44

5.3K 51 1
                                    

Dalam perjalanan pulang dari cafe bersama Kak Ya tadi, fikiranku jadi buntu. Aku tak tahu nak mintak tolong pada sesiapa. Tak kan aku nak mengadu pada Azman? Matilah aku kena cerai dengan Azman kalau dia tahu kehidupan hitamku.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Zarul. Aku sebenarnya tak mahu menjumpanya selepas apa yang dia telah ucapkan padaku. Tapi dialah satu-satu kawan yang aku boleh minta tolong sekarang.

Aku menelifonnya. Dengan pantas dia jawab panggilanku. ʻʻZarul, boleh kita jumpa? I nak discuss pasal sesuatu,ʼʼ kataku perlahan, ʻʻtapi dengan satu syarat please. I tak nak dengar pasal cinta-cinta ni please. Tolonglahʼʼ kataku.

Zarul bersetuju untuk berjumpa denganku dan janji tidak akan menyebut pasal cintanya itu. Dia tahu yang Azman ada bersamaku sekarang.

Aku berjumpa dengan Zarul di kawasan awam. Kami duduk di restoran tepi jalan dan dia membelanjaku makan tengahari.

ʻʻZarul,ʼʼ aku mulakan, ʻʻhari tu kau bagitahu aku yang aku kena kunciʼʼ kataku, ʻʻmacam mana kau tahu yang aku kena kunci, Zarul?ʼʼ

ʻʻSeri, aku sebenarnya dah peratikan kau sejak kebelakangan ni. Aku perasan bila Azman tak ada, dan kau terima SMS dari Blackberry kau, kau terus bergegas pergi, seolah-olah macam kau kena panggil oleh sesuatuʼʼ kata Zarul.

Kemudian Zarul menyambung lagi, ʻʻAku nak mintak maaf, Seri. Sebenarnya aku ada follow kau setiap kali kau bergegas keluar. Dan aku nampak kau sentiasa pergi ke hotel-hotel mewah,ʼʼ Zarul berhenti sebentar dan kemudian menyambung semula, ʻʻdan lepas kau balik, kau datang ke klinik aku buat check-up, dan aku dapati bekas sperm yang banyak dalam vagina kauʼʼ

Kemudian Zarul berkata dengan nada yang hampa, ʻʻSejujurnya aku kecewa dengan apa yang kau buat, sebab aku betul-betul sayangkan kau.ʼʼ

ʻʻZarul,ʼʼ aku memintas katanya, ʻʻkau promise kan?ʼʼ

ʻʻSori...sori Seri,ʼʼ Zarul memohon maaf. Aku tahu yang Zarul tak dapat nak bendung perasaannya padaku.

Kemudian Zarul menyambung, ʻʻTapi lepas tu benda yang sama jadi kat member aku, Davidʼʼ katanya, ʻʻDavid ada girlfriend, and girlfriend dia berkelakuan sama macam kau. Bila dia dapat message, dia terus bergegas pergi seperti dipanggil. David hairan kenapa girlfriend dia buat macam tu, so dia ikut girlfriend dia and dia dapat tahu she went to five-star hotelsʼʼ

ʻʻApa lagi, mengamuk lah David tahu yang girlfriend dia skandal. Habis girlfriend dia kena penampar. Of course girlfriend dia deny sekeras-kerasnya. David siap heret girlfriend ke church and paksa dia confess pada priest dekat situ - macam kita suruh bersumpah atas Quran lah kiranyaʼʼ

ʻʻLepas tu apa jadi?ʼʼ tanyaku, ʻʻGirlfriend dia confess ke dekat church tu?ʼʼ

ʻʻYang peliknya, paderi tu kata girlfriend dia tak bersalah, sebab dia dah kena sihirʼʼ sambung Zarul, ʻʻteruk jugak girlfriend dia kena penampar dengan David. Aku yang check dia. Kesian jugak aku tengok keadaan Melissa. Dah lah kena sihir, kena penampar boyfriend pulak tuʼʼ

ʻʻWhat?!ʼʼ tiba-tiba aku menjerit. ʻʻZarul, did you say nama girl tu Melissa?ʼʼ aku bertanya dengan suaraku yang tinggi.

ʻʻHa ah.... ya..... ya.... Melissaʼʼ jawab Zarul seperti terkejut dengan pertanyaanku, ʻʻkenapa, Seri?ʼʼ

ʻʻZarul, aku nak jumpa David malam ni. Please, Zarulʼʼ pintaku.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now