Daram's POV
"Hai semua. Nama saya Cheon Junhyeok."
I-itu crush aku....
Genap dua hari sejak insiden pelanggaran yang mengakibatkan aku gilakan dia, akhirnya aku dapat tahu nama dia sekarang.
Cheon Junhyeok. Nama yang menawan~
Tak cukup dengan bersekolah di sini, sekarang dia pindah masuk ke dalam kelas aku? Aku dan dia, bernafas dalam satu bilik yang sama?!
Ahh yes seronoknya!
Aku tidak dapat sembunyikan perasaan terujaku. Mataku tidak putus memandang ke arahnya yang masih tersenyum-senyum di hadapan kelas. Sopan betul!
"Wah, Daram awak memang lucky..." Komen ringkas Eunhwi hanya dibiarkan berlalu seperti angin di telingaku. Fokus aku lebih kepada jejaka yang sedang bersinar di hadapan sana.
Ahh aku perlukan sunglasses, dia terlampau bersinar sampai aku tak boleh nak buka mata!
Bertentangan dengan reaksi terujaku, rakan sekelas yang lain menyambut kedatangan Cheon Junhyeok dengan tenang. Tiada sorak-sorai mahupun tepukan gemuruh diberikan, cukup sekadar tepukan dan sapaan bertanya latar belakang sahaja.
Oh jadi mereka pun tak jatuh hati tengok senyuman dia tu macam Eunhwi dan Eunhye?
Baguslah. Lebih senang kalau aku seorang je yang minatkan dia, lebih berpeluang bila kurang pesaing.
Peace.
"Junhyeok, kamu boleh ambil tempat di sebelah presiden kelas untuk bantu kamu. Eunhye, tak salah kan kalau kamu biarkan kawan baru ni duduk sebelah Daram?"
D-Duduk sebelah aku?! CRUSH AKU?
"Oh boㅡ" Tanganku pantas menekap mulut Eunhye yang selamba bercakap tanpa berfikir.
"Apa? Nilah peluang awak untuk rapatkan hubungan dengan dia!" Eunhye marah dalam nada berbisik memandangkan kami kini dipandang seisi kelas, termasuk Encik Jang dan Cheon Junhyeok di hadapan.
Aw Junhyeok pandang aku... ❤
Eh sedar diri, Choi Daram. Kembali kepada agenda asal.
"Selepas saya malukan diri masa kali pertama kami berjumpa? TAK! Saya takkan berani nak buka mulut depan dia!" Jawabku dengan suara nada rendah juga.
Eunhye menjeling sekilas, tahu sangat jelingannya itu mesti bermaksud suka-hati-awaklah.
"S-saya rasa lebih baik kalau dia duduk sebelah Eunhwi."
"Eh saya pula- aduh!" Satu pukulan hinggap di belakang badannya, mestilah khas daripada aku. "O-okay..."
Kelas pun bermula. Macam tak percaya je....
Aku dah tahu nama dia. Cheon Junhyeok. Junhyeok. Hmm nama pun menarik~
Junhyeok yang selama dua hari ni terasa amat jauh, kini sedang duduk di meja hadapanku dan belajar. Jadi sepanjang tahun ni, aku dapat tengok bahagian belakang badannya macam ni? Sedekat ni je? Jarak yang memisahkan kami hanyalah meja aku ni?
Sekarang, sekolah kelihatan jauh lebih menyeronokkan :)
🐿
Eunhwi's POV
"Kenapa awak berpindah masuk ke sekolah kami?"
"Sebab... saya masih mencari sekolah yang kendalikan pasukan badminton. Saya suka main badminton."
Oh tak sangka pula. Tubuhnya nampak kecil untuk jadi seseorang yang minat bersukan.
Berjam-jam aku luangkan masa dengan Junhyeok, aku sedar beberapa sisinya yang lain daripada lain. Tak macam pelajar lelaki lain, dia seorang yang sangat pemalu. Selagi orang tak tanya soalan, tak mungkin dia akan buka mulut dulu.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...