17

28 3 10
                                    



Daram's POV

Sudah seminggu berlalu sejak kali terakhir aku berjumpa dengan Minseoung. Aku dah tahu apa perasaan sebenarnya dan seteruk mana aku dah lukakan dirinya selama ni.

Ya, aku sangat bencikan hubungan kami sekarang.

Seperti apa yang Minseoung kata, dia masih ada Yedam dan abang aku kalau-kalau aku risau dia kesunyian tanpaku. Dan ya, sejak tu dia sepanjang masa berkepit dengan dua orang itu sampaikan mereka berdua pun jadi kurang bergaul dengan aku.

Tiada lagi gurauan nakal dari Yedam. Taehun, abang aku sendiri pun dah lebih banyak luangkan masa di rumah Minseoung berbanding biliknya sendiri.

Jelas sekali mereka berada di pihak Minseoung.

Aku tak terkesan sangat dengan perubahan perangai Yedam dan Taehun tu, tapi hati aku rasa seperti dicarik-carik setiap kali ingat Minseoung.

Kami dah tak berjalan ke sekolah bersama macam biasa. Pandang aku sekejap pun dia tak mahu. Tiada lagi borak-borak panjang sampai hampir terlewat masuk kelas. Paling aku rindu, bila dia cari gaduh dengan aku.

Minseoung, saya harap awak akan maafkan saya secepat mungkin...

"Choida, awak nak main?" Satu bulu tangkis memasuki julat penglihatanku yang sedari tadi hanya pandang ke bawah.

Latihan badminton seperti biasa. Aku hilang fokus yang menyebabkan tiada satu pun pukulan yang mengena. Junhyeok suruh aku berehat sementara dia berlatih skill baru bersama coach.

Dah hampir satu jam aku termenung. Tengah membenci diri sendiri sebab aku tak pandai jaga kawan. Kadang-kadang, aku terasa seperti ada dua pasang mata merenungku, tunggu masa je dahiku nak berlubang akibat renungan tajamnya.

Junhyeok berhenti bermain lalu pantas mendekatiku. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di tempat kosong sebelah aku.

"Hey what's wrong? Saya tak tenteram nak main kalau awak asyik bermasam muka macam ni."

Junhyeok bermain dengan rambutku yang ikatannya sedikit terlepas, cuba untuk buat aku terhibur. Aku tak rasa nak senyum pun sekarang, inikan lagi ketawa. Tapi aku hargai usaha dia.

Dia tahu. Kawan-kawan kami yang lain semua sudah maklum tentang hubungan persahabatan aku dan Minseoung yang tiba-tiba keruh.
Semuanya salah aku.

"Nak tahu something? He'll be more sad and mad kalau dia nampak awak asyik bersedih macam ni. Saya pasti Minseoung dah lama maafkan awak, kita berikan dia sedikit masa ya? Lepas ni kita pasti akan kembali luangkan masa bersama. Kita berenam." kata Junhyeok seraya tangannya menepuk lembut bahuku.

"Okay..."

Aku lega yang Yedam sentiasa ada untuk temankan Minseoung sepanjang masa. Bukan macam aku yang cuma tahu fikir pasal Junhyeok ni je.

Junhyeok tersenyum kambing bila aku pandang ke arahnya.

Hmmm.

Buat apa mahu salahkan dia?

Aku yang salah sebab tak reti layan kawan-kawan dengan sama rata.

Kelihatan Junhyeok sedang termenung, tapi menungannya kali ini bukan termenung kosong. Urat-urat di dahinya sedikit bergerak, seperti dia baru sahaja hidupkan saraf otaknya untuk berfikir dengan agresif. Aku pasti, dia sedang merancang sesuatu.

Apalah yang dia sedang fikirkan agaknya.







🐿

Yedam's POV

Bunyi langkah kakiku hampir tidak kedengaran saat kakiku bertapak. Setiap langkahku terasa amat ringan, seakan-akan aku sedang terbang dan bukannya berjalan.

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now