48

7.3K 52 3
                                    

Aku pun terus pitam.....

..... aku dengar pintu dibuka. Beberapa orang masuk ke dalam bilik itu.

ʻʻYa Allah, Seri.... Ya Allah!ʼʼ aku dengar suara Zarul menangis melihatku. ʻʻTolong keluar please, tolong keluarʼʼ aku dengar suaranya seperti memberi arahan.

Zarul kemudiannya mengambil kain cadar dan membalut tubuhku yang bogel. Dia kemudiannya mendukungku di dalam kedua-dua tangannya dan berlari membawaku keluar. ʻʻDavid, get the carʼʼ katanya pada seorang lagi.

ʻʻBro, kereta aku ada kat bawah bro. Cepat bawak Seri,ʼʼ aku dengar suara David menjawab.

Aku pitam semula.

Setelah aku bangun, aku berada di atas katilku. Di dalam apartment-ku. Hari sudah malam. Hanya lampu katil yang dipasang. Aku nampak Zarul ada disebelahku. Dia sedang mengubatiku. Aku dapat rasakan krim ubat diletakkan ditubuhku. Di mukaku, di tanganku, di badanku. Kemudian krim yang sama disapu di celah kelangkangku. Aku menjerit kesakitan.

Zarul terus memujukku sambil mengusap-usap rambutku. Kemudian dia mencium dahiku.

Zarul terus mengambil segelas air. Dia papah kepalaku dan menyuapkan air kosong ke dalam mulutku. Aku minum air tadi. Sedap sungguh rasanya tatkala tekakku dibasahi olehnya.

Zarul menyanyakan samada aku nak makan. Aku menggelengkan kepala. Aku hanya nak berehat.

Zarul kemudiannya mengambil sehelai baju tidurku dari dalam almariku. Dia kemudiannya memakaikan baju tidurku pada tubuh bogelku. Kemudian dia biarkan aku berehat.

Aku dengar suaranya dan suara David berbincang. Zarul nak buat laporan polis. David menghalangnya. Mereka hampir bertengkar. David tak mahu laporan polis dibuat kerana kuncu-kuncunya telah memukul sami-sami kuil india itu dengan teruk, dan kemudiannya membakar kuil yang sama. David nak keep low dulu sementara menunggu keadaan reda.

Zarul pula tak bersetuju. Dia hendak Datuk Aziz disula hidup-hidup.

ʻʻAziz is a big player in Kuala Lumpur, bro. Police report wonʼt do him harm a bit. Dia kenal semua orang Bukit Aman.ʼʼ kata David.

ʻʻLagipun kau tak nak perkara ni dibesar-besarkan kan? Kalau kau buat report, for sure husband Seri akan find out. Have you asked Seri?ʼʼ kata David lagi.

Setelah seketika aku dengar David dan kawan-kawannya keluar dari apartment-ku. Tinggal lah Zarul dengan aku sahaja di dalam apartment-ku.

Zarul kemudiannya baring disebelahku. Dengan perlahan-lahan dia memeluk tubuhku. ʻʻAku akan jaga kau, Seri....ʼʼ bisiknya padaku. ʻʻAku akan jaga kau sampai kau sembuhʼʼ bisiknya lagi.

Sebelum aku tertidur, aku dengar dia bisik padaku sekali lagi, ʻʻI love you, Seriʼʼ

ʻʻI love you so much, Sayangʼʼ

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now