Nobody's POV
GEDEBUK!
"Argh!" Bunyi seseorang tiba-tiba mengerang kesakitan telah menangguhkan proses berkenalan mereka. Sedikit je lagi sebelum Daram bertentang mata dengan pelajar baru itu.
Bunyi itu datang dari arah kirinya. Dengan wajah yang berkerut seribu, Eunhye tiba-tiba tertunduk sambil memegang perutnya.
"Kenapa ni?!" Tanya Daram, kerisauan.
"Saya rasa saya pun keracunan makanan juga... T-tolong bawa saya ke bilik sakit..."
Tanpa berlengah lagi, Daram terus mengiringi kawan baiknya ke bilik sakit yang terletak di tingkat satu. Dr. Ji, jururawat utama sekolah kami terus membawa Eunhye ke katil untuk diperiksa.
Daram setia menunggu di tepi. Dr. Ji benarkan Eunhye berehat sebentar sementara dia sediakan ubat.
Sebaik sahaja Dr. Ji pergi melihat deskripsi ubat, Eunhye tiba-tiba bertukar kepada posisi duduk. Rupa tahan sakit yabg ditampal di muka dah hilang, malah dia boleh tersenyum penuh misteri pada Daram.
"Yah, awak perlu baringlah! Dr. Ji suruh awak rehat-"
"Instead of sakit perut, saya sakit jantung, Daram-ah!"
Mendengar intonasi suara Eunhye, Daram sedar yang rupanya kawannya itu cuma berpura-pura sakit. Buang masa je dia risaukan keadaan Eunhye yang rupanya hanya lakonan semata-mata.
"Kenapa sakit jantung pula?" Tanya Daram, melayan perangai aneh kawannya yang seorang itu.
"Pelajar baru handsome yang saya cerita pada awak tadi... Lelaki yang Yedam dan Minseoung nak perkenalkan pada kita tadi... awak nampak tak muka dia?!"
"Tak..." kedutan di dahi Daram semakin bertambah. Dah kenapa Eunhye tiba-tiba menggelabah macam ni?
"Dia selebriti ke?" Teka Daram.
"Itu dia... Cheon Junhyeok!"
"APA?!" Daram serta merta berdiri kerana terkejut mendengar nama yang dulu sangat tidak asing padanya. "Tak mungkinlah..."
"Memang dia! Dia memang dah nampak makin handsome dari sebelum ni tapi... Itu memang dia!"
Daram menggaru kepalanya yang tidak gatal, cuba memproses fakta terbaharu yang diberi oleh Eunhye.
Dia buntu. Bukan ke Junhyeok pergi ke Seoul untuk jadi pemain badminton profesional sambil ditemani girlfriend tersayang? Kenapa dia muncul di sekolah tinggi yang sama dengan mereka, sekarang?!
Daram rasa susah nak percaya, tak selagi dia belum nampak dengan mata kepalanya sendiri!
"Pelajar? Kamu dah okay?" Dr. Ji kembali.
Eunhye hanya tersengih seperti kambing, tidak kesah pun dirinya kini ditangkap pura-pura sakit. "Dah terlebih sihat. Terima kasih, Dr Ji sebab benarkan kami duduk di sini sekejap."
Dr. Ji tergelak kecil. Ada-ada je kerenah pelajar Incheon High School, berpura-pura sakit semata-mata nak berbincang dengan kawan di tempat yang tersorok?
Eunhye's brain is on another level.
Kembali ke kelas, mereka bersedia untuk mulakan subjek P.E selepas bertukar kepada baju sukan. Sedang mereka memanaskan badan, dari jauh Daram ternampak Minseoung dan Yedam sedang menuruni tangga makmal Kimia. Dan, mereka bersama kawan baru.
Daram yang rabun berusaha untuk melihat rupa paras si pelajar baru. Dia mengecilkan matanya untuk menambahkan fokus pada penglihatan, di kala kakinya sedang diangkat untuk aktiviti panaskan badan. Sesungguhnya penglihatan Daram dengan contact lenses yang dipakai tidaklah sehebat semasa dia masih gunakan cermin mata.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...