20

20 3 12
                                    

Eunhwi's POV

"Haih. Junhyeok tu sanggup jalinkan hubungan dengan Kang Chohee sebab dia cuba nak lindungi awak, Daram."

"Apa?" Daram ternganga. Melihat kepada kebesaran ngangaannya itu, aku pasti cuma ada dua kemungkinan kenapa dia terkejut selepas mendengar kata-kataku.

1. Daram tak sangka yang Junhyeok sanggup buat perkara sedungu bercinta dengan perempuan random semata-mata untuk dia.

2. Daram sebenarnya masih tak faham situasi ni.

Aku pilih nombor 2. Sebagai watak utama, dia nampak betul-betul clueless.

Sudah tiba masanya untuk Daram tahu cerita sebenar hubungan Junhyeok dengan Kang Chohee.

Sorry Junhyeok, awak ambil masa terlalu lama untuk beri penerangan pada Daram sendiri.

Biar saya je yang bercerita bagi pihak awak.

"Sebenarnya begini..."

Flashbacks

Dua tahun lepas, semasa kami masih bergelar pelajar tahun 3 sekolah menengah. Dua minggu sahaja lagi semester bakal berakhir, menandakan yang juga akan mengucapkan selamat tinggal kepada Gangreung Middle School ni.

Hehe hello sekolah tinggi! Tak sabarnya~

Sedang aku dan Junhyeok dalam perjalanan kembali ke kelas selepas kelas muzik tamat, Junhyeok dipanggil untuk ke bilik Puan Bae secara bersendirian. Dari arahan tambahan tu, aku dapat rasakan ada sesuatu yang pelik. Jadi aku buat keputusan untuk ikut sama.

Tiba di bilik Puan Bae, pengarah kami nampak kecewa melihat aku yang tidak patuh pada arahannya.

"Junhyeok, kamu kenal Kang Chohee?" Tanya Puan Bae tiba-tiba, sepenuhnya cuba mengabaikan kehadiran aku.

Eh kenapa? Bukan ke tu anaknya?

Berbeza dengan aku, Junhyeok perlahan-lahan menggeleng tanda tidak mengenalinya. Tak pelik pun Junhyeok tak kenal sebab dia cuma pandang Daram dan Eunhye je selama ni.

"She likes you, a lot. Kamu nak tak jalinkan hubungan dengan dia?"

"A-apa?"

"APA?" Aku tumpang sama terkejut. Semudah itu je Puan Bae memberi tawaran kepada Junhyeok yang bagi aku sangat tak masuk akal?

"Cikgu, i-ini sangat tiba-tiba. Saya keliru...." Junhyeok menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Anak saya baik dan comel je orangnya. Tak perlu risau, cikgu jamin kamu akan jatuh suka pada Chohee juga akhirnya nanti."

......

Aku tahu Junhyeok nampak innocent dan seperti mudah dipengaruhi, tapi Puan Bae tak sepatutnya buat macam ni.

Junhyeok menggeleng penuh sopan, "Maaf cikgu, tapi jawapan saya tidak. Ini semua salah. S-saya tak boleh suka seseorang semudah tu."

"Jangan kata... sebab kamu suka Daram?"

Eh kenapa nama anak murid kesayangan cikgu tiba-tiba dipetik ni?

Junhyeok dalam diam mengangguk. Reaksinya buatkan mataku terbeliak dua kali ganda lebih besar.

Jadi selama ni dia pun sukakan Daram?! Anggukan secepat itu bukan ke bermaksud dia bersetuju sepenuhnya?

Wow. Jadi rupanya perasaan Daram tidak bertepuk sebelah tangan. Junhyeok juga simpan perasaan suka pada Daram dalam diam!

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now