1

34.8K 141 2
                                    

Namaku Seri. Aku dilahirkan di zaman sebelum adanya teknologi internet, media sosial mahupun pesanan ringkas. Aku dilahirkan di kampung, membesar dan bersekolah di kampung. Kedua ibu-bapaku bekerja di kampung sahaja. Aku tidak memiliki pelajaran yang tinggi, dan ilmu agama di dadaku sangatlah tipis. Mungkin masa zaman tu belum ada lagi kesedaran agama seperti sekarang. Orang-orang kampungku semuanya bersahaja. Tak ada ustaz yang warak, tak ada kelas agama tambahan untuk kanak-kanak kecil. Rumah orang tuaku pun agak jauh dari surau, sebab ianya didirikan ditengah-tengah bendang.

Aku dianugerah kan dengan paras rupa yang cantik. Kulitku putih. Sederhana tinggi. Badanku kurus. Aku tak tahu samada itu adalah anugerah ataupun satu sumpahan. Sebab kecantikan aku ni lah telah menyebabkan aku diselubungi oleh nafsu lelaki dan dosa satu hari nanti.

Sewaktu zaman persekolahan ku, kami ada empat rakan karib: aku, Mawar, Khairul dan Azman. Aku memang secara diam-diam meminati Khairul. Handsome orangnya, badan tegap, tinggi lampai. Pernah sekali aku menulis surat cinta pada Khairul, dan secara curi-curi aku metelakkan surat tersebut dicelah buku teksnya di dalam beg sekolahnya. Tapi Khairul langsung tidak endahkan suratku. Ya, aku tahu, ramai gadis-gadis lain yang juga menulis surat padanya, ada yang beri kad, ada yang beri coklat, ada yang beri bunga. Aku ni jenis pemalu, pendiam. Jadi siapalah diriku ini jika dibandingkan dengan gadis-gadis yang lebih menyerlah di sekolahku.

Pada waktu yang sama, Mawar juga ada crush pada Khairul. Mawar seorang yang extrovert, sementara aku pula seorang yang sangat introvert. Jadi, boleh agaklah siapa yang dapat jadi teman istimewa Khairul. Kebetulan aku pula dapat tahu yang Azman sebenarnya ada hati kepada Mawar. Aku dengan Mawar sama cantik, sama padan. Tapi perwatakannya sangat ceria berbanding diriku, senyumnya sangat menawan. Mawar, sesuai dengan namanya, sangat wangi orangnya. Ramai lelaki ingin mendekatinya hanya untuk menghidu keharumannya. Aku pula ada sedikit masalah dengan bau tubuh badanku. Aku cepat berpeluh, menyebabkan badanku cepat berbau masam. Jadi bila aku keluar bersama Mawar, ramai yang lebih ingin untuk mendekati Mawar berbanding diriku.

Seperi kisah-kisah dalam novel, hero tentulah akan berkahwin dengan heroine. Dan semestinya jodoh Khairul dan Mawar kuat. Mereka bertunang selepas habis SPM. Khairul dan Mawar dapat masuk ITM buat Diploma. Mereka plan untuk nikah selepas grad nanti. In fact, tak sempat grad pun. Masuk umur 20, mereka terus nikah. Sebabnya ialah ibu bapa masing-masing risau mereka hanyut semasa di bandar nanti. Biarlah halalkan perhubungan mereka.

Aku dan Azman rasa gembira semasa pernikahan mereka, walaupun dalam hati terasa sedikit pilu dan kesedihan. Secara jujurnya aku menangis sendirian, sebab aku selalu impi menjadi teman hidup Khairul. Aku ingin menjadi heroine-nya.

Selepas Mawar dan Khairul berkahwin, orang tuaku dan orang tua Azman merancang untuk mengahwini kami berdua. Aku dapat rasakan ibu bapaku tahu yang aku sebenarnya sedih sebab Khairul telah menikahi Mawar. Jadi mereka nak cepat untuk nikahkah aku.

Azman berjumpa aku di rumah. Kami duduk di bawah rumah orang tuaku di atas pangkin, berbincang masa depan kami.

ʻʻBetul ke kau nak kahwin dengan aku, Man? Aku ni tak sewangi Mawarʼʼ Aku menanya dengan selamba.

ʻʻKau pulak betul ke nak kahwin dengan aku, Seri? Aku tahu kau sukakan Kharulʼʼ Azman menjawab selamba juga.

Kami berdua duduk diam di atas pangkin di bawah rumah orang tua ku. Tidak berkata apa. Tidak kata ya, tidak kata tidak.

Aku dan Azman diijabkabulkan tak lama selepas itu. Azman sah menjadi suami aku dengan sekali lafaz. Maka bermulalah hidupku sebagai seorang isteri, seorang wanita yang mencari cinta. Cinta yang ku pinta dari suamiku sendiri, sehinggalah aku terjerumus dalam dosa-dosa yang menyelubungi diriku sehingga ke hari ini.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now