Minseoung's POV
"M-mata awak...."
Mata Daram bertukar kepada warna kemerahan, tapi aku pula yang panik tak tentu pasal. Dia si pemilik mata hanya termenung jauh dengan tangisan yang masih berbaki, terpinga-pinga meilhat aku menggelabah.
Ish dia ni kan!
Aku pantas mengheret dia menaiki lif. Berapa lama lagi dia nak menangis penuh dramatik di lobi sambil jadi tontonan jiran-jiran?
Sampai di tingkat 3, aku terus membawa Daram ke rumahku.
Aku penuhkan satu cawan dengan air kosong kemudian berikan pada Daram. "Tanggalkan lenses awak dulu, lepastu sambunglah menangis. Kan saya dah kata jangan sesekali menangis bila pakai lenses, tahu tak itu bahaya untuk mata awak?"
Mata dia masih tiada perubahan... dia tak apa-apa ke?
Akhirnya, Daram menanggalkan lensesnya seperti yang aku minta. Selepas pandangannya menjadi kabur, Daram tiba-tiba mendepakan tangannya menghadap dinding.
Dia minta dipeluk.
Tapi menghadap ke arah yang salah. Aku ada kat belakang dia dan dia langsung tak nampak.
Jadi aku pusingkan tubuhnya supaya menghadapku. Tanpa menunggu sesaat pun lagi, Daram terus masuk ke dalam pelukanku. Terkejut, aku balas juga pelukannya.
"Saya dah beri amaran jangan menangis lagi kan. Awak memang degil, Choi Daram."
"M-Minseoung.... s-saya rindukan awak..."
A-apa?
Hati aku terus sejuk. Terasa macam api marak yang baru je disimbah sebaldi ais. Dia katakannya penuh ikhlas sambil menangis.
Tapi, dia datang kepada aku selepas dikecewakan oleh Junhyeok. Aku selamanya akan berada di nombor dua bagi dia. Daram takkan ke sini kalau bukan sebab dia jumpa Junhyeok dulu.
Perlu ke aku gembira?
"Apa jadi kali ni?" Tanyaku serius.
"Kang Chohee... d-dia muncul balik setelah sekian lamanya dan dedahkan yang dia masih bercinta dengan Junhyeok di belakang saya... Saya rasa dikhianati buat kali kedua, Minseoung-ah. Malah, rasa sakit di dada ni pun dua kali ganda lebih sakit dari sebelum ni..."
Chohee?
Selepas hilang Yedam si pemberi maklumat tentang Junhyeok di sekolah, sekarang dia terus bertindak sendiri mengganggu Daram?!
Wah beraninya dia!
"A-apa reaksi Junhyeok?" Aku cuma mahu tahu tentang ni sekarang.
"Dia tanya keadaan Chohee dulu. Chohee juga cium dia di hadapan saya...."
"APA?!"
Okay. Aku mahu buat kesimpulan.
Cheon Junhyeok, tak sangka pula sebenarnya awak sesampah ni? Saya kagum dengan tahap kesampahan awak, bolehlah awak mainkan watak orang jahat kalau nak jadi pelakon nanti. Sesuai sangatlah karakter begitu dengan diri dia.
Cheon Junhyeok. Aku ingatkan dialah lelaki paling baik pernah aku jumpa kat dunia ni. Semua cerita Daram berkenaan Junhyeok dulu aku tolak tepi, beranggapan yang dia sudah menyesal dan takkan ulangi perbuatan tu lagi. Sebab tu juga aku mengalah.
Sekaeang berani dia lukakan hati Daram sekali lagi? Ahh geramnya aku!
Aku biarkan Daram untuk bertenang terlebih dahulu. Baru aku teringat yang sebenarnya kami masih dalam fasa bergaduh.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...