45

5.3K 53 3
                                    

Malam tu Azman pulang dari sesi futsalnya. Aku menyiapkan makan malam untuknya dan kemudian berbual ringkas dengannya. Oleh kerana Azman penat, maka dia beradu ke bilik tidur awal. Sejurus selepas dia melabuhkan badannya di atas katil bilik tidur kami, dia pun terus terlelap. Aku pastikan yang Azman betul-betul lena dalam tidurnya sebelum aku perlahan-lahan bangun dari katil. Aku bersiap ala-kadar sebelum aku keluar dari apartmen ku secara senyap-senyap. Zarul dan David sedang menunggu aku di perkarangan apartment aku di bawah.

Zarul memperkenalkan David kepadaku. Kami bersalaman tangan. David adalah seorang jejaka umur 30an berbangsa india, beragama kristian. Tinggi orangnya, badannya tegap dan sasa. Sangat kacak rupanya. Di tubuhnya terdapat pelbagai rantai dan gelang emas yang besar-besar. David adalah anak kepada Datuk Freddy, seorang tycoon besar di Kuala Lumpur. Keluarga mereka mempunyai beberapa kelab malam dan tempat perjudian disekitar bandar.

Aku, Zarul dan David duduk di meja makan gerai berhampiran, dan aku menceritakan segala yang telah didedahkan oleh Kak Ya pasal Datuk Aziz, dari mula sampai ke akhir. Aku memberitahu yang Melissa bukan sahaja mangsa sihir Datuk Aziz, tapi aku, Kak Ya, seorang wanita cina bernama Mei Lin, dan yang paling terkini seorang gadis sebayaku bernama Yati.

Aku memberikan gambar Datuk Aziz dan Yati yang aku ambil hari tu kepada David. Dia nampak begitu marah pada Datuk Aziz, ʻʻI am going to burn this bastard!ʼʼ katanya geram.

ʻʻDavid, please tolong kitaorang. Melissa tak bersalah macam I or any of us jugakʼʼ aku cuba memujuknya. ʻʻCan you find this girl? Namanya Yati. Kalau you dapat jumpa dia, maybe kita boleh find out apa yang Datuk buat pada kita semua.ʼʼ

ʻʻConsider it done, Seriʼʼ kata David. Dia kemudian meminta diri untuk pergi. David dan keluarganya mempunyai ramai konco-konco di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu menjejaki Yati.

Tinggal lah aku berdua dengan Zarul. Aku pun bagitahu Zarul yang aku nak naik balik ke apartment aku sebab tak nak tinggalkan Azman lama. Zarul terus mencapai tanganku dan memegangnya erat.

ʻʻSeri,ʼʼ kata Zarul perlahan, ʻʻI betul-betul sedih dengar cerita you tadi, dan apa yang telah setan tu lakukan pada kauʼʼ Mukanya nampak sedih, pilu.

ʻʻTerima kasih Zarul,ʼʼ balasku perlahan. Aku mengambil tanganku semula sambil merenung matanya, ʻʻseperti yang aku pernah katakan, aku perempuan kotor. Aku dinodai dengan dosa. Aku tak layak untuk bertahta di dalam hati kauʼʼ

Aku meninggalkan Zarul di gerai tersebut dan pulang ke apartment ku. Sampai di rumah, aku dapati Azman masih tidur lena. Aku baring disebelahnya dan merenung muka suamiku sehingga aku sendiri tertidur.


Selang beberapa hari, aku mendapat message SMS dari Zarul.

SERI, KAMI DAH JUMPA YATI.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now