35

8.9K 59 1
                                    

Hari Isnin pun tiba. Hari ini aku terpaksa lepaskan suamiku semula untuk dia kembali bekerja di Sabah. Kami bangun pukul 8 pagi, dan aku menolong mengemaskan beg pakaiannya, sambil suamiku mandi pagi.

Disamping semua pakaian suamiku, aku letakkan sehelai baju kurungku yang belum basuh ke dalam beg pakaiannya. Azman yang baru keluar dari bilik mandi melihatku sibuk menyiapkan begnya. ʻʻTerima kasih, Seriʼʼ katanya dengan senyuman yang sangat manis, ʻʻthank you sebab tolong siapkan beg abangʼʼ

ʻʻAbang....ʼʼ kataku pada suamiku, ʻʻni Seri bekalkan baju kurung Seri untuk abang. Kalau abang tak dapat nak lelapkan mata, tak dapat tidur lena, abang cium lah baju Seri ni yaʼʼ. Suamiku sangat terharu dengan bekal yang aku kirimkan padanya tu.

Aku melihat tubuh suamiku yang masih bertuala sahaja. Dadanya yang sasa membuatkan nafsuku gersang. Aku menutup dan zipkan beg pakaiannya dan terus aku mendapatkannya. Aku memeluk tubuhnya dan mengucup bibirnya.

ʻʻAbang....ʼʼ kataku manja, ʻʻgiliran Seri pulak mintak bekalʼʼ

Suamiku memeluk pinggangku dan merenung mataku, ʻʻBekal apa tu, Seri?ʼʼ tanyanya.

ʻʻBekal yang tu lah,ʼʼ kataku memberi hint padanya. Aku kemudiannya menarik tualanya, maka terbogelah suamiku di hadapanku.

Suamiku terus mencapai tualanya semula, ʻʻSeri.... kita dah lambat ni, mana ada masa nak bersama lagi niʼʼ suamiku menolak permintaanku.

Aku toleh melihat jam. Sekarang pukul 9 pagi. Azman perlu berada di airport jam 10 pagi. Aku masih tak putus asa. Aku terus memeluknya semula dari belakangnya. Aku baringkan kepalaku di belakang tubuhnya. ʻʻSempat lagi, Bangʼʼ rayuku, ʻʻPlease Abang. Seri perlukan sentuhan Abang. Seri perlukan sangat-sangatʼʼ suaraku sudah sangat meminta.

Suamiku memusingkan badannya untuk menghadap diriku. Dia kemudiannya memegang kedua-dua pipiku dengan tangannya, ʻʻSeri, malam tadi kan dah dapat?ʼʼ

ʻʻTak cukupʼʼ kataku pantas, manja.

Suamiku menghembuskan nafas keluar. ʻʻSeri, Abang balik seminggu ni kan kita dah spend quality time bersama. Bagi abang, quality time bersama Seri lebih indah, lebih romantik, In fact, Abang pun dah banyak kali sentuh Seri pun.ʼʼ

Aku cuba sekali lagi, cubaanku yang terakhir, ʻʻSeri memang terharu dapat spend quality time dengan abang, tapi sentuhan abang tu quality time jugaʼʼ

Akhirnya suamiku memberi kata putusnya, ʻʻSeriʼʼ suaranya dah bunyi lain macam, ʻʻkita dah lambat ni. Seri pergi mandi sekarang. Tak nak keluar bau masam macam ni kan?ʼʼ

Aku dah faham maksudnya. Bila Azman dah sebut tentang bau badanku, maksudnya dah terang dan nyata. Youʼre not going to get it, Seri kata hatiku menerima keputusannya.

Aku tak mandi pun bagi tu. Tanda protest. Aku hanya sekadar tukar baju dan sikat rambut sahaja. Azman tahu yang aku merajuk. Dia pun rasa kesal juga dengan tegurannya tadi tu. Tapi kali ini dia biarkan sahaja aku dengan protest senyapku.

Kami sampai di KLIA jam 10.30 pagi. Memang lewat sikit dari sepatutnya sebab traffic jam. Tapi nasib baik, staff di check-in counter membenarkan Azman check-in beg-nya. Kami kemudian bergegas ke departure gate.

Aku mencium tangan suamiku, aku memohon maaf padanya, ʻʻMaafkan Seri tadi ya, Bang. Seri nakal-nakal tadi Abang dah hampir terlambatʼʼ

Suamiku mencium dahiku, ʻʻSeri tak bersalah apapun nak minta maaf. Abang patut minta maaf tadi sebab abang tegur Seriʼʼ

Azman memegang kedua-dua tanganku dan merenung mataku, ʻʻSeri,ʼʼ pesan suamiku, ʻʻSeri jaga diri baik-baik ya. Jaga sopan santun, adab baik, tatatertibʼʼ

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now