Minseoung's POV
Pagi yang normal sebagai seorang pelajar sekolah tinggi. Aku pergi ke sekolah dan bertembung dengan Yedam dan Junhyeok semasa dalam perjalanan ke kelas.
Antara kami bertiga, Junhyeok paling banyak bercakap. Mungkin sebab aku dan Yedam jenis yang introvert, Junhyeok sentiasa jadi yang pertama membuka mulut.
Dia ada potential untuk jadi pelajar junior popular, entah kenapa dia pilih untuk berkawan dengan kami yang seperti duo kentang ni :3
"Kulit awak cantik, Junhyeok-ah. Tengok cara semua pelajar perempuan tu pandang awak awoooo jangan lupakan kami bila dah popular nanti~"
Lee Yedam -__-
Yedam has a point. Di usia kami ni, rupa adalah aset yang paling penting selain duit.
Junhyeok tersenyum gembira sebagai respons dipuji awal-awal pagi ni, "Untuk pengetahuan awak berdua, dari dulu lagi saya memang dah popular. Masa sekolah menengah, diri saya agak tak terurus, pipi pun berjerawat tapi masih ada orang yang sukakan saya tau~"
"Oh wow... Tapi kenapa dia minat awak kalau bukan sebab rupa?"
Soalanku buatkan Junhyeok berhenti berjalan. Dia berdiri di tengah jalan sambil tersenyum mengurut dagunya.
"Hmmm nak saya tanya dia ke?"
Seriuslah? Orang yang pernah minat Junhyeok berada di dalam sekolah ni? Sekarang?
Tanpa mendengar jawapan balas kami, Junhyeok mempercepatkan langkahnya sehingga dia berhenti betul-betul di hadapan Kelas 2.
Hmm ni kelas kawan-kawan aku...
Junhyeok pergi ke tingkap kelas 2 lalu menjengukkan kepalanya sedikit melalui tingkap sementara matanya sedang sibuk melilau mencari seseorang.
"Daram!" Junhyeok tiba-tiba menjerit kuat, menyebabkan semua pelajar lain terdiam.
D-Daram?
Sekejap... dia dah kenal Daram?
Junhyeok melambai ke arah Daram yang sedang terkejut beruk. Disebabkan jeritan kuat Junhyeok, mereka berdua kini menjadi fokus utama seluruh kelas dan pelajar lain yang berjalan berhampiran.
"Choida, kenapa awak suka saya eh dulu?"
Aku menggosok telinga sendiri, cuba nak memperjelaskan apa yang baru aku dengar tadi.
Apa dia merepek ni... Aku tersalah dengar kan tadi...
Semua termasuk Daram hanya diam membatu, memaksa Junhyeok untuk buka mulut sekali lagi. "Mana bekal makanan untuk saya harini? Saya belum sarapan pagi lagi."
"A-apa?" Jelas sekali Daram sedang dumbfounded.
Eh dia ni dah kenapa? Choida? Kenapa aku macam pernah dengar nama tu...
Pelajar lain mula berbisik, cuba meneka apa hubungan sebenar Daram dan Junhyeok yang seperti sengaja mahukan perhatian semua. Raut wajah Junhyeok langsung tidak malu walaupun dipandang pelik, tapi Daram pula masih ternganga besar.
Dan aku di sini, sedang keliru tahap tertinggi. Apa sebenarnya yang Junhyeok sedang cuba buktikan sekarang ni?
Junhyeok memandang sekeliling. Dia sedar yang semua orang sedang seronok berteka-teki kenapa dia buat macam ni.
"Awak semua nak tahu kenapa? Sebenarnya... Choi Daram sukakan saya."
"APA?!"
Suasana menjadi sunyi sepi sebaik sahaja koir beramai-ramai APA?! tamat. Jantung ku hampir berhenti sebab terkejut yang amat mendengar pengumuman tiba-tiba budak baru ni.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...