42

5.4K 46 1
                                    

Suamiku pun pulang, dan aku melayannya seperti biasa. Selain dari hubungan kelamin yang aktif, kami sentiasa keluar ke bandar menghabiskan masa bersama.

Satu hari sewaktu kami berjalan-jalan bersama di bandar, bersiar-siar sambil menghabiskan waktu quality time bersama, aku tiba-tiba terlihat Datuk Aziz bersama dengan seorang wanita lebih kurang bayaku juga. Mereka sedang berpegangan tangan. Aku menarik tangan suamiku dan menariknya ke tepi. Datuk Aziz dan wanita yang dipimpinnya itu tidak nampak kami.

ʻʻEh, Seri... kenapa tarik tangan Abang?ʼʼ tanya suamiku terkejut.

Aku cuba untuk mencari alasan. Aku tak mahu Datuk Aziz bertembung dengan kami suami-isteri.

ʻʻAbang.... abang ingat tak barang-barang yang Abang nak beli tu, jom kita ke kedai tu? Kat situ ada kotʼʼ Aku terus menarik suamiku ke kedai sebelah.

Setibanya di sana, aku meninggalkan Azman seketika dan berpura-pura untuk pergi ke bahagian wanita. Tetapi aku cuba balik ke tempat tadi untuk mengintip Datuk Aziz dan perempuan misteri itu.

Ya, memang nampak Datuk Aziz sangat mesra dengan wanita itu.

Siapa perempuan tu? Tanya hatiku. Mungkinkah itu Datin?

Datin? Eh.... tak mungkin kot... Datuk Aziz berumur 47 tahun.... Datin kalau tak silap hanya dua-tiga tahun lebih muda dari Datuk. Tapi perempuan tu nampak macam baya aku jer.

Mungkinkah anak perempuannya?

Tapi kenapa nampak macam mesra je? Pegang-pegang tangan lagi? Tak kan dengan daughter sendiri pun mesra macam tu.... nampak macam.....

.....sepasang kekasih..... ???

Aku capai Blackberry aku dan mengambil gambar mereka berdua.

Hati aku dah semakin berasa sakit dan cemburu.

Sepanjang aku bersama Azman hari itu, aku murung, senyap. Azman pun tak faham kenapa tiba-tiba aku berubah sikap seperti ini. Selalunya aku manja, menggoda. Tapi tiba-tiba aku jadi very cold.

Azman pun malas nak melayan kerenahku. Dia buat hal dia.

Pada malam itu, aku tak de mood nak berjimak dengan suamiku. Hatiku masih panas dengan apa yang aku lihat siang tadi. Aku duduk dekat ruang tamu tengok TV. Azman pun nampak aku macam tak ada mood, terus masuk ke bilik tidur dan melelapkan mata.

Sejurus selepas Azman masuk tidur, aku mendapatkan Blackberry aku dan menghantar gambar Datuk Aziz dan wanita itu kepada Kak Ya.

SIAPA NI?

Mesej yang ku hantar pada Kak Ya ringkas tapi straight to the point.

Dekat sepuluh minit aku tunggu reply darinya.

SERI, KITA JUMPA PAGI BESOK OK? NANTI KAK YA CERITA.

Lepas aku baca mesej Kak Ya, aku terus mencampak Blackberry aku ke tepi.

Aku rasa geram, marah, panas. Aku rasa cemburu sangat-sangat.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now