Junhyeok's POV
Di rumah, aku tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk menghiburkan hati selain daripada belajar.
Mesti korang pelik kan. Bukan ke aku yang paling tak suka belajar? Selama ni aku menghadap buku pun atas dasar terpaksa je, hanya sebab aku ni manusia 17 tahun yang masih bergelar pelajar.
Tapi di rumah, aku pilih untuk jadikan perkara yang aku benci sebagai hobi supaya aku ada alasan untuk terus bersendirian.
Tok! Tok! Bunyi ketukan datang dari pintuku. Aku pilih untuk abaikan sehinggalah si pengetuk buat keputusan untuk buka sendiri dan masuk ke dalam bilik aku. Tanpa diundang.
"Wow belajar ke tu~" tanyanya dengan nada penuh menyindir.
Dia tak perlukan nada tu. Suara biasa dia je pun dah cukup untuk buat aku mahu sumbat pasir dalam mulut dia.
Annoying asf.
"Junhyeok, kamu tak cuba main badminton lagi kan?"
Pen yang aku sedang gunakan tiba-tiba berhenti, aku jadi kaku selepas mendengar soalan dia.
Ya, aku terkejut sebab aku memang main badminton, malah tak pernah berhenti sampai sekarang.
Takkanlah dia dah dapat tahu, lagi?
Waktu itu juga, pintu bilik dibuka buat kali kedua. Mak masuk dengan membawa sepinggan buah-buahan potong di tangan.
Pinggan diletak di mejaku, kemudian kepalaku diusap. "Junsang, jangan kacau adik kamu nak belajar. Pergilah berlatih."
"Saya nak melawat adik kesayangan saya ni sekejap pun tak boleh ke?"
"Alasan."
Kalaulah arahan tu untuk aku, memang sepantas kilat aku akan berlari capai raket dan berlatih.
Alang-alang mak sudah datang melawat ni, aku teringat sesuatu.
"Mak, malam esok saya nak pergi bermalam di rumah kawan untuk siapkan projek berkumpulan, boleh?" Tanyaku penuh santun memohon permission untuk bermalam di rumah Minseoung, walaupun pada hakikatnya projek berkumpulan tu aku baru cipta dalam kepala.
Mana ada apa-apa projek. We're just going to have fun.
"Kawan? Pfft- kamu ada kawan ke?"
Mak bertindak memukul bahu Junsang hyung yang asyik cari peluang mengejekku. "Kamu ni kan... macam budak-budak."
Setuju.
"Rumah siapa?" Mak memulakan sesi soal siasat.
"Minseoung, classmate saya dengan beberapa orang lagi."
"Berapa hari?"
"Sehari dua je."
"Projek ni untuk subjek apa?"
"P.E. Kami perlu cipta beberapa pergerakan baru untuk senamrobik." Idea muncul tepat pada masanya, jadi aku dapat jawab tanpa gagap.
"Keluarga Minseoung tu macam mana?"
"Minseoung cuma tinggal berdua dengan ayahnya. Ayah Minseoung merupakan seorang cef."
"Hmmm boleh percaya ke ni?" Mak lemparkan satu pandangan penuh curiga.
Alamak.
"Biarlah dia pergi, mak. Daripada dia ada, habis hilang fokus saya nak main. Sebab asyik ingat yang dia mungkin akan kacau bila-bila masa." Abang mencelah.
Perasaan sakit hati dan lega mula bercampur aduk. Why?
Thanks to him, aku berjaya dapatkan kebenaran untuk bermalam di rumah Minseoung. Sebenarnya hati ni rasa sakit sangat dengar kata-kata Junsang hyung, ditambah lagi dengan mak yang pantas je bersetuju.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...