12

31 7 20
                                    

Taehun's POV

"Kita dah kalah dua perlawanan. Saya dah berikan masa latihan yang mencukupi, tapi kenapa stamina semua pemain kita merosot? Encik Kim (pengarah sekolah) mula mempersoalkan keputusan mid-term exam pemain kita yang majoritinya teruk. Choi Taehun, macam mana awak ketuai dan latih mereka?!"

Dimarah bertubi-tubi, kepalaku tertunduk sebawah-bawahnya. Takut betul rasanya nak bertentang mata dengan coach sekarang.

"Maaf, coach. Saya akan pastikan kami menang menentang pasukan dari Daejeon-"

"Mereka juara bertahan, kamu yakin kita boleh kalahkan mereka?"

Aku terus terdiam, menyedari keadaan pasukan kami yang tak mampu nak kalahkan even pasukan terlemah.

Aku merupakan captain pasukan bola sepak Incheon High School. Semester kali ni sangat mencabar sebab aku perlu kendalikan pasukan dan sibuk dengan pelajaran. Nampaknya usahaku menguruskan dua benda serentak hanya lebih memburukkan keadaan.

"Maafkan saya..." Aku memohon maaf banyak kali, itu je yang mampu aku buat sekarang.

Selesai diceramah, aku kembali kepada rakan-rakan sepasukanku yang sedang berehat di tepi padang. Kami cuma adakan perjumpaan kecil bersama coach memandangkan sekarang masih waktu persekolahan. Tiada latihan harini sebab jadual kelas terlalu padat.

Tahun senior sangat memenatkan, serius...

"Guys, mari berlatih sekejap. Kita perlu menang menentang Daejeon minggu depan kalau nak lepas pusingan kelayakan awal." Kata-kataku hanya didengar sekali lalu apabila mereka semua tiba-tiba bangun dan mula mengemas.

"Alaa Taehun, bukan ke harini takde latihan?"

"Yaa, saya penatlah. Lepas ni ada kelas tambahan pula."

"Saya balik ke kelas dulu~ Thankyou for today!"

Lama kelamaan, padang yang tadinya riuh bertukar sunyi. Cuma tinggal aku dan Kyungjun berdua.

Kyungjun menepuk belakang badanku, "Awak dah buat yang terbaik untuk pasukan kita, Taehun-ah. Salah mereka kalau kita kalah lagi lepas ni."

Aku pamerkan senyuman kepada Kyungjun yang sentiasa setia denganku. Aku tahu dia kata tu cuma untuk legakanku, tapi hakikatnya nanti aku juga yang akan dipersalahkan kalau kami kalah lagi nanti.

"Kelas Math lagi 20 minit. Awak nak pergi kafeteria dulu?" ajak Kyungjun yang aku balas dengan gelengan.

"Saya nak ke tandas then masuk kelas terus. Awak pergilah."

Selepas mengambil barang-barang kami, aku dan Kyungjun berpisah haluan. Di tandas, aku membasuh mukaku dengan air bersih.

Tadi aku kata kat Kyungjun yang aku mahu terus ke kelas lepas ke tandas tapi langkah kakiku menuju ke tapak belakang sekolah. Betul-betul di tapak belakang yang tiada orang boleh jumpa.

Aku mengeluarkan sekotak rokok yang aku simpan rapi dalam zip begku. Masih ada berbaki 18 batang daripada 20 batang rokok yang aku beli dalam talian.

"Hmm..." aku mengeluh ni pun tiada siapa yang akan dengar dan nak pujuk.

Selepas berfikir panjang, aku mengeluarkan sebatang lalu menyalakannya. Aku nak letakkannya di mulut tapi perbuatanku tergendala apabila aku dengar bunyi tapak kaki semakin menghampiri.

Cepat-cepatkan aku padamkan puntung rokokku dan menyorok di belakang pokok. Kelihatan dua pelajar perempuan junior. Salah seorang daripada mereka menarik tangan yang lagi seorang, kemudian berhenti.

Fuh aku selamat...

Kenapa jauh sangat mereka datang ke sini?

"Cepatlah, apa awak nak cakap sampai bawa saya jauh ke sini?" - Girl 1

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now