72

4.5K 39 1
                                    

Setibanya aku kembali ke hospital, aku dapati peguam syarikat, Mr Lawrence sudah ada di situ. Mr Lawrence sedang berbual-bual dengan Azman sambil mengucapkan rasa gembiranya yang Azman telahpun pulih kembali.

Sejurus selepas melihatku masuk ke dalam bilik wad dengan membawa fail siasatanku, Mr Lawrence terus mendapatkanku. Dia memegang lenganku dan mengiringku keluar dari wad Azman

ʻʻMrs Seri, boleh kita berbincang sekejap?ʼʼ

ʻʻOf course, Mr Lawrence. Iʼm sure we have a lot to talk aboutʼʼ jawabku dengan nada yang serius.

ʻʻLebih baik kalau kita ke pejabat saya? Fail saya ada di pejabatʼʼ Mr Lawrence menjemputku.

ʻʻKenapa tak di sini saja? Azman pun boleh dengar. Apa yang Mr Lawrence nak bagitahu saya, Azman pun berhak tahuʼʼ jawabku serius.

Mr Lawrence melihat Azman menerusi tingkap kecil biliknya. Azman kelihatan sudah menutupkan matanya untuk tidur.

ʻʻAzman baru bangun semalam. Dia masih perlu berehat. Come, we go to my office. I have something to show youʼʼ kata Mr Lawrence dengan senyuman.

Aku bersetuju untuk mengikut Mr Lawrence ke pejabatnya memandangkan Azman nampak ingin berehat lagi.

Mr Lawrence membawaku ke pejabat di dalam kereta mewahnya. Di dalam kereta, kami sempat berbual.

ʻʻMrs Seri. Saya tahu Mrs Seri sibuk buat siasatan ke atas apa yang berlaku pada Azman for the past four monthsʼʼ

ʻʻYa, betul. And you know what Iʼve found, Mr Lawrence? There was no accident. There was no negligence. Saya telah dapati ada perbuatan khianatʼʼ kataku tengan tegas.

Mr Lawrence tak berkata apa-apa.

ʻʻI will bring this to court, Mr Lawrence!ʼʼ kataku, ʻʻSaya tak kan biarkan Datuk Aziz buat hukuman sesuka-hati! Dia bukannya hakim! Dia bukannya tuhan!ʼʼ suaraku semakin bengis. Secara tak langsung, aku juga berkata untuk diriku, mengingat kembali perbuatan Datuk Aziz memperkosaku di sebuah bilik hotel empat bulan lepas. Aku tidak membuat laporan polis. Aku tidak melaporkan perbuatannya kepada sesiapa. Tapi kali ini, aku tak boleh berdiam diri atas apa yang dia lakukan pada Azman.

ʻʻSabar, sabar Mrs Seriʼʼ, kata Mr Lawrence padaku untuk mententeramkanku, ʻʻsecara jujurnya saya tak bersetuju dengan apa yang Datuk Aziz buat. He is rich and powerful and he can do whatever he likes. Saya tahu apa yang terjadi pada you, dan saya simpatiʼʼ, Mr Lawrence berhenti sebentar sebelum menyambung, ʻʻtapi tugas saya bukan saja untuk protect Datuk Aziz, tapi syarikat dan kesemua pekerja syarikatnya juga. Mrs Seri, letʼs work out an out-of-court solutionʼʼ

ʻʻSolution apa, Mr Lawrence?! Orang kaya dan berkuasa macam awak boleh beli kami yang miskin ni?!ʼʼ aku tidak termakan dengan pujuk-rayunya.

ʻʻBawak bertenang, Mrs Seri. Kita pun dah sampai. Letʼs go to my officeʼʼ kata Mr Lawrence. Dalam kami berbual, kami dah sampai ke perkarangan pejabatnya. Mr Lawrence memparkir keretanya dan kemudian menjemputku masuk ke dalam pejabatnya.

Setelah aku duduk di sofa di dalam pejabatnya, Mr Lawrence membawa sebuah fail kepadaku. Tapi dia belum menyerahkan lagi fail tersebut, sebab dia ingin menjelaskan sesuatu.

ʻʻKalau puan bawa kes ni ke court, maka syarikat ini akan ditutup oleh our parent company, Exxon. Sebab Exxon akan buat inquest dan mereka sangat strict. The European Commission akan masuk campur dan for sure contract Datuk Aziz akan diterminate oleh Exxonʼʼ jelas Mr Lawrence.

ʻʻBaguslah!ʼʼ kataku puas hati. ʻʻBaru padan muka dia!ʼʼ

ʻʻSekejap....sekejapʼʼ, Mr Lawrence cuba menenangkan aku lagi, ʻʻseperti yang saya kata tadi, saya bukan sahaja protect Datuk, tapi tugas saya ialah untuk protect kesemua pekerja kami jugaʼʼ

ʻʻHabis tu?ʼʼ

ʻʻKalau syarikat ini tutup, maka 450 orang pekerja akan diberhentikan. Maksudnya 450 keluarga akan hilang punca pendapatan merekaʼʼ

Aku terdiam sebentar. Aku tak terfikir sejauh itu.

ʻʻMrs Seri. Azman cedera semasa dia bertugas, jadi saya dah buat claim pada syarikat insurans, dan saya juga telah dapat kumpulkan berberapa akaun Datuk untuk bagi this out-of-court proposal ni pada puan dan Azmanʼʼ

Mr Lawrence kemudiannya memberikan fail tersebut padaku. Aku membukanya dan mataku terkejut melihat proposalnya.

Aku dan Azman telah ditawarkan pampasan yang sangat banyak sekali. Aku tidak pernah lihat jumlah sebesar itu. Duit elaun lima ribu ringgit setiap tiga minggu yang Datuk Aziz berikan padaku sudah aku kira seperti terlampau mewah untuk diriku. Inikan pula amaun yang Mr Lawrence ingin tawarkan padaku. Ianya bukan sahaja boleh menampung kehidupan kami sehingga ke hari tua, tapi generasi anak kami, dan mungkin cucu-cicit kami juga.

Aku menelan air liurku. Aku baca lagi. Disamping dengan duit pampasan itu, Azman juga diberikan duit pencen bulanan seumur hidup. Dia tidak perlu bekerja lagi sekiranya dia mahu.

Mr Lawrence kemudian memberikan semula kad kredit syarikatnya kepadaku semula.

ʻʻPlease take this. You sekarang tak ada sesiapa untuk membiayai kehidupan you. Use this cardʼʼ dia kemudian menyambung lagi, ʻʻyour deluxe suite dekat Shangri-La Tanjung Aru is still yours to use...... of course..... not the same roomʼʼ katanya sambil senyum.

Pandai Mr Lawrence memancingku. Aku yakin dia tahu tentang hubungan sulitku dengan Zarul, yang selama ini menanggung sara hidupku. Sekarang apabila Zarul sudah tiada, aku dan Azman tinggal sekelangkang kera. Mr Lawrence menggunakan situasi kami untuk kelebihan dalam rundingannya.

Mr Lawrence kemudiannya memegang kedua-dua tanganku, dan melihat ke dalam mataku dengan dalam.

ʻʻI want you to know, Iʼm doing this for you and Azman. Datuk tak tahu pun. Like I said, I sangat-sangat bersimpati dengan apa yang Datuk dah buat pada you dan husband you. Datuk can be very brutal.... but I am notʼʼ

Mr Lawrence sambung lagi, ʻʻYou dan Azman muda lagi. You have so much life ahead of you. This offer is your way out once and for all. You bukan terhutang budi dengan Datuk, sebab ni bukan Datuk punya offer. This is offer dari saya, yang mewakili syarikat Azman bekerjaʼʼ

ʻʻYou nak mencari keadilan ke atas apa yang telah berlaku pada diri you dan diri Azman. Inilah dia keadilan yang you cariʼʼ

Akhir sekali Mr Lawrence berkata, ʻʻjuga.... fikirkan tentang 450 keluarga yang bakal putus sumber pencarian kalau syarikat ini ditutupʼʼ

Sungguh pandai dia berkata-kata. Padanlah dia menjadi peguam Datuk yang utama.

Aku akhirnya menerima cadangannya. Aku menandatangani perjanjian yang telah disediakannya. Mr Lawrence kemudiannya mengambil fail siasatanku dan aku berjanji tidak akan menyeret kes ini ke mahkamah.

ʻʻThank you Mrs Seri. Thank you for accepting offer kami. Setiausaha saya akan urusan pembayaan kesemua pampasan kepada puan dan Azmanʼʼ

Mr Lawrence kemudian menghantar aku balik ke hospital. Sepanjang perjalanan aku merasa kebas. Aku macam tak percaya apa yang terjadi tadi.

Setibanya di hospital, aku memeluk suamiku Azman. Aku rasa sangat gembira, tak terkata. Dia terjaga dari tidurnya.

ʻʻSeri....ʼʼ kata suamiku perlahan, ʻʻawak ok ker?ʼʼ tanyanya padaku melihat aku memeluknya tiba-tiba dengan erat sekali sambil wajahku terukir senyuman lebar.

ʻʻYa, Bang....ʼʼ kataku sambil tersenyum riang, ʻʻkita ok, Bang.... kita sangat-sangat okʼʼ

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now