60

6.6K 33 1
                                    

Hari Isnin pun tiba. Aku menghabiskan sepanjang masa di hospital sambil menunggu Azman yang berada di dalam bilik pembedahan. Doktor menasihatiku agar tunggu di hotel sahaja dan mereka akan menalifonku apabila pembedahan selesai nanti. Tapi aku masih berkeras nak tunggu di hospital dari pagi sampai lah ke petang. Zarul dengan setia tunggu bersamaku sepanjang hari.

Jam 8 malam baru selesai pembedahan kedua ke atas Azman. Dr Lim terus mendapatkan kami yang menunggu dengan penuh debaran. Dr Lim membawa kami naik ke pejabatnya.

ʻʻWe have stopped the bleeding dekat kepala your husbandʼʼ kata Dr Lim. Aku berucap syukur. ʻʻHowever Azman is currently on life supportʼʼ sambungnya.

ʻʻWhat happened?ʼʼ tiba-tiba Zarul yang menanya. Aku terkejut dengan kenyataan kedua Dr Lim dan juga soalan Zarul padanya.

ʻʻItʼs always delicate bila kita operate kepala, khususnya otakʼʼ kata Dr Lim, ʻʻat the present moment, his brain is weak to send signals to his body. Jadi kami bantu pernafasan dan jantung dia menggunakan life supportʼʼ

Aku dah panik. Zarul memegang tanganku erat. Dr Lim buat-buat tak nampak apa yang Zarul buat padaku.

ʻʻJangan risau, puan. His brain is still fuctional, tapi very weak. Kita akan teruskan monitor, dan kami akan cabut life support bila dia dah boleh bernafas dengan sendirinyaʼʼ kata Dr Lim cuba untuk mententeramkanku.

Sepanjang malam aku menangis, dan aku tak berhenti menangis. Sekembalinya ke bilik hoel, Zarul memelukku dengan erat cuba untuk mententeramkanku. Aku menalifon ibu dan ayah mertuaku, dan kemudian menalifon Mawar dan Khairul. Mereka kata mereka akan sampai hari Rabu nanti.

Aku menangis sampai penat, sampai lah aku tertidur di dalam pelukan Zarul.

* * * * *

Sepanjang hari Selasa, Zarul menemani aku di bilik hotel kami. Aku tak keluar pun satu hari. Aku rasa macam aku tak dapat nak bergerak kerana terlalu sedih. Zarul mententeramkan aku sepanjang hari. Dia tidak lekang memeluk tubuhku, mengusap rambutku, mencium bibirku. Aku dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Zarul. Aku tak rasa dibelai sebegini.

Masuk hari Rabu, aku dah kembali tenang sedikit. Zarul tengah bersiap-siap untuk pulang ke Semenanjung, untuk mengakhiri masjid yang telah dibinanya bersama isterinya. Zarul menyuruh aku mandi. Baru aku perasan yang aku tak mandi lagi sejak hari Isnin lagi.

Aku menghantar Zarul ke airport. Kami berpelukan sebelum aku melepasnya pergi. Mawar dan Khairul pun sampai pada flight yang sama. Sejurus selepas Zarul masuk ke dalam pintu perlepasan, aku bergerak ke dewan ketibaan dan nampak Mawar dan Khairul keluar dari situ. Mawar telus mendapatkanku dan memelukku erat. Air matanya berjujuran sama seperti air mataku. Mawar mengusap-usap tubuhku sambil memujukku. Aku betul-betul rindu pada kawan karibku, Mawar. Terlampau banyak benda yang ingin aku kongsikan dengannya.

Aku membawa Mawar dan Khairul ke Shangri-La, dan kami makan malam bersama. Banyak yang kami bualkan. Kami catch-up balik semua masa-masa silam kami bersama.

Aku membawa keduanya balik ke bilik hotelku. Mereka sangat kagum dengan kecantikkan bilikku. Bilikku adalah Deluxe Suite, ada bilik tidur dan ruang tamu. Aku kata pada mereka yang semuanya dibayar oleh syarikat kerja Azman. Aku dan Mawar akan tidur di dalam bilik, Khairul pula di atas sofa.

Di atas katil, aku dan Mawar banyak berkongsi cerita. Aku tidak menceritakan tentang Datul Aziz atau Zarul, walaupun aku ada bagitahunya yang boss Azman dan doktorku ada macam nak mengorat aku. Mawar ketawa kecil, hanya ingat yang aku sekadar nakal-nakal sahaja, tidak menyangka yang sebenarnya aku telah merelakan tubuh dan jiwaku dikongsi sekali.

Kami berbual sampai jam 1 pagi, sehinggalah Mawar tertidur. Aku tidak melelapkan mataku. Aku teringatkan Zarul. Aku rindu pelukkannya. Malam ni dia tidak ada bersamaku untuk memujukku, untuk mententeramkanku. Tapi aku ada sahabat karibku, Mawar. Aku lebih seronok dapat tidur sekatil dengan Mawar malam ni, sebab Mawar sangat wangi orangnya.

Selepas Mawar tidur, aku keluar ke ruang tamu untuk mendapatkan segelas air dari minibar. Aku perasan yang Khairul tengah berdiri di balkoni. Dia tidak berbaju, hanya berseluar pyjamas sahaja. Aku pergi ke balkoni untuk mendapatkannya.

ʻʻAwak tak tidur lagi ke?ʼʼ tanyaku pada Khairul sambil tersenyum. Khairul senyum kembali kepadaku. Tiba-tiba jantungku rasa seperti nak gugur. Aku betul-betul rindukan senyuman Khairul. Pernah satu ketika, dia adalah my highschool crush. Aku pernah jatuh cinta padanya sewaktu sekolah dulu. Tapi aku tiada jodoh dengannya. Kerana telah tertulis Mawar sebagai jodohnya.

ʻʻBelum, Seriʼʼ jawab Khairul sopan. ʻʻSaya tengah menikmati keindahan malamʼʼ Aku tersenyum sipu-sipu.

ʻʻMawar dah tidur?ʼʼ tanya Khairul.

ʻʻDahʼʼ kataku sambil tertawa kecil, ʻʻdah berdengkur dah pun!ʼʼ tawaku, ʻʻmuka cantik, bau wangi.... tapi bunyi macam serombong keretapi!ʼʼ kami berdua gelak dengan jenakaku.

ʻʻAwak ok, Seri?ʼʼ tiba-tiba Khairul menanyaku serius.

ʻʻTu lah, Seri just keep on going, dari hari kesehariʼʼ aku menjawab sambil mukaku menjadi muram.

Tiba-tiba Khairul memelukku. Mungkin dia cuba untuk memujukku, mententeramkanku. Ya Allah! Wanginya tubuhnya yang tidak berbaju. Kalau boleh aku nak berada di dalam pelukannya sentiasa. Tapi Khairul tahu yang aku ni isteri orang, dan dia adalah suami orang juga. Dia melepaskan pelukkannya sambil memegang kedua-dua tanganku.

Kami menghabiskan masa hampir sejam di balkoni itu berkongsi cerita. Aku sangat-sangat selesa bersama dengan Khairul. Kami berdua berdiri di atas balkoni itu sambil menikmati keindahan malam.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now