19

15 3 0
                                    

Daram's POV

Hari keempat aku ditahan di hospital. Another day, another Cheon Junhyeok yang tidak bosan mengganggu aku walaupun dah dimarahi berkali-kali. Belum kira lagi berapa kali dah aku hampir termaki dia.

Ini dah kali kedua perasaan aku dipermainkan. Aku tak mahu terlibat dengan orang macam dia lagi.

"Haish mana air ni?" rungutku di sinki dalam tandas bilikku. Nampaknya air dia dah berhenti mengalir, tepat sangat waktunya dengan tangan aku yang baru berdarah selepas membunuh ni.

Aku tepuk nyamuk. Nak basuh tangan, tapi air tak keluar pula. Tisu pun unnie belum sempat beri yang baru :(

Haih kenapalah paip ni tak rosak selepas aku keluar dari hospital? Sekarang jugalah dia nak buat hal.

Nak tak nak, aku terpaksa pergi ke tandas di luar ataupun bilik pesakit lain. Dah semestinya aku pilih untuk ke tandas luar, malulah nak ke bilik orang semata-mata nak tumpang tandas!

"Eh tapi kan. Basuh tangan je pun, apa salahnya?" Niat mahu memecah masuk bilik orang lain muncul kembali.

Malaslah nak ke tandas di koridor. Jauh.

Sebaik sahaja aku buka pintu, aku dikejutkan dengan kewujudan Junhyeok yang tertidur di atas bangku betul-betul di hadapan pintuku.

Junhyeok terbangun. Dia serta-merta berdiri lepas nampak aku.

"Selamat pagi, Choida-"

"Pergi. You're just ruining my mood."

Serius. Sekarang baru pukul 8 pagi. Kenapa dia ada di sini dan bukannya di sekolah?

"Choida-"

"Jangan panggil saya dengan muka comel dan nama panggilan tu! Meluat saya dibuatnya." Geram, aku sempat menjeling tajam sebelum berjalan menjauhinya.

"Tak boleh ke awak beri saya peluang untuk beri penjelasan? Semua ni cuma salah faham!"

Suara berintonasi jeritan yang keluar dari mulut Junhyeok menghentikan langkahku. Pantas aku menoleh dan menghampirinya semula.

"Awak dah gila ke? Ni kan hospital, mana boleh buat bising!"

"Saya dan Chohee... kami memang dah tiada apa-apa hubungan sekarang, percayalah. Saya tak pernah pun sukakan dia."

"Jadi kenapa awak masih jalinkan hubungan dengan dia dulu?" Tanyaku terus terang, terus dia terkelu lidah.

Aku tanya soalan semudah itu pun dia tak mampu nak jawab kan?

Sebab dia memang sukakan Chohee. Dia cuba mahu perbodohkan aku lagi dengan kata yang dia cuma cintakan aku seorang di dunia ni.

Penipu. Tak guna betul.

"Kawan-kawan kita takkan maafkan awak kalau mereka tahu awak mengganggu saya di hospital dan bukannya ke sekolah. Mereka semua dah bencikan awak Junhyeok. We know who you are. Berhenti pura-pura baik lagi, tu buat awak jadi lebih tak berguna. Ini amaran terakhir sebelum saya beritahu pihak hospital, tolong jangan datang ke sini lagi. Saya merayu."

Kedatangan dia hanya menambahkan luka di hati aku. Malah, cubaan aku untuk melupakan perasaan suka ni semakin mencabar.

Macam mana aku nak lupakan orang yang tak henti-henti buat kemunculan depan mata?

Nampaknya, arahanku kali ni buatkan Junhyeok beri reaksi berbeza.

Dia mengeluh lemah, malah dengan pantas mengemas barang-barangnya di bangku.

"Saya cuma nak minta maaf."

"Permohonan maaf awak ditolak. Balik sekarang."

Seperti baru sahaja mengibarkan bendera putih yang sinonim sebagai tanda give up, Junhyeok berjalan melalui koridor dengan wajah yang sugul.

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now