiyan sentiasa ada kes kecemasan.
"It's okay."
"Dah lama tunggu?"
"Ada la dalam lima belas minit macam tu. Eh order la."
Haiyan mengangkat tangan seraya memanggil pelayan dan membuat pesanan. Kemudian matanya kembali tumpu kepada Aareen. Gadis itu kelihatan sangat manis dengan shawl yang dibelit kemas. Shawl berwarna krim menaikkan lagi seri wajah Aareen yang sawa matang.
Aareen tidak selesa bila dia dipandang begitu pura-pura sibuk dengan Samsung di tangan. Dia teringatkan sesuatu.
"Oh ya. Next month saya dah final exam." Sebenarnya Aareen lebih kepada menghentikan pandangan Haiyan yang sudah melekat di wajahnya itu.
"Really?" Soal Haiyan. Siku di letak atas meja dan tangan menongkat dagu sambil melihat Aareen. Haiyan tahu Aareen tidak selesa diperlakukan sebegitu. Dia suka melihat wajah Aareen berona merah kerana malu.
Perbuatan Haiyan terganggu bila seorang pelayan datang menghantar makanan yang dipesan.
"Thanks." Ucapnya kepada pelayan wanita tersebut.
"Aareen."
Aareen mengangkat wajah dari melihat Chicken Chop yang dipesan. "Yes?"
Secara jujurnya, dia suka apabila lelaki itu memanggilnya dengan sebaris nama itu. Bukan Reen tetapi Aareen. Biasanya, orang sekelilingnya pasti akan memanggil hanya dengan sebutan Reen saja. Namun, lelaki itu sering kali memanggil dia Aareen. Rasa seperti... istimewa! Hehe.
Haiyan membetulkan kedudukannya. Sudu dan garfu diletakkan perlahan-lahan di dalam pinggan dan Aareen dipandang. Ada sesuatu dia ingin bertanya kepada gadis itu. Harap Aareen akan memberi reaksi yang positif.
"Kenapa?" Soal Aareen hairan melihat tingkah Haiyan. Dia juga berbuat perkara sama.
"I have something to ask you."
"Apa?"
Nafas ditarik terlebih dahulu. "Okay macam ni. Dah lama mana kita kenal?"
"Dah nak dekat sebulan maybe since accident tu." Jawab Aareen selepas berfikir. "Kenapa?"
KAMU SEDANG MEMBACA
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷
RomanceSelepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan...