66

6.4K 34 7
                                    

Kami mengambil keputusan untuk tidak turun makan malam, tapi kami order room service sahaja. Semasa room service datang, Zarul menyuruh aku menyorok dalam bilik kerana aku tidak berpakaian. Zarul pula hanya bertuala sahaja. Setelah staff room service pergi, Zarul melucutkan tualanya dan kami berdua makan malam di dalam bilik hotel kami dalam keadaan berbogel.

Setelah selesai makan malam, kami duduk di atas kerusi sambil berpelukan dan berkucupan.

ʻʻAku cintakan kau, Seriʼʼ kata Zarul lembut dan romantis pada ku. Aku hanya menjawabnya dengan mengucup bibirnya.

Zarul kemudian bangun dari kerusi dan mendapatkan sesuatu dari begnya. Ianya adalah sebuah kotak kecil berbentuk hati. Dengan perlahan-lahan dia membuka kotak kecil itu di hadapanku, dan di dalamnya terdapat sebentuk cincin yang sangat cantik sekali.

ʻʻSeri Dewi Suriaʼʼ, katanya perlahan.... ʻʻsudikah kau menjadi isteri ku?ʼʼ

Aku tidak dapat berkata apa-apa. Aku seperti terkejut kerana aku tidak menduganya. Zarul pernah melamarku sekali, tapi kali ini nampak dia sangat bersungguh-sungguh, siap dengan cincin sekali.

ʻʻKita mulakan hidup baru, Seri..... kau dan aku...... aku janji akan cintakan kau sepenuh hatiku.... kau adalah suri di dalam hatiku.... kau lah permata untuk jantungku..... kau lah nyawa bagi setiap nafasku..... Sayang..... aku betul-betul cintakanmu.... kau lah pujaan hatiku.... izinkan aku memilikimu, sayangʼʼ

Owwhh... sungguh indah sekali ucapan cintanya padaku....tak pernah aku dengar ucapan cinta seindah seperti ini. Aku seperti di dalam kayangan sekarang.

Tapi realitinya, aku tidak boleh menjadi miliknya, kerana aku adalah milik orang. Zarul telah melamar isteri orang.

ʻʻZarul.....ʼʼ kataku perlahan, ʻʻ.....aku milik Azmanʼʼ

Zarul memegang kedua-dua pipiku dengan tangannya.

ʻʻSeri.... kau mintak taklik..... kau mintak cerai taklik dari Azmanʼʼ kata Zarul perlahan.

Aku terkejut dengan permintaannya.

ʻʻAzman masih dalam hospital, Zarul..... macam mana aku nak mintak cerai?!ʼʼ tanyaku bingung.

ʻʻCerai taklik dipohon di mahkamah, Seri. Semasa kau dan Azman nikah dulu, Azman ada buat lafaz taklik. Sekiranya dia meninggalkan kau selama empat bulan berturut-turut, tanpa memberikan kau nafkah zahir dan batin, dan kau melaporkan di mahkamah syariah, maka jatuh talakʼʼ jelas Zarul.

Aku seperti tidak percaya dengan kata-kata Zarul. ʻʻTapi Azman tidak tinggalkan aku! Dia ada di hospital!ʼʼ aku bersuara sambil menyoal motif Zarul ʻʻ...dan sapa kata dia tak bayar nafkah? Habis hotel ni, makan minum ni, pakaian ni, apa?ʼʼ

ʻʻNi semua bukan duit Azman, Seri. Ini semua duit Datuk Aziz. Kau tahu tak Datuk Aziz yang sedang tanggung makan minum kau, tempat tinggal kau, dan juga perbelanjaan perubatan Azman?ʼʼ

Aku bangun dari kerusi tu. Aku terus bergegas ke bilik tidurku dan mencapai sehelai baju. Aku terus memakainya. ʻʻTak! Tak Zarul.....! Kau nak suruh aku cerai....? Macam kau dan Aina?ʼʼ aku hampir menangis.

Zarul terus memelukku. ʻʻAku cintakan kau, Seri!, dan aku akan terus sebut dan terus ucapkan yang aku sentiasa akan cintakan kau!ʼʼ

Zarul mengusap-usap tubuhku bagi aku tenteram.

ʻʻAku ada seorang kawan.... dia peguam syariah.... Azman dalam koma, on life support. Dia tak boleh tampung kau. Dia tak boleh jaga kau. Dia tak dapat bersama dengan kau..... dia tak dapat nak bagi kau nafkah zahir dan batin.... kau tak kerja... kau tak ada pendapatan.... kau tak dapat nak teruskan hidup dengan keadaan Azman macam tuʼʼ Zarul kata padaku.

ʻʻAku akan minta Dr Lim keluarkan surat rasmi mengatakan status dan keadaan Azman. Aku pun akan keluarkan surat sokongan jugaʼʼ sambungnya.

ʻʻKawan aku akan sediakan permohonan taklik. Lepas empat bulan, kita ke mahkamah syariah dah masa tu akan jatuh talak....... kemudian selepas kau habis eddah, kita nikahʼʼ

Zarul telah memikirkan kesemuanya. Dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkanku sehingga dia telah fikir dari A sampai Z.

ʻʻLepaskan aku, Zarul....ʼʼ aku rayu padanya, ʻʻ....pleaseʼʼ bisikku.

Zarul melepaskan aku. Aku dengan pantas mengambil kasutku dan aku keluar dari bilik hotel itu. Aku terus ke pantai dan aku pergi ke pokok yang aku duduk siang tadi dan aku menangis sendirian.

Fikiranku buntu. Hatiku terbahagi dua. Di sebelah tanganku, seorang lelaki yang sangat-sangat mencintai aku, sanggup buat apa sahaja untuk aku. Dialah yang lelaki yang telah menjadi sahabatku taktala aku menyulam cinta palsu bersama Datuk Aziz. Dialah lelaki yang sabar memeriksaku setiap kali aku melakukan perkara keji bersama kekasihku. Dialah lelaki yang membantu untuk melepaskan ku dari genggaman syirik yang mengikatku. Dialah lelaki yang telah merawatku, menjagaku dan bersamaku siang dan malam, tanpa penat dan lelah selepas aku diperkosa. Dialah yang menemanku setiap masa tatkala aku berduka di hospital. Dia telah melakukan segalanya untuk aku, dan akan lakukan segalanya lagi, dan lagi.

Dia tidak pernah melihat buruk dan hodoh masa silam ku. Dia tak pernah benci atau jijik dengan sifat semulajadi ku. Setiap buruk, setiap busuk, setiap kotorku dibutakan oleh matanya, kerana dia hanya melihat jiwaku yang dia cinta.

Apa lagi yang aku cari? Bukankah aku mencari cinta? Nah. Sekarang cinta dah datang berserah di hadapanku. Bukan kah begitu mudah untuk menerimanya? Zarul seorang yang kacak, sangat berjaya dalam kerjayanya, seorang doktor yang berpendapatan tinggi. Seorang lelaki yang sangat sasa dan kuat batinnya.

Apa lagi yang aku nak? Apa?

Azman.

Suamiku?

Kami baru dua tahun berkahwin. Dia tidak sekaya Zarul, jauh sekali Datuk Aziz. Tapi Azman kaya dengan budi pekerti. Dia menerima ku menjadi isterinya walaupun dia tahu aku ada crush pada Khairul. Dia membanting tulang siang dan malam agar aku dapat berteduh, dapat menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutku. Dalam kepenatan dia membanting tulang, keringat peluhnya mencari rezeki, dia tak pernah mengabaikan nafkah batinnya padaku, sekadar yang termampu diberikan olehnya. Sepatutnya aku bersyukur. Walaupun sedikit nafkah zahir dan batin yang aku terima, aku sepatutnya redha. Ini tidak, aku nak lagi, dan lagi, dan lagi.

Bagaimana pula dengan Mawar? Kenapa dia ada hubungan dengan Mawar? Mawar tu kawan baikku! Aku tahu Azman pernah ada hati dan perasaan pada Mawar, tapi Khairul telah menyuntingnya dulu. Tapi sekarang cinta mereka disulam kembali.

Cinta Azman padaku hanyalah tanggungjawabnya sebagai suami, sama seperti cintaku padanya hanyalah sekadar obligasi.

Aku sekarang sudah ada seseorang yang mencintai aku. Dan dia mencintaiku dengan ikhlas sepenuh hatinya.

Dalam aku menangis keseorangan, tiba-tiba ada saputangan dihulurkan padaku. Ya... Zarul ada di hadapanku. Dia tak kan biarkan aku keseorangan. Dia akan sentiasa ada bersamaku.

Aku ambil saputangannya dan aku mengelap air mataku.

Zarul duduk disebelahku dan memeluk tubuhku. Dia mengucup bibirku.

Perlahan-lahan aku menghulurkan tangan kananku padanya. Aku telah memberi restu padanya. Wajah Zarul terus bersinar kegembiraan. Dia mengambil semula kotak cincin dari dalam poket seluarnya, dan kemudian membukanya. Dia mengambil cincin itu dan menyorongkan masuk ke dalam jari manisku.

Aku telah menerima lamarannya. Cincin di jariku adalah tanda ikatan diriku padanya. Aku sekarang menjadi miliknya. Aku kini adalah pasangannya.

Tiba-tiba aku rasa tubuhku diangkat oleh kedua-dua tangan Zarul. Aku memeluk kepalanya dan dia kemudiannya mengucup bibirku.

Sungguh romantik sekali Zarul melayanku. Aku tidak pernah menerima layanan romantik sebegini. Zarul mendukungku sepanjang waktu sehinggalah kami sampai ke bilik hotel kami, dan kami menamatkan malam itu dengan bersenggama sebagai tanya penyatuan dua insan yang kini sudah menjadi satu pasangan.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now