Daram's POV
"Daram, nama saya Choi Daram."
Kami bersalaman. Aku tak perasan rupanya dia sedang pandang aku penuh keraguan, macam aku baru je lepas menipu dan dia berjaya tangkap di tempat kejadian.
"Biar betul... nama awak Daram?"
"Ya ya ramai kata nama saya unik dan kata saya sepatutnya tinggal kat zoo."
Anehnya, dia tak gelak. Jarang orang tak ketawa bila dengar nama aku first time.
Tiba-tiba aku teringat Cheon Junhyeok. Dia pun tak ketawa juga bila kali pertama tahu namaku, siap kata nama aku ada maksud tersirat.
Choida (the best).
Ah! Berhenti ingat dia, Choi Daram!
"Mesti orang di sekeliling awak semuanya orang pelik kan? Mana ada tupai tinggal di zoo, kecuali tupai eksotik atau baka tupai yang unik."
"Eh betul juga." Aku tak pernah perasan pula sebelum ni.
"Awak tinggal di sini juga?" Tanyanya.
Baik, mari cuba jadi positif. Minseoung bakal jiranku ni nampak macam baik, jadi mari cuba berikan dia tanggapan pertama yang baik.
Dengan bergurau.
"Eh taklah. Saya datang sini nak memancing di swimming pool tingkat tiga."
"Wah hebat. Sini ada swimming pool? Saya nak ikut!" Eh dia layankan pula.
Aku membawa dia ke tingkat tiga, di mana penduduk apartment ni panggil 'Social floor'. Ada banyak kemudahan untuk penduduk seperti swimming pool, kafeteria, perpustakaan, dewan mini dan banyak lagi. Tapi waktu petang begini, memang tak ramai orang.
"Woah... saya ingatkan awak main-main bila kata ada swimming pool." Minseoung ternganga kekaguman. Dia mula berjalan-jalan di sekitar swimming pool manakala aku setia berjalan di belakangnya.
"Hmm ya, saya cuma tipu tentang memancing tu. Apartment kami ni memang lengkap dengan kemudahan fasiliti untuk kegunaan semua penduduk. Sebab tulah ini rumah apartment 20 tingkat terbaik di dunia."
Minseoung mengangguk setuju.
"Saya tinggal di tingkat 7. Awak?" Tanya Minseoung.
"Eh rumah saya pun di tingkat 7..." Macam dah dirancang pula, Minseoung rupanya berpindah ke tingkat yang sama dengan aku.
Tiba di tepi swimming pool, Minseoung tiba-tiba menanggalkan kasut dan stokingnya.
Eh dia nak mandi ke?
"A-awak nak buat apa ni?"
"Rendam kaki. Marilah."
Apa?
Minseoung tersenyum senget sebelum duduk di tepi kolam rendam. Dia siap lipat kaki seluarnya hingga paras lutut lalu mula merendamkan kakinya. "Wah leganya..."
Mataku terbeliak besar. Suka hati je dia rendam kaki macam tu kat sini?
T-tapi nampak best.
"Sejuklah. Marilah duduk sekali."
Ragu-ragu, aku sertai Minseoung. Aku masih pakai skirt sekolah jadi pakaianku langsung tak basah.
Betul cakap dia. Sebaik sahaja kaki aku menyentuh air, aku rasa lebih nyaman. Tambah-tambah lagi, sekarang cuaca panas betul. Matahari pula elok tegak atas kepala, menambahkan lagi suhu persekitaran kami.
"Biar saya teka, awak mesti jenis yang tidur lewat malam sebab main game kan?" Minseoung tiba-tiba buat tanggapan merepek selepas pandang muka aku.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...