1

98 15 53
                                    

Hi! Hehe enjoy~

Hi! Hehe enjoy~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Choi Daram?"

"Hahahahah nama jenis apa tu?"

"Tak tahu pula tadika kita benarkan haiwan jadi pelajar hahahah!!"

"Daramjwi(squirrel) duduklah sebelah saya. Saya ada bawa makanan hamster saya. Rasanya tupai pun boleh makan jenama yang sama~"

"Hahahahahhah!"

Choi Daram, itu nama aku. Kelakar kan?

'Choi' merupakan nama keluargaku. 'Daram' pula datang daripada nama istimewa pemberian ibu bapaku yang jelas sekali bermaksud 'tupai' dalam bahasa Korea. Sebabnya cuma satu, aku terlalu comel sejak kecil.

Dilahirkan dengan pipi tembam gebu, gigi depan yang rata dan kelihatan lebih besar daripada gigiku yang lain, aku nampak tak ubah seperti anak tupai. Tapi, badan aku tak gemuk ya, cuma pipi.

Tapi aku rasa rupaku cukup sempurna. Aku sangat cantik untuk seorang pelajar tadika 5 tahun~

Masalahnya cuma... nama aku.

Sejak lahir, aku sukakan namaku. Semuanya berubah sebaik sahaja aku mula memasuki alam persekolahan. Namaku diejek setiap hari dan dijadikan bahan ketawa, hanya kerana nama aku adalah nama sejenis haiwan.

Aku banyak menangis, tapi mereka masih terus terusan mengejek, langsung tidak memperdulikan rintihan budak lima tahun secomelku.

Sehinggalah satu hari, seorang kawan datang menghulurkan tangannya padaku.

"Pedulikan mereka semua. Kami suka nama awak, Daram."

Dia Eunhye, kawan pertamaku. Di belakang Eunhye, kembar lelakinya bersembunyi sambil melambai malu ke arahku. Ketika itu barulah aku sedar yang aku senyum buat kali pertamanya di tadika.

Kami berkawan baik dan sejak itu, susah nak pisahkan kami bertiga.

Memasuki sekolah rendah, aku masih menerima ejekan yang sama sebaik sahaja berjumpa kawan-kawan baru. Nasib baik Eunhye dan kembarnya sentiasa menemani dan berikan kata-kata semangat persis motivator sepanjang masa.

Mereka minta aku pedulikan semua ejekan tu. Kata Eunhye, mereka mengejek hanya sebab mereka sebenarnya cemburukan nama unikku.

Heleh nak cemburu sangat, tukarlah nama!

Lama-lama, aku dah biasa. Mereka puji pun, aku akan balas dengan penuh bangga.

"Ya nama saya Daram, kenapa?"

Kini, aku merupakan pelajar tahun dua (gred-8, umur 15 tahun) Gangreung Middle School yang sedang bertahan mengharungi kehidupan kritikal sebagai seorang pelajar.

Aku sentiasa benci belajar, itulah masalah terbesar. Nasib baiklah keputusan peperiksaanku sentiasa dapat markah purata. Takdelah teruk sangat kan?

Lagi satu, aku rabun jauh. Power untuk kedua-dua belah mataku hampir mencapai nilai 1000, jadi cermin mata dah jadi sebahagian dari hidupku. Aku masih ada gigi arnab yang comel, walaupun ianya tidaklah semenonjol macam dulu.

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now