Daram's POV
"Junhyeok sertai kelab badminton. Saya dah cakap dengan dia yang kelab tu berhabuk sebab tiada pelajar langsung yang sertai selama dua tahun berturut-turut. Tak tahulah kalau dia masih nak sertai ke tak."
Disebabkan kata-kata Eunhwi, hari ni aku dah buat sesuatu yang tiada siapa sangka Choi Daram akan lakukan.
Aku sertai kelab badminton. Aku. Dan sukan.
Semua orang tahu betapa lembiknya aku, tunggu masa je nak diterbangkan oleh angin, inikan mahu sertai kelab yang jelas sekali merupakan kelab bidang sukan?
Malu-malu, aku datang juga ke perjumpaan pertama kami.
Hmm... kalau menyorok di belakang tangga pun dikira hadir kan?
Di dewan gim yang besar dan luas, tempat di mana perjumpaan kelab badminton diadakan. Tapi, cuma Junhyeok seorang je yang hadir, bersama Encik Heo, guru P.E kami yang kebuntuan tidak tahu mahu buat apa.
Inilah salah satu sebab kelab badminton tak popular. Encik Heo seorang je yang kendalikan kelab ni sedangkan Encik Heo sendiri tak tahu macam mana nak main badminton. Sebab itulah tiada pelajar yang nak sertai kelab ni. Nak dibubarkan pula tak boleh, sekolah ni pernah pegang rekod pasukan badminton terbaik daerah 8 tahun lepas.
Jadi kelab ni sebenarnya penting untuk sekolah, cuma semua orang pandang remeh dan tidak ambil peduli. Pasukan bola keranjang dan besbol pula sampai terlebih kapasiti, dihujani pelajar berebut cuba sertai dua kelab popular tu.
Jelas terpamer riak wajah kecewa di muka Junhyeok. Tak sangka, dia berdegil juga nak sertai kelab ni
Minat betul dia pada badminton ya?
"Nama kamu Junhyeok ya, pelajar baru?" Tanya Encik Heo. Junhyeok mengangguk.
"Beginilah... kamu nampak keadaannya sekarang kan, tiada siapa mahu sertai kelab ni. Saya rasa lebih baik kalau kamu sertai kelab lain yang lebih aktif-"
"Tak mengapalah, Encik Heo. Walaupun cuma saya seorang je ahli, saya nak sertai kelab ni." Junhyeok menjawab nekad.
"Tapi masalahnya, s-saya sendiri pun tak pandai main badminton, inikan nak latih kamu."
"Saya boleh berlatih sendiri, asalkan saya ada dalam kelab badminton ni. Lagipun, saya lebih selesa bersendirian." Jawab Junhyeok sambil tersenyum malu. Haih comelnya dia.
Aku masih berdiri di sebalik tangga, setia memerhatikan mereka.
Selepas sedikit perbincangan, Encik Heo benarkan Junhyeok gunakan dewan untuk bermain sehingga pukul 6 petang. Encik Heo keluar daripada dewan selepas memberikan kunci kepada Junhyeok, meninggalkan Junhyeok seorang diri kegembiraan.
Setelah pasti dia seorang diri (secara teknikalnya tidak sebab aku masih di sini), Junhyeok menari gembira. Dengan penuh kagum, dia menyentuh jaring pembahagi gelanggang gaya seperti bermain piano. Langkah ringannya kemudian berjalan mengelilingi gelanggang. "Yey badminton~"
"Pfft-" cepat-cepat aku tutup mulut sendiri.
Ish macam mana boleh terlepas gelak ni! Apa jadi kalau Junhyeok terdengar? Choi Daram, awak hampir ditimpa masalah yang sangat besar ya.
Baiklah, kembali ke sesi memerhati- eh?
Mana Junhyeok?
Baru beberapa saat aku berpaling, dia sudah hilang dari pandangan. Tiada langsung kedengaran bunyi dia melangkah pergi, macam ajaib pula dia lesap begitu je.
"Saya tahu ada orang di dalam tu. Keluar sekarang, j-jangan main-main!"
Junhyeok kini berdiri di sebelah tangga tempatku menyorok. Tangannya menghalakan raket ke arahku, bersedia untuk menyerang sekiranya aku adalah satu ancaman.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...