54

4.9K 38 1
                                    

Aku dengan Zarul menunggu pembedahan Azman selesai dengan penuh debaran. 18 jam lamanya Azman dibedah. Kepalanya cedera teruk. Dia mengalami brain haemorrhage. Pembedahannya terpaksa dilakukan dengan teliti. Selepas habis pembedahannya, Azman di masukkan ke dalam ICU. Aku terpaksa menunggu lagi 6 jam sebelum dapat berjumpanya.

Akhirnya aku dibenarkan masuk ke dalam ICU. Tapi hanya untuk 30 minit. Luluh hatiku melihat keadaan suamiku. Kepalanya dibalut. Mulut dan hidungnya ditampal dengan saluran tiup udara. Lengannya diisi dengan beg darah merah dan putih. Aku menangis melihatnya. Aku duduk ditepi katilnya sambil memegang erat tangannya. Jari-jemariku menaut jarinya. Tangannya longlai tidak menaut jariku.

Aku ingin mengucup bibirnya. Aku ingin menyedut nafasnya. Tapi aku dapat. Mulutnya ditutup dengan pembalut bersama dengan tiup saluran tadi. Aku sangat rindukan nafas suamiku. Aku rasa sesak tanpanya. Seolah-olah itulah nyawaku. Tapi aku tidak dapat menghirupnya.

Aku mencium tangan suamiku. Air mataku menitis di atas tangannya. Aku sangat-sangat merinduinya.

ʻʻAbang.....abaaang....ʼʼ kataku perlahan pada telinganya, ʻʻSeri ni.... Seri ada disisi abang sekarang.... abaaaang....ʼʼ aku menangis. Aku tak berhenti menangis sepanjang 30 minit masa yang aku dibenarkan untuk bersama dengan suamiku.

Jururawat-jururawat yang ada di dalam bilik ICU itu cuba untuk menenangkan aku. Tapi kesedihan di hatiku tak dapat untuk aku halang. Aku terpaksa melepaskan tangisanku jua.

Setelah habis 30 minit, jururawat tadi meminta aku meninggalkan bilik itu. Aku tak mahu pergi. Aku tak mahu tinggalkan Azman. Aku mahu berada disisinya lagi.

ʻʻPuan, kita bagi suami puan berehat ya,ʼʼ pujuk jururawat itu padaku. Setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya aku terpaksa akur.

ʻʻAbang rehat ya bang.... Nanti Seri datang balik ya bang,ʼʼ kataku dalam tangisan.

Aku dan Zarul pergi berjumpa doktor pakar yang telah membedah kepala suamiku. Doktor tersebut berkata Azman stabil, tetapi masih dalam pengawasan rapi sebab keadaannya kritikal. ʻʻYour husband sangat bernasib baik sebab dia pakai safety hat. Kalau tak disebabkan topi tu, we donʼt think we would surviveʼʼ kata doktor pakar tersebut, ʻʻbuat masa ni dia stable, tapi kita kena watch him seminggu dua dalam ICU. Mungkin kita perlu operation satu atau dua kali lagi kalau berlaku pendarahan dalam otak. Bila dia dah betul-betul stabil, baru kami alihkan dia ke wadʼʼ

ʻʻBila suami saya boleh sedar semula, doktor?ʼʼ tanyaku dengan penuh harapan.

ʻʻMaaf sangat-sangat puan. Head injury ni melibatkan kepala dan otak. Dia tak seperti injury pada anggota badan lain. Azman masih koma. Secara jujurnya, we will not know bila dia akan sedar semulaʼʼ

Aku menitiskan air mata semula. Aku tak tahu bila Azman akan sedar untuk mendakapku semula. Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun. Aku sangat-sangat sedih.

Doktor pakar tersebut nampak kesedihan yang aku tunjukkan. ʻʻPuan, there is always hope. Kami dah lihat banyak kes-kes head injuries. Ramai yang tak survive. Ramai yang tak dapat diselamatkan. Tapi Azman lain. He is strong. Dia muda lagi, baru 23 tahun kan. Dia seperti tak mahu give up. He is still fighting in there. Kami yakin dia akan sembuh. Kami selalu tak berkata begini, but I think he has a chance,ʼʼ katanya cuba untuk memujukku. ʻʻCuma kami tak tahu bila dia akan sedar. Yang itu, itʼs anyone guessʼʼ

Aku pasrah menerima kata-kata doktor pakar tersebut.

Aku menghabiskan masa sepenuhnya di hospital. Aku tidur di atas kerusi. Makan dan minum pun ala kadar sahaja. Zarul banyak kali minta aku berehat di hotel, tapi aku tak mahu. Aku tetap berkeras untuk duduk disini walaupun aku hanya dibenarkan melawat Azman 30 minit setiap hari.

Hari kedua aku melawatnya aku dah tenang sedikit. Aku masih mengucap kata-kata cintaku padanya. Menciumnya dan membelai tangannya.

Hari ketiga aku lebih tenang. Dah tak menangis dah. Aku hanya merenung mukanya yang sangat tenang dan aman.

Doktor pakar kemudiannya mendapatkan aku di ICU. Dia kata boleh tak lepas lawatan ini, dia nak bercakap sedikit denganku di luar. Aku mengganguk setuju.

Di luar bilik ICU, aku dan Zarul duduk di kerusi menunggu sambil doktor pakar tadi berkata padaku, ʻʻPuan,ʼʼ mulanya, ʻʻpuan tak perlu risau dengan Azman, sebab dia dalam pengawasan rapi kami. Tapi puan kena jaga kesihatan puan juga. ICU tu is a clean environment. Kita tak nak pesakit-pesakit dalam ICU kena jangkitan. Puan faham ya?ʼʼ kata doktor pakar tu padaku. Aku hanya berdiam sahaja.

Doktor tu kemudian bercakap perlahan pada Zarul, ʻʻPlease tell your client that she cannot enter the ICU until she refresh herselfʼʼ Doktor tu kemudiannya senyum pada kami dan meminta diri.

Zarul pandang pada aku.

ʻʻYaʼʼ jawabku padanya sebelum Zarul dapat berkata-kata. ʻʻAku faham apa dia cakapʼʼ. Doktor tu sebenarnya menyindir sebab aku dah berbau. Last time aku mandi ialah hari Isnin. Sekarang dah hari Jumaat. Dah lima hari aku tak mandi, gosok gigi, tukar baju, tukar seluar dalam.

ʻʻOk, bagus kalau kau dah faham kanʼʼ kata Zarul. ʻʻJom kita balik hotelʼʼ sambungnya, ʻʻthat is an orderʼʼ

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now