15

34 4 12
                                    


Daram's POV

Seronoklah game ni. Buat kami rasa teruja hanya dengan sekeping kertas.

Kertas yang mengandungi rahsia orang lain.

Sejujurnya, aku harap yang ini adalah rahsia aku. Aku tulis tentang aku fobiaku terhadap ketinggian, rahsia terbesarku yang aku harap hanya akan kekal rahsia.

Kenapa? Sebab aku tahu mereka akan cuba avoid tempat tinggi demi aku kalau mereka tahu. Bungee-jumping, roller coaster, kereta kabel mahupun sekadar berdiri di tempat setinggi menara Namsan, itu semua aktiviti kegemaran kawan-kawanku.

Dengan pura-pura yang aku berani, aku nak atasi fobia ni.

Kembali kepada game secret keeper, aku membuka lipatan kertas di tangan dengan berhati-hati.




'Hi saya suka Choi Daram
*quack quack*'



"Pfft-" aku menekup mulut sendiri, cuba menahan ketawa dari meletus. Apa ni??

Bunyi haiwan di penghujung ayat paling mengejutkan aku. Semua orang pasti dapat meneka siapa pemilik rahsia ni hanya dengan sekali pandang je.

Haiwan apa lagi yang buat bunyi quack quack kalau bukan itik? Ditambah lagi dengan pijama itik berwarna kuning terang yang sedang tersarung di badannya...

Jelas sekali ni milik Junhyeok! Aku dapat rahsia dia.

Aiguu comelnya! 😭

Aku dapat rasakan pipiku seakan terbakar, malu yang teramat apabila menerima tulisan tangan Junhyeok yang jelas sekali mengatakan dia sukakan aku.

Saya dah lama tahulah... Kenapa awak asyik buat jantung saya berdegup kencang dengan semua confession comel macam ni?

"Ahh apani! Saya dapat rahsia saya sendiri!" Taehun merengek. Dia siap menghentak-hentakkan kaki macam budak-budak, sengaja nakkan perhatian.

Jadi kami akan beri perhatian yang dia mahukan, "Padan muka."

"Okay done. Saya suka game ni so now what?"

Kami bertukar pandangan. Perut terlalu kenyang sampai otak tak boleh nak fikir apa aktiviti seterusnya yang kami nak lakukan. Ditambah lagi dengan kotak dan pinggan makan kotor yang sudah licin depan kami.

Taehun tiba-tiba dapat idea, "Rock, paper, scissors. Siapa kalah kena kemas dan basuh semua ni!"

"OKAYY!!"

Kami berkumpul di tengah dengan penuh teruja. Penumbuk digenggam sebelum permainan mini bermula. Permainan utama kali ni adalah basuh pinggan!

"Rock, paper, scissors!"

"Rock, paper, scissors!"

"Rock, paper, scissors!"

"YEEEYY!!!" Setelah beberapa pusingan, barulah kami dapat seseorang yang terlalu genius pergi tunjuk batu semasa kami berenam yang lain tunjukkan kertas.

"Aishh.... okay satu round lagi-"

"Ahh tak tak! Hyung dah kalah!"

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now