10

40 9 29
                                    

Nobody's POV

"Ada tak pelajar kelas ni yang namanya Cheon Junhyeok? Jawab!"

Taehun menjerit geram. Disebabkan terlalu ketakutan kerana senior popular tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kelas, tiada siapa pun yang berani bersuara mahupun bergerak.

Seorang pelajar memberanikan diri mengangkat tangan. Mukanya nampak ketakutan dan keliru kerana dipanggil tanpa sebab sedangkan dia tak mengenali Taehun.

"S-saya Cheon Junhyeok. Kenapa ya, senior?"

Taehun memerhatikan Junhyeok dari atas sampai bawah. Rupanya inilah lelaki yang adiknya tergila-gilakan selama ni. Memang good-looking dan nampak sopan je orangnya.

Tapi Taehun pilih untuk tolak semua kriteria tu ke tepi. Lelaki yang pernah kecewakan Daram kini berada di depan mata, takkanlah mahu diajak berkawan kemudian follow each other di Instagram pula kan?

"Ikut saya, sekarang."

Junhyeok menelan air liurnya, ketakutan. Dia akur mengikut Taehun dari belakang.

Minseoung, Eunhwi dan Yedam yang memerhatikan drama singkat tadi masih ternganga.

"Kita patut halang Taehun hyung!" Minseoung dah tak senang duduk.

"Calm down, Minseoung Kim~ Taehun hyung takkan cederakan Junhyeok lah. Macam tak kenal pula hyung tu."

"Agaknya awak yang tak kenal Taehun hyung? He'll do anything he can kalau hal ni melibatkan Daram kesayangan dia!"

"Eh yelah...."

Minseoung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perkara yang dia takutkan kini terjadi di hadapan mata, akhirnya Taehun dan Junhyeok berdepan satu sama lain buat kali pertamanya.

"Mari kita berdoa supaya Junhyeok balik ke kelas dengan dua tangan, dua kaki yang masih sihat sejahtera. Taehun hyung mungkin nak buat soal siasat sikit je kot..."

Mendengar kata-kata Eunhwi, Minseoung akur juga.

Pada masa yang sama, Taehun dan Junhyeok sedanf berjalan melepasi Kelas 2. Mereka yang sedang belajar dalam kelas jadi riuh rendah apabila senior popular berjalan di tingkat junior.

"Daram, tu abang awak kan?" Tanya salah seorang kawan sekelasnya.

Daram mengangkat kepala setelah sesi pembelajarannya terganggu. Apabila dia melihat ke luar tingkap, matanya hampir terkeluar melihat abangnya sedang berjalan bersama dengan Junhyeok yang mengikut di belakang.

Daram terus berlari keluar dari kelas, mengekori mereka dari belakang.

Taehun membawa Junhyeok ke locker belakang perpustakaan.

"Jadi kamulah Cheon Junhyeok..."

Junhyeok tidak membalas. Dalam kepalanya sibuk berfikir kesalahan apa yang dia dah buat pada senior di depannya itu. Siap dirangka ayat minta maaf, takut-takut diperlukan kalau Tarhun bertindak luar dari jangkaan.

"Apa yang kamu buat dengan semua surat dan nota tu? Kenapa sebarkan dan beri semua orang baca?"

"N-nota?"

Junhyeok sedar yang ianya tentang apa yang dia buat dua hari lepas. Tapi dia masih keliru.

"S-siapa senior ni-"

"Abang kandung Choi Daram. Berani kamu kacau Daram dan malukan dia macam tu?"

BBAM!

Junhyeok terasa seperti jantungnya baru sahaja terjatuh. Terasa seperti dirinya dah didapati bersalah menculik anak kepada polis yang kini menangkapnya!

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now