11

34 7 46
                                    

Daram's POV

"Maafkan saya. Biar saya tebus kesalahan saya dengan belanja awak makan."

Junhyeok mengangkat kepalanya. Akhirnya, mata kami bertentangan setelah sekian lamanya.

"Awak dan saya... kita pergi makan?"

Aku membawa Junhyeok ke sebuah gerai kecil di sebelah pusat tuisyen. Bau  street food kegemaranku yang semakin kuat sebaik sahaja kami tiba telah berjaya menaikkan lagi seleraku. Tadi taklah lapar sangat, tapi sekarang aku rasa lapar macam dah seminggu tak makan!

"Hai makcik~"

"Eh Daram! Macam mana sekolah harini? Kamu sihat?"

"Hehe sihat je. Kami makan dulu ya~"

Aku mengambil dua batang lalu berikan satu pada Junhyeok. Daripada tadi dia diam je. Dia ambil makanan pemberianku sambil terpinga-pinga, masih tak keluarkan sebarang suara.

"Kenapa? Terkejut yang saya cuma belanja awak odeng(fish cake) je?" Aku mulakan aktiviti makanku. "Saya tak cukup kaya untuk bawa awak ke hotel lima bintang... tapi ni street food kegemaran saya dan ianya sedap, so have it a try."

Tiga batang odeng sudah aku habiskan, tapi Junhyeok masih berada di batang pertamanya yang masih tidak digigit walaupun sedikit. Kemudian, dia menoleh ke arahku.

Dia tak makan odeng ke? Atau gaya aku makan hodoh sangat sampai dia terkejut?

"Choi Daram."

Akhirnya, dia bersuara juga.

Itu memang nama aku. Tapi bila dengar dia yang sebut nama penuhku tu, terasa pelik dan sedih pula.

Sebab bukan itu caranya dia panggil aku selama ni.

"Kenapa awak tak tanya apa-apa? Awak nampak dengan mata sendiri macam mana saya bergaduh dengan abang saya tadi... Apa kisah sebenar hidup saya dan minat saya pada badminton- kenapa awak diam je lepas dah saksikan semua tu?"

Rupanya kejadian tadi yang merunsingkan kepalanya, bukan sebab aku belanja dia makanan murah tepi jalan ni.

Hmm kalau tentang tu...

"Hmm dulu, saya selalu tanya macam-macam pada awak kan? Saya cuba nak kenal awak lebih mendalam, tapi tak pernah sekalipun awak beritahu apa-apa. Jadi itu mesti petanda, yang awak sebenarnya tak mahu sesiapa tahu tentang diri dan kehidupan sebenar awak." jawabku jujur.

Berdasarkan apa yang aku lihat tadi, aku pasti ianya bukan perkara yang tidak boleh dibanggakan bercerita pada orang. Ianya kisah hidup Junhyeok yang perit dan banyak halangan.

Dan aku, secara tak langsung dah tertahu sedikit rahsia besarnya. Aku pasti Junhyeok rasa malu dan mahu larikan diri.

Cheon Junsang, abang kepada Junhyeok itu dah salah. Dia buat adiknya sendiri jadi lemah.

"Jadi sekarang, saya akan tunggu awak buka mulut dulu. Walaupun ambil masa lama, saya akan bersabar nantikan saat awak betul-betul bersedia untuk bercerita tentang hal ni, macam sekarang." Aku hadiahkannya satu senyuman lebar, mengharapkan yang dia dapat rasa keikhlasanku. "Tadi awak tanya tu, sebab awak dah sedia nak ceritakannya kan?"

Ajaibnya, ayat penuh lemah lembutku tadi berjaya membuatkan hujung bibir Junhyeok sedikit ternaik.

Dia senyum.

Inilah Cheon Junhyeok yang aku kenal :D

"Fuh baiklah..." Junhyeok membetulkan posisinya. Tekak didehem berkali-kali sebagai warm-up sebelum mula membuka cerita. "Saya hidup dalam keluarga yang sederhana, ada mak, ayah, abang dan saya. Abang saya mula tunjukkan minat pada badminton sejak umur 8 tahun. Sejak dari tu, mak dan ayah saya berikan perhatian sepenuhnya untuk jadikan abang saya seorang atlet badminton. Saya seronok tengok dia main dan teringin nak cuba juga, tapi abang saya langsung tak benarkan saya sentuh walau sikit pun raket dia. Dia beritahu mak ayah kami yang saya ganggu dia bermain dan kata saya malas belajar..."

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now