17

11.9K 71 2
                                    

Pada dua hari berikutnya, aku tak keluar dengan Datuk Aziz. Dia sibuk mengendalikan meeting dan hal-hal kerja. Aku rasa sangat-sangat sunyi. Hatiku sangat-sangat merinduinya. Aku sudah tidak melakukan onani lagi. Aku mahukan yang sebenarnya. Bukan berfantasi lagi.

Tanpa aku sangka, air mataku jatuh membasahi pipiku. Aku tahu yang sekarang tak dapat melawan perasaan hati ini lagi. Aku telah betul jatuh cinta pada Datuk Aziz.

Aku tak tahu kenapa aku rasa begini begitu cepat sekali. Seolah-olah hatiku telah dikunci, jiwaku telah dijampi.

Aku mengambil handphone pemberiannya. Sambil mataku basah dengan air mataku, aku menaip message kepadanya.

I MISS YOU

Hantar. Aku tunggu beberapa minit. Tak ada jawapan.

I LOVE YOU

Hantar lagi. Tunggu lagi beberapa minit. Masih tak ada apa-apa.

Aku menangis sendirian.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Aku cepat-cepat membukanya. Message dari Datuk Aziz.

I MISS YOU TOO BABY. I MISS YOU SO MUCH.

Hatiku melonjak kegembiraan. Aku rasa bagai kanak-kanak yang baru menerima hadiah istimewa. Hanya dengan message ringkas itu membuatkanku rasa indah dan ceria.

Tiba-tiba handphone berdering. Datuk Aziz memanggilku. Aku terus menjawabnya. Datuk Aziz berada di outstation. Kami menghabiskan masa hampir satu jam berbual di telefon. Datuk Aziz melafazkan kata-kata cintanya padaku, dan aku membalas dengan kata-kata cintaku.

Secara jujurnya, inilah pertama kali aku merasai nikmat bercinta.

Masuk hari Sabtu, sudah tiga hari aku tidak berjumpa dengan Datuk Aziz. Rindu di hati dah membuak-buak. Kadang-kadang aku tak faham kenapa aku rasa begini. Padahal kalau nak diikutkan aku baru sahaja mengenalinya. Bermula dari perjumpaan pertama di restoran bersama suamiku. Kemudian, kami keluar menonton wayang bersama. Lepas itu, semasa ber-karaoke, dan aku mendapat ciuman pertama darinya. Aku merasa kehilangannya apabila dia outstation. Tak dengar berita daripadanya semasa dia sibuk dengan kerja. Maka waktu itu, kerinduan mencengkam diri. Aku tak pernah merasa begini pada seorang lelaki. Sedangkan dengan suamiku aku langsung tak rasa yang sama?

Bila fikirkan, aku tak pernah bercinta dengan Azman. Kami berkawan dari kecil. Kami bukan bercinta. Kami nikah pun sebab perancangan orang tua. Ya betul, malam pertama kami memang seperti di syurga. Tapi kami tak pernah betul-betul bercinta. Hidup sebagai suami isteri adalah seperti tanggungjawab. Hubungan kelamin kami sebab terpaksa.

Tadi berbeza dengan Datuk Aziz. Aku rasa cinta padanya seperti yang aku pernah rasa pada Khairul. Tapi masa tu aku masih budak lagi. Tak ada keinginan nafsu seperti sekarang. Sekarang cintaku adalah cinta wanita dewasa.

Suamiku Azman pulang dari kerja hari Sabtu lebih awal dari biasa. Dia baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya di kilang. Besok hari Ahad dia bercuti, dan hari Isnin dia akan memulakan kerja barunya di Sabah. Dua minggu dia akan berada disana. Sepatutnya aku akan merinduinya.

Malam Sabtu tu, kami keluar makan malam bersama Mawar dan Khairul. Lama betul tak jumpa mereka. Mereka nampak bahagia. Kebahagiaan mereka tak sama seperti aku dan Azman. Kami tak ada spark.

Selepas selesai makan malam, Khairul dan Mawar singgah ke flat kami. Aku menyediakan kopi untuk Azman dan Khairul yang berada di ruang tamu, sementara aku dan Mawar berbual di dapur.

Setelah siap dua cawan kopi, aku membawanya ke ruang tamu. Dalam perjalananku, aku terdengar perbualan mereka:

ʻʻDua minggu kau outstation, mesti kau rindu maut kat Seri nanti kan?ʼʼ seloka Khairul pada suamiku.

Suamiku tak menjawab. Dia diam sahaja.

Aku memberhentikan langkahku. Aku ingin dengar apa jawapan suamiku.

ʻʻBiasa jer, Rolʼʼ, jawab suamiku. ʻʻKadang-kadang bila aku fikir, mungkin ada baik juga aku tak tidur sekatil dengan Seri. Dapatlah aku bernafas sikitʼʼ dia gelak ketawa sambil menjawab. Khairul ikut gelak sekali.

Ya, Azman hanya bergurau. Gurau antara kawan.

Tapi aku tahu, Azman jujur orangnya. Apa yang dia katakan tu betul. Setahun dia tidur sebelahku, dan aku tahu dia cukup tak selesa dengan bau badanku.

Air mataku jatuh berguguran. Sampai hati kau kata begitu pada rakanmu, Azman. Sampai hati kau.

Selepas Khairul dan Mawar pulang, aku memencilkan diri. Azman tak mengendahkan aku. Dia masuk tidur dulu. Sedikit pun dia tak memanggilku untuk tidur sama. Ya lah, aku belum mandi lagi malam ni. Kau tidur lah dulu, Azman. Aman sikit kau tidur tanpa aku ada disebelah.

Aku duduk keseorangan di ruang tamu. Air mataku berjujuran. Aku rasa sedih sangat mengenangkan suamiku tak selesa aku tidur disebelahnya. Jijik sangat ke tubuhku ni?

Aku mencapai handphone. Dalam keadaan marah, aku menghantar message pada Datuk Aziz.

YOU ADA KAT MANA?

Message tak di balas. Aku menangis sendirian.

Tiba-tiba masuk message baru.

I DAH SAMPAI KL

Mataku berair-air membaca message Datuk Aziz. I taip message ke dalam handphone-ku:

I RINDU YOU. RINDU SANGAT2

Hantar.

Aku merenung skrin handphone ni. Rasa macam bertahun menunggu message tiba.

BOLEH JUMPA TAPI DENGAN SYARAT

Apa pulak syarat Datuk Aziz ni? Kan kita dah kata kita rindu dekat dia. Aku bergegas taip message:

SYARAT APA

Hantar. Aku tunggu dengan sabar.

Message masuk.

DAH MANDI BELUM?

Tiba-tiba aku tergelak baca message dia. Tu ke syarat dia? Aku rasa Datuk Aziz ni ada fetish pada bau tubuhku.

BELUM. BAU MASAM.

Aku hantar sambil tesengih.

Message masuk dengan pantas.

30 MINIT.

Hatiku melonjak kegembiraan. Akhirnya aku dapat berjumpa dengan seseorang yang ikhlas menerima diriku.

Dengan pantas aku menutup kipas siling ruang tamu flat-ku. Aku duduk di tengah-tengah ruang tamu. Tanpa kipas dipasang, ruang tamuku menjadi panas, walaupun pada waktu malam. Semakin lama aku tunggu semakin badanku berpeluh.

Aku menunggu dengan penuh tekun. Cukup setengah jam, handphone berbunyi.

DAH SAMPAI. DEKAT LUAR PINTU

Tanpa membuang masa, aku terus membuka pintu flat-ku. Dan dihadapanku adalah Datuk Aziz. Aku menutup pintu flat-ku dibelakangku. Aku terus memeluknya dan kami berkucupan. Kucupan kami amatlah berahi.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now