Daram's POV
"Teman lelaki dia Cheon Junhyeok, kawan sekelas kamu!"
...
Buat seketika, aku seperti hilang kata-kata. Otak aku betul-betul kosong sekarang.
Apa tadi tu? Apa yang aku baru dengar ni?
Aku harap sangat yang aku tersalah dengar. Kalau tak salah dengar pun, aku berharap yang Cheon Junhyeok yang Puan Bae maksudkan bukanlah Cheon Junhyeok yang aku kenal. Yelah, mana tahu kebetulan ada manusia dengan nama yang sama dengan crush aku.
"S-siapa...?"
"Junhyeoklah, kawan kamu yang baru masuk sekolah ni tahun lepas. Dialah teman lelaki Chohee."
Nampaknya, memang dia.
Aku kelu lidah. Tiada kata boleh menggambarkan betapa aku sebenarnya sangat-sangat-sangat-sangat terkejut, langsung tak menjangka nama crush aku yang akan disebut.
Junhyeok... Junhyeok pemalu yang aku suka itu bercinta dengan anak pengarah sekolah?
"Daram, kamu kata dia budak baik kan. Kamu presiden kelas, mesti kamu selalu perhatikan Junhyeok kan?"
Kepalaku mengangguk tanpa rela. Memanglah aku selalu perhatikan Junhyeok lebih dari yang lain, tapi itupun sebab aku ada perasaan istimewa pada dia.
"Chohee nampak gembira betul bila dia kata yang dia ada teman lelaki. Cikgu lega bila orangnya adalah Junhyeok. Kamu kata Junhyeok budak rajin kan, jadi cikgu tak risau langsung."
Fikiran aku yang kosong makin bertambah kosong, sunyi dan tidak berpenghuni. Semua huruf yang aku belajar sejak kecil, semuanya dah hilang.
Sedaya upaya aku cuba juga melayan bebelan teruja Puan Bae walaupun hati terasa sakit macam ditoreh-toreh dengan pisau.
Sakit mana pun hati, aku tahu, Puan Bae langsung tak bersalah. Puan Bae cuma seorang mak yang teruja bila anaknya bersama orang sebaik Junhyeok.
Aku... aku tak rasa mampu nak cakap tentang ni lagi sekarang.
Nasib baiklah, makanan tiba tepat pada masanya.
Aku cuba habiskan dagingku secepat mungkin, sementara Puan Bae terus-terusan bercerita tentang anaknya. Aku jawab endah tak endah, tapi Puan Bae tak kisah pun asalkan dia tahu aku dengar semua ceritanya.
Kenapa... aku tak faham. Kenapa dia?
🐿
Eunhwi's POV
Awal pagi lagi, aku dikejutkan dengan satu situasi pelik yang berlaku buat pertama kalinya dalam tempoh setahun.
Choi Daram, dia datang ke sekolah tanpa bawa bekal makanan untuk Junhyeok kesayangannya.
"Daram, awak tertinggal bekal untuk Junhyeok eh?" Tanya Eunhye terlebih ceria, cuba nak dekati kawan kami yang kelihatan seperti ada awan mendung atas kepala.
Daram tidak berikan sebarang respons. Dia rebahkan kepalanya di atas meja, berada dalam posisi sempurna untuk mula termenung.
Eh pelik.
Aku meluaskan pandangan ke seluruh kelas, mencari kelibat Junhyeok. Tak perlu cari lama, dia ada je sekarang kat locker belakang kelas, tengah ambil buku.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐈𝐑𝐑𝐄𝐋 || 𝐜𝐡𝐞𝐨𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐡𝐲𝐞𝐨𝐤
FanfictionDaram mengharapkan keajaiban selepas semua usaha kerasnya untuk mendapatkan perhatian orang yang sangat disukai, Cheon Junhyeok. Melihat kepada cara Junhyeok senyum, Daram fikir yang dia akan berjaya. But, everything went upside down. Daram berazam...