ʻʻMaafkan sayaʼʼ tiba-tiba suara suamiku kedengaran. Azman kembali ke meja makan dari bilik air. Nampak mukanya basah. Sudah tentu dia baru membasuh mukanya. Azman melihatku sekejap. Dia senyum padaku. Tapi raut mukanya masih menunjukkan dia tidak selesa langsung duduk sebelahku. Selepas apa yang Datuk Aziz katakan padaku, aku sangat terkilan dengan suamiku.
Datuk Aziz senyum pada suamiku, ʻʻAzman, saya sangat berpuas hati dengan perwatakan awak, dan keluarga awak. Awak seorang yang jujur dan rajin. Dan saya juga nampak awak seorang yang sangat bertanggungjawab. Jadi, walaupun awak tak ada kelayakan, saya nak ambil awak menjadi offshore technician sayaʼʼ
Suamiku terus tersenyum lebar, ʻʻBetul ke Datuk?ʼʼ Mukanya sangat gembira. Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke mukanya tanda syukur. ʻʻAlhamdulillah! Terima kasih Datuk! Terima kasih Datuk! Saya tidak akan mempersiakan peluang ini. Saya lah akan jadi technician Datuk yang paling rajin Datuk penah jumpa!ʼʼ Suamiku dan Datuk Aziz bersalaman riang.
Hatiku sangat sangat gembira menerima berita dari Datuk Aziz. Aku tersenyum riang juga. Malah senyumku menjadi gelak ria. Air mataku menitik lagi, tapi kali menitik disebabkan kegembiraan.
Datuk Aziz tiba-tiba memandang aku. Aku nampak yang dia terpesona melihat raut mukaku bertukar menjadi kegembiraan. Datuk Aziz tumbang gembira sama.
ʻʻBila saya start, Datuk?ʼʼ, tanya suamiku yang masih dalam mood kegembiraan.
ʻʻMinggu depan, Azman. Minggu depan awak boleh start dekat offshore platform saya di Sabahʼʼ jawab Datuk Aziz.
ʻʻBaik, Datuk, baikʼʼ jawab suamiku. Suamiku memandangku. Dia sangat gembira. ʻʻSyukur Alhamdilllah, Seri. Syukurʼʼ sebut suamiku. Aku memegang kedua-dua tangannya sambil bersama-sama mengucap syukur.
Azman toleh pada Datuk Aziz, ʻʻDatuk, izinkan saya mintak diri dulu. Kena sambung kerja ni. Banyak benda kat factory tu kena saya buatʼʼ katanya riang.
ʻʻAmboi, tak sabar nak kerja ke Azman?ʼʼ tawa Datuk Aziz. ʻʻBaiklah, Azman. Awak seorang yang sangat rajin. Tak sia-sia saya pilih awakʼʼ
Azman kembali mendapatkanku. Azman memegang kedua-dua tanganku. ʻʻAwak ok ke, Seri?ʼʼ tanyanya.
ʻʻSeri ok, Bang. Seri balik naik bas.ʼʼ jawabku.
ʻʻOk, sayang. Hati-hati ya. Abang balik petang niʼʼ pesan suamiku.
ʻʻBaik, Bangʼʼ, jawabku. Aku tunduk mencium tangan suamiku.
Azman pergi meninggalkan kami. Dia terus bergerak ke keretanya. Sebelum Azman mengundurkan keretanya, dia sempat melambai kami. Aku dan Datuk Aziz melambai kembali pada Azman.
Aku dapat rasakan yang Datuk Aziz betul-betul rapat dengan tubuhku. Aku dapat menghidu aftershave-nya yang sangat harum.
Selepas Azman hilang dari pandangan, tiba-tiba aku seperti rasa nafas Datuk Aziz diumbun kepalaku. Aku berpaling menghadapnya, dan mendapati dia sedang menghidu kepalaku. Aku dengan segera bergerak setapak kebelakang. Tak manis berada sangat dekat dengan lelaki lain.
Datuk Aziz seperti terkejut seketika. Nampak macam dia pun tak sedar tindakannya menghidu bau isteri orang.
ʻʻDatuk, saya mintak diri dulu ya. Terima kasih sekali lagi kerana bagi peluang pada suami sayaʼʼ saya pohon diri.
ʻʻBiar I hantar you, Seriʼʼ, pelawa Datuk Aziz.
ʻʻTerima kasih, Datuk, tapi saya naik bas sahajaʼʼ, aku senyum, berundur dan bergegas berjalan pantas ke perhentian bas sebelum Datuk Aziz dapat berkata apa-apa.
YOU ARE READING
Cinta dan Dosa
RomanceIni adalah kisah hidupku. Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri, yang telah terjerumus dalam gelora nafsu-nafsu lelaki tatkala mencari erti cinta. Seorang wanita yang telah lupa perbezaan antara cinta dan dosa, dan telah memilih dosa sebagai...