6

40 11 24
                                    

(Sorry guys republish sebab tadi tersalah publish yg belum siap edit. Sila abaikan kepada yg dh terbaca and nmpk storyline sikit hehe sorry :3)

 Sila abaikan kepada yg dh terbaca and nmpk storyline sikit hehe sorry :3)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Daram's POV

"Saya nak cuba pakai contact lenses."

Aku dah nekad. Itu je satu-satunya cara untuk aku melihat dunia dengan jelas tanpa perlu pakai cermin mata ni lagi.

"Awak pasti?" Minseoung ragu-ragu mendengar ideaku.

Rabun aku agak teruk, jadi ianya sedikit berisiko untuk aku cuma pakai contact lenses. Bukannya tak boleh pakai langsung, cuma aku perlu jauh lebih berhati-hati.

Lambat-lambat, aku mengangguk.

"Good then. Kita mulakan projek make over awak lusa ni. Kita perlukan bantuan Eunhye sebab saya bukan perempuan."

Yes itu saya pun tahu 🤣

"Tapi saya boleh beri feedback. Saya pandai menilai orang."

Senyuman automatik terukir di pipiku melihat keikhlasan Minseoung untuk bantu aku lupakan Cheon Junhyeok tu 100%. Walaupun aku rasa yang misi ini akan jadi sangat mustahil.

Minseoung betul, aku perlu teruskan kehidupan dengan lupakan dia. Dia cuma crush sekolah menengahku yang just datang sesuka hati dan kemudian pergi macam angin.

Pasti akan ada yang lain yang akan datang pada aku.

🐿


Daram's POV

"Awak pasti saya tak nampak pelik?" Kataku sambil menendang lantai, cuba untuk melawan tolakan Eunhye yang seperti bulldozer, menolak tubuhku ke hadapan tanpa belas kasihan.

Aku dah selesai dengan proses make over di bilik dengan bantuan Eunhye, dan sekarang dia mahu tunjukkan rupaku pada abang aku. Kami dah betul-betul ada depan pintu bilik Taehun dan aku masih keraskan badan, tak berniat langsung nak masuk.

"Saya dah kata sejuta kali, sekarang awak dah jadi lagi cantik dari saya! Haish menyesal pula tolong awak make over ni."

Well walaupun dia cakap macam tu, aku masih berada dalam keraguan. Apa jadi kalau kata-kata pujian Eunhye tadi diungkap sekadar untuk menjaga hati aku?

Aku kini sudah berwajah baru hasil titik peluh Eunhye dan Minseoung. Rambut pendek paras bahu yang dipotong serupa seperti Itzy Ryujin, baju blaus berwarna sky blue yang dipadankan dengan jeans putih, dan paling penting, rupa aku yang extra cantik.

Sebelum ni aku cuma tahu pakai compact powder dan sunscreen kalau nak keluar rumah. Selepas dapat kelas penjagaan dan tatarias rupa khas dari Eunhye, sekarang aku dah pandai pakai solekan ringan di muka, sesuai untuk remaja sepertiku.

𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤 Where stories live. Discover now