21 {finale}

30 4 6
                                    

Nobody's POV

"Eunhye?"

Minseoung turut terkejut melihat dua orang rakannya keluar bersama tanpa pengetahuan mereka. Mesra semacam pula tu!

Daram ternganga tanda tidak percaya. Kata-kata dan tingkah laku pelik Junhyeok dan Eunhye kembali menjengah ingatannya. Junhyeok yang asyik menghilang dan banyak berahsia. Malah kata-kata Eunhye semasa di sekolah tadi-

"Korang semua kenal siapa, kita rapat sangat dengan dia."

"Orang yang korang takkan pernah sangka.

"Pada awalnya saya rasa dia menjengkelkan juga tapi... dia handsome dan romantik juga."

"Yang penting saya bahagia, jangan marah pula kalau kami end up bersama."

Sangat tak disangka-sangka. Crush Eunhye yang sebenarnya adalah orang yang awal-awal lagi mereka sudah keluarkan dari senarai calon.

Eunhye, kawan baik Daram menaruh perasaan kepada lelaki sama yang dia suka?

Untuk memburukkan lagi keadaan, Junhyeok sendiri juga lebih banyak luangkan masa bersendirian dengan Eunhye di belakang mereka?

Daram terasa dikhianati. Kali ni merupakan pengkhianatan paling teruk yang pernah dialaminya sepanjang hidup.

Tanpa menoleh belakang, Daram meninggalkan kedai cenderahati itu dan terus berlalu pulang.

Tiba di lobi rumah, seorang budak lelaki kecil tiba-tiba menghampiri Daram lalu menghulurkan sekotak tisu. Daram lalu merendahkan tubuhnya supaya dapat berada di ketinggian yang sama dengan budak itu.

"Kakak cantik, janganlah menangis. Nah ambil tisu ni."

Daram jadi bingung. Tiada setitik air mata pun yang menitis dari matanya. Sekejap Daram terdetik, wajahnya kelihatan terlalu menyedihkan ke?

"Eh tapi kakak tak menangis pun. Abang tu tipu saya ke?"

Daram ketawa kecil. Nampaknya ada seseorang yang menjadi dalang di sebalik penghantaran tisu ni. Mesti orang itu mengagak yang Daram akan menangis dalam perjalanan pulang ni. Tapi tak, mata Daram masih kering tanpa setitis pun air mata.

Daram sudah penat mahu menangis kerana orang yang sama. Hatinya memang terluka, tapi air mata dia jauh lebih berharga untuk terus dibazirkan begitu sahaja. Manalah tahu di masa hadapan, air mata boleh ditukar menjadi emas ke kan?

Kayalah dia.

Kaya = bahagia = tak perlukan Cheon Junhyeok.

Kesian melihat adik kecil ini terpinga-pinga, Daram lantas mengambil kotak tisu pemberian budak itu seraya mengusap lembut kepalanya kerana telah jalankan tugas penghantaran dengan baik. "Terima kasih tau~"

Selepas melihat adik kecil itu pergi, Daram pun menekan butang pintu lif. Apabila dia masuk ke dalam lif dan cuba untuk menekan butang nombor 7 yang merupakan tingkat rumahnya, dahi Daram terus berkerut melihat satu nota ditampal menutup butang itu.

'Tingkat 7 ada hantu. Naik ke swimming pool social floor sekarang!'

Dia mencabut sticky note yang tertampal di butang lif itu.

"Hahahahah childish." Dari ni sahaja dia dah dapat teka siapa di sebalik kejutan ni.

Langsung tak berfikiran jauh. Kan jadi satu masalah kalau jiran lain yang nampak benda ni dulu.

Nasib baik, Daram yang jumpa dulu. Tanpa berlengah, butang tingkat 3 di mana terletaknya swimming pool ditekan.

Ting!

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now