16

16 1 0
                                    



Minseoung's POV

"I caught ya, Lee Yedam."

"Tangkap apa ni?" Jawab Yedam terpinga-pinga.

"Tangkap awaklah."

"Untuk? Hahah sebab saya comel sangat ke?"

"Sebab awak yang dah cuba untuk cederakan Daram sebelum ni."

Nada Yedam yang tadinya riang gembira terus mati. Nampaknya dia baru sedar yang situasi sekarang bukan main-main.

Melihat kepada muka paniknya, aku semakin yakin yang memang dialah orangnya.

Disebabkan kami berada di tempat terbuka, ahli pasukan lain mungkin akan terdengar sama. Jadi aku bawa Yedam ke belakang tandas gelanggang, jauh dari orang ramai.

"That's why awak tiba-tiba pakai sweatband tutup parut ni, sebab takut Junhyeok perasan dan akan sedar awaklah orangnya, kan?"

"M-minseoung-"

"Kenapa awak lakukannya? Daram boleh terbunuh tahu tak!" Aku menggoncangkan badan Yedam penuh kecewa, tidak peduli langsung kalau-kalau dia rasa sakit atau tak selesa.

Yedam, tolonglah nafikannya... Jangan buat muka ketakutan macam tu, sampai ke akhirnya saya tak mahu percaya yang awaklah orangnya.

"M-maafkan saya...."

Lee Yedam...

Kepalaku tertunduk pandang lantai, tak sanggup lagi mahu tatap ke dalam matanya.

Dadanya menjadi tempat aku melepaskan geram yang bercampur dengan kekeliruan. Aku menggenggam penumbuk lalu mengetuk dadanya berkali-kali sambil cuba menahan air mata sendiri dari menuruni pipi.

"Tapi kenapa...?"

"S-saya terpaksa... Hati saya pun terasa berat mahu lakukannya, lagi-lagi pada Daram."

T-terpaksa?

Pedulikan perasaan kecewaku tadi, sekarang Yedam pula yang dah mula menangis teresak-esak. Lajunya air mata dia turun dah seperti air terjun, suaranya kedengaran sayu sekali tersedu-sedu meminta aku untuk faham keadaannya.

Air mata Yedam berjaya memadamkan api kekecewaanku. Sudah hampir setengah tahun mengenalinya, ini kali pertama aku tengok Yedam menangis sekuat ini.

Dalam keadaan ni, satu-satu perkara yang terlintas di mindaku adalah mahu cuba faham dia. Jadi step pertama adalah dengan memujuk dia.

Aku terus bawa Yedam ke dalam pelukanku.

Dia selalu berlagak kuat dan hebat depan aku, tapi sembunyikan hakikat yang dia juga pandai menangis? I respect you, Lee Yedam.

"Saya tak mahu lakukannya, tapi saya betul-betul terpaksa..."

Bila difikirkan balik, akulah yang paling tahu betapa dia sukakan Daram selama niㅡ Walaupun pada hakikatnya aku pun suka Daram but yeah :>

Takkanlah kita nak bunuh crush sendiri kan?

Tapi Yedam dah buat dah pun... Aku tak faham kenapa dia ambil keputusan sedrastik tu terhadap Daram.

Aku menghulurkan sebotol air kepada Yedam untuk bantunya kembali bertenang. Dia memang kawan aku, tapi masih orang sama yang cuba cederakan Daram, jadi aku akan cuba kekal natural sehinggalah tahu kebenarannya.

Kalaulah Yedam ni memang psikopat, jangan risau, aku sendiri akan belasah dia cukup-cukup :)

Botol air mineral pemberianku ditutup rapat dengan penutupnya. Yedam kini memusingkan tubuhnya menghadapku, bersiap sedia untuk membuka cerita yang dah lama tersimpan rapi.

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now