13

12.3K 77 2
                                    

Hari yang dinantikan telahpun tiba. Hari ni, aku dan suamiku akan bertemu Datuk Aziz disebuah restoran di bandaraya. Sebelum keluar pergi kerja, suamiku Azman berpesan lagi, ʻʻSeri, pastikan harum, wangi dan berseri hari ni, ya? Penting untuk Abang, tau? Ya, Sayang?ʼʼ

ʻʻYa, Bang. Seri fahamʼʼ, aku menjawab sambil memeluk tubuh dan mengucup bibir suamiku.

Aku bersiap awal. Aku mandi dan sabun segala ceruk tubuhku. Aku syampu rambutku sehingga wangi. Setelah selesai mandi, aku pakaikan wangi-wangian di badanku. Ku pakaikan baju kebaya yang cantik dan berseri. Dan akhirnya aku kenakan sedikit gincu bibir dan makeup di mukaku. Aku melihat diriku di cermin. Aku kagum juga dengan kejelitaan diriku. Tambah pula aku harum dan wangi. Suamiku pasti akan suka.

Aku mengambil beg tangan dan keluar rumah, mengunci pintu rumahku.

Tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi diriku sebab kebetulan hari tu sangat panas. Matahari terik memancar, dan aku sudah terasa badanku sudah mula berpeluh.

Tolonglah jangan panas sangat hari ni, bisik hati tu, tolonglah.

Aku menunggu bas di perhentian bas di depan flat aku. Panas terik matahari hari tu menyebabkan peluh sudah menitik dari dari kepalaku. Aku sudah merasa sedikit panik.

Bas pulak tak sampai-sampai. Hampir 40 minit tunggu, baru sampai.

Aku menaiki bas dan duduk di tempat kosong. Bas masa ni belum ada air-con seperti bas sekarang. Jadi keadaan dalam bas sama panas seperti luar. Nasib baik aku dapat duduk tepi tingkap, sekurang-kurang angin dari luar dapat menyejukkan diriku sedikit.

Tiba-tiba bas pulak rosak. Aduihai! Kenapa semua ni jadi pada hari ini??

Aku duduk di dalam bas sementara mereka cuba baiki bas. Suhu dalam bas dah macam dalam ketuhar. Aku mula berpeluh. Peluhku menitik di mukaku, mengalir ke leherku. Aku dapat rasakan dadaku sudah berpeluh, ketiakku, tangganku. Baju kebayaku sudah semakin melekit.

Aku hampir nak menangis. Aku mengambil sapu tangan dari beg-ku dan lap semua peluhku. Habis makeup and gincu bibirku aku terpaksa buangkan. Aku lap peluh yang menitik di leherku.

Dekat setengah jam juga, bas tersebut tersadai. Beberapa orang mekanik cuba membaiki enjin bas tersebut dan akhirnya mereka dapat menghidupkannya semula. Tapi badanku sudah basah dengan keringat peluhku, dan badanku sudah mula berbau.

Aku rasa macam nak patah balik sahaja. Tapi terkenangkan suamiku, aku gagahkan juga.

Akhirnya aku sampai ke restoran yang suamiku sebutkan. Dalam langkahku ke restoran tersebut, aku gigih mengelap peluhku dan juga air mataku dengan sapu tangan yang sudah pun basah. Aku pula sudah lambat sejam. Temujanji pukul 12, sekarang dah pukul 1pm. Aku berlari-lari anak ke arah restoran tersebut dan ini menyebabkan aku berpeluh lagi.

Setelah sampai, aku terus mendapatkan meja suamiku dan Datuk Aziz duduk. Mereka bangun bila nampak aku sampai. Aku terus menuju ke suamiku dan mencium tangannya. Nampak jelas dari iras rupanya yang dia kelihatan kecewa denganku.

Datuk Aziz menghulurkan tangan. Aku menyambut tangan Datuk dengan tanganku yang berpeluh. ʻʻSaya nak mintak maaf banyak-banyak dengan Datuk. Saya lambat. Tadi bas lambat sampai, lepas tu rosak pulak tu. Sumpah, saya bercakap yang benarʼʼ, kataku meminta maaf seperti murid sekolah kepada guru besar.

Datuk Aziz cuma tersenyum. ʻʻKenapa nak mintak maaf ni, Seri? You tak lambat mana pun, makanan pun belum sampai lagi. Kami baru jer berbual-bual kosong jerʼʼ kata Datuk Aziz cuba untuk memujukku. Perwatakan Datuk Aziz memang seorang gentleman. Umurnya dalam 40an, sangat kacak orangnya. Nampak bersih, berpakaian kemas, rapi dan sangat presentable. Datuk Aziz memakai aftershave yang sangat sedap sungguh baunya. Berbeza betul penambilan Datuk Aziz yang sangat segak berbanding diriku yang selekeh ni.

Walaupun Datuk Aziz nampak tidak kisah dengan penampilanku, tapi aku dapat rasakan yang suamiku sangat tidak selesa aku berada disebelahnya. Suami aku cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan ketidak selesaannya, tapi aku tahu yang dia agak kecewa dengan aku.

Makanan pun sampai dan kami menjamu serela. Sambil tu, Datuk Aziz menanyakan kami beberapa soalan peribadi, soalan keluarga, dan selebihnya banyak berbual dengan tujuan Datuk Aziz ingin tahu pasal perwatakan kami secara lebih terpeinci.

Setelah hampir setengah jam berbual, makanan pun dah habis di jamah, suamiku meminta izin untuk ke bilik air. Aku nampak dia betul-betul tak selesa denganku disebelahnya. Masa makan pun nampak macam dia tak selera. Aku betul-betul sedih. Aku menundukkan kepalaku dan air mataku menitis membasahi pipiku.

ʻʻSeri Dewi Suriaʼʼ, namaku dipanggil. Datuk Aziz memanggil nama penuhku. Aku mengangkat kepalaku dan memandangnya. Dia hanya tersenyum melihatku. Kacak sungguh Datuk Aziz ni walaupun umur 40an. Aku menglapkan air mataku dengan jariku sendiri.

ʻʻCantik sungguh nama you ni. Jarang I jumpa nama secantik ni dah sekarangʼʼ, kata Datuk Aziz.

ʻʻNama orang kampung je, Datukʼʼ, saya menjawab perlahan.

ʻʻCantik nama secantik orangnyaʼʼ kata Datuk Aziz sambil tersenyum padaku. ʻʻTapi tak cantik lah kalau you menangis. Kenapa ni, Seri?ʼʼ dia bertanya perihatin.

ʻʻSaya dah hampakan suami saya, Datukʼʼ jelasku. ʻʻHari ni patutnya saya datang pada Datuk dengan penampilan dengan elok. Bukannya lambat, hodoh dan busuk macam sekarang niʼʼ

ʻʻKan I dah kata you tak lambat punʼʼ Datuk Aziz menjawab, ʻʻtapi I tak faham, kenapa you kata yang lain tu?ʼʼ

ʻʻMintak maaf, Datukʼʼ kataku, ʻʻMintak maaf kalau saya buat Datuk tidak selesaʼʼ

Datuk Aziz seperti bingung. ʻʻEh? Sebab apa I tak selesa? Bila masa I kata yang I tak selesaʼʼ

ʻʻSeriʼʼ sambung Datuk Aziz perlahan. ʻʻI betul-betul selesa dengan you. Jujur I cakap ni. I bukan cakap sebab nak tunjuk baik. You adalah wanita yang paling ayu yang I pernah jumpaʼʼ

Aku macam tak percaya apa yang Datuk Aziz cakap. Aku pasti dia hanya cakap untuk menyejukkan hatiku jer. He is just being gentleman.

ʻʻMacam ni lah, Seri. I dah jumpa ramai wanita. My staff, my wife, my friends. Semuanya plastik. Semuanya tiruan. Mekap di muka setengah inci tebalnya. Wangian di badan setengah botol banyaknya. Semuanya fakeʼʼ

ʻʻTapi you berbeza, Seri. You ada natural beauty. You tak perlu letak makeup pun. You tak perlu ambil perfume pun. I rasa sangat-sangat selesa bila berada dekat dengan youʼʼ sambungnya lagi.

ʻʻTapi, Datukʼʼ, aku cuba membalas, ʻʻtak kan Datuk tak rasa langsung apa-apa dengan bau badan saya ni?ʼʼ

ʻʻTak, Seri. Takʼʼ, jawab Datuk Aziz

ʻʻIn fact....ʼʼ sambungnya lagi....

ʻʻYou smell very sexyʼʼ katanya perlahan....

Aku terkejut dengan kata-kata Datuk Aziz.

ʻʻSorry, Seri. I should have not said that to youʼʼ tiba-tiba Datuk Aziz memohon maaf di atas ketelanjuran katanya tadi.

Aku seperti tidak percaya kata-kata Datuk Aziz tadi. Aku terus terimbas kembali kata-kata Dr Zarul. Aku normal. Bau badanku normal. Itu lah bau wanita. Memang bauku agak kuat dari biasa, tapi itu normal. Ia tidak menggangu kerja Dr Zarul. Dan Datuk Aziz baru sahaja mengatakan dia menyukainya.

Aku terpaku. Tidak bergerak seketika.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now