Daram's POV
"Sebenarnya... saya sukakan awak, Choida."
Jantung aku hampir gugur mendengar empat perkataan keramat yang baru meniti di bibir Cheon Junhyeok sebentar tadi.
Saya sukakan awak, Choida.
Sama ada aku salah dengar atau aku berkhayal sebab kepenatan. Sangat impossible yang Junhyeok katakan benda tu.
"A-apa?" Aku masih terpinga-pinga.
"Saya, Cheon Junhyeok, sukakan awak, Choi Daram. Suka sangat-sangat."
....
Nampaknya aku tak bermimpi. Junhyeok dah mengulang kembali kata-katanya, siap ditambah dengan ayat pengukuh lagi untuk meyakinkan aku.
Junhyeok mengetap giginya, mungkin rasa malu selepas membuat pengakuan besar secara berdepan begini. Dia dah kumpulkan segala kekuatan dan keberanian untuk beritahu aku, tapi aku cuma mampu ternganga.
Serius. Aku ternganga besar sangat, tunggu masa je dagu ni nak terjatuh ke lantai. Aku menahan daguku dari terus ternganga menggunakan tangan.
"Since hari pertama kita jumpa. Awak ternganga macam ni masa kita terserempak di kaki lima tu... comel macam ni juga."
"Pfft-" Kalau sejak tu...
Sejak di sekolah menengah? Hari Junhyeok pindah masuk ke sekolah kami dan kami berlanggar semasa berjalan tu? Saat aku jatuh cinta padanya, dia juga tertarik dengan aku?
Love at first sight? Kami jatuh cinta pada satu sama lain at the same time?!
Junhyeok masih tersenyum-senyum malu. Mesti dah tiada idea untuk mulakan topik perbualan macam biasa sebab confession tadi.
Aku beranikan diri untuk bersuara setelah lama mengunci mulut, "Err sebenarnya ada perkara saya nak tanya awak dari dulu... awak ada masalah penglihatan ke?"
Yelah. Sama ada sebab matanya yang sejak lahir dah sepet ataupun dia sebenarnya rabun juga, aku pasti mata dia bermasalah... Macam mana dia boleh terdetik perasaan suka lepas lihat muka nerd aku yang dulu?
Aku yang bercermin mata tebal dan langsung tak cantik dulu... Kalau sekarang tu aku fahamlah juga *flip rambut*
"Dulu saya pun tak handsome, tapi awak suka saya. So it's not impossible for me to like you back then."
"Tapi kenapa? Kita cuma berlanggar. Kalau saya, tak peliklah boleh jatuh cinta pada awak sebab awak handsome- Tapi saya yang bercermin mata dan rambut panjang mengurai macam hantu masa tu...?? Awak boleh suka?" Aku mengumam panjang sampai tercakap jujur tanpa sedar.
Tapi betullah. Masa tu aku cuma ternganga di kala seluruh tubuhku menggeletar teruk selepas bertembung dengan dia.
Takkanlah dia jatuh hati dengan ngangaan aku?
"Hahahah iya awak nampak comel sangat waktu tu." Junhyeok dapat baca wajah tanda soalku. "Saya tak tipu! Lepas pelanggaran kita, awak tergagap-gagap dan jelas sekali dah jatuh cinta pada orang macam saya yang biasa-biasa ni. Serius, awak orang pertama yang buat saya gembira dengan diri sendiri..."
Orang lain yang buta sebab tak nampak betapa menawannya Junhyeok sejak dulu.
"Awak selalu buat saya rasa istimewa, sebab tu saya tak dapat kawal diri dari sukakan awak. Walaupun saya introvert dan sangat pemalu, saya beranikan diri untuk bercakap dengan awak, cuma awak seorang."
Junhyeok... 🥺
Somehow, kata-katanya buatkan aku berasa bangga dengan diri sendiri. Bukan sebab akhirnya orang yang aku minati selama ni membalas perasaanku, tapi sebab aku dah berjaya ubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik tanpa sedar.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanficDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...