Nobody's POV
"Pelajar junior, anak pengarah sekolah yang bercinta dengan awak tu-"
"M-macam mana awak tahu tentang Chohee?" Riak wajah Junhyeok berubah selepas mengenali gerangan yang dimaksudkan oleh Minseoung. Tidak dilupa juga, perasaan terkejutnya.
"Nampaknya saya yang jauh lebih rapat dengan Daram berbanding awak. You absolutely know nothing about her, Cheon Junhyeok."
Junhyeok mahu membantah, tapi kata-kata Minseoung itu terasa sangat betul.
Daram tahu banyak tentang dirinya (selain dari kehidupan peribadi) tapi dia tidak sedar pun apa yang bermain di fikiran Daram selama ni.
"Daram yang ceritakan segalanya kepada saya. Daripada awal, betapa dia sukakan awak dan macam mana kehadiran awak dah ubah hidup dia. He loves you that much, just to ended up getting hurt melihat awak dengan mesranya bercinta dengan anak pengarah sekolah yang rapat dengan dia."
Minseoung melepaskan satu keluhan yang berat. Setiap kali dirinya teringat tentang kisah Daram, dia rasa sedih sangat-sangat.
"Dia habiskan masa dengan menangis dan membenci awak, jadi kenapa awak perlu buat macam ni lagi? Cukuplah dengan kemunculan awak yang tak diundang, kenapa perlu ganggu fikiran dia dengan semua serangan tak matang tu?" Nada suara Minseoung kedengaran lemah sekali, tak larat dah nak marah-marah memandangkan Junhyeok sendiri pun dah mengunci mulut.
"D-Daram asyik menangis sebab saya...?" Itu je perkara yang paling mengganggu fikiran Junhyeok sepanjang kata-kata logik Minseoung tadi.
Berat hati, Minseoung mengangguk.
Kalini Junhyeok betul-betul mati akal. Mengenang kepada layanannya terhadap Daram setelah berjumpa semula, Junhyeok sedar yang tindakannya kalini agak melampau.
Minseoung rasa dia dah selesai luahkan apa yang dia mahu. Dia berjalan menuju ke arah makmal sains sebelum tiba-tiba berhenti, membelakangi Junhyeok.
"Tak nak balik kelas ke? Puan Yoon kata lauk makan tengah hari kita harini mungkin kasut tinggi 5 incinya kalau kita lambat masuk kelas dia."
Junhyeok pantas mengejar "Tunggu saya!"
🐿
Daram's POV
Petangnya, aku berjumpa dengan En. Wang untuk berlatih seperti biasa. Sekali lagi, aku dialu-alukan dengan berita tak menggembirakan berkenaan pasukan badminton kami. Malah, berita harini jauh lebih teruk.
"Dalam masa seminggu ni, kalau kita gagal dapatkan ahli baru, pengarah sekolah nak bubarkan pasukan ni."
"APA?!"
Meja yang tak bersalah dihentak. Habis terkejut dibuatnya En. Wang akibat daripada gempa bumi yang aku hasilkan hehe maaf.
Macam mana nak cari ahli baru waktu macam sekarang ni? Hampir semua pelajar dah ada kelab masing-masing, kami tak dibenarkan untuk sertai lebih daripada dua kelab sukan.
Ada dua jenis. Setiap pelajar diwajibkan menyertai satu kelab untuk pointer ujian kelas P.E masing-masing. Kalau sertai pasukan atlet lebih bagus sebab jumlah pointer yang diterima adalah lebih banyak.
Macam situation aku, aku cuma sertai pasukan atlet badminton. Kelab badminton dah lama dibubarkan sebab sudah 4 tahun langsung tiada yang mendaftar. Kalau bola keranjang dan besbol, both kelab dan pasukan atlet dah ada ramai pelajar, sampai tak cukup tempat!
Aku kebuntuan, begitu juga En. Wang. "Memang tiada cara lain ke, coach-nim?"
"Dapatkan ahli baru, kemudian kamu perlu bersaing di peringkat daerah. Kalau menang, baru mereka pertimbangkan untuk kekalkan pasukan kita."
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...