KNOCK KNOCK KNOCK!!!
BILIK TIDUR SARAH
"Sarah. Bangun cepat. Nanti lambat ke kampus". Kata Datin Lida kepada anak perempuannya itu.
"Yes ma. On the way". Balas Sarah sambil menarik selimut untuk menutupi keseluruhan kepalanya.
"On the way apanya. Mama kata bangun sekarang. Sebelum mama masuk Sarah. Bangun, mama kata". Ugut Datin Lida. Sudah biasa dengan perangai anak perempuan seorang ini yang susah bebenor nak bangun pagi. Kadang tu, sampai tak ke kelas sebab tak bangun tidur. Bukan sebab tak bangun tidur, tapi sebab tidur semula selepas bangun dari tidur.
"Yelah. Dah bangun. Lagi 15 minit Sarah turun". Balas Sarah sambil menarik turun kain selimutnya. Rambutnya yang menutupi dahi ditiup. Acah-acah rambut tutup mata. Walhal, rambut tu sampai dahi je. HAHAHAHA
12 minit kemudian..
MEJA BERHIAS SARAH
"Sarahhh, engkau yang cantik. Engkau yang baik, engkau yang pandai. Sarah ooooo sarah, marilah cepat kita turun. Sebelum mama naik bawak penyapu". Bernyanyi kecil Sarah sambil menyikat rambutnya. Jangan tanya soal melodi, Sarah nyanyi pakai bedal je tu. Entah kemana high note, entah kemana harmoni. Semuanya hilang kalau Sarah yang nyanyi.
"MAMA!!!". Laung Sarah sebaik sahaj duduk di kerusi meja makan. Beg sandangnya diletakkan di kerusi sebelah. Bihun goreng yang dimasak Datin Lida disenduk sekali lalu dimasukkan ke dalam pinggan corelle di hadapannya. Air horlicks panas juga dituang ke dalam cawan english style.
"Assalamualaikum". Tegur Datin Lida.
"Heheehe, waalaikumsalam mamaku yang cantik lagi menawan kau memang debommm".
"Amboi, kemain. Ni, kejap lagi Sarah balik pukul berapa?". Tanya Datin Lida sambil menyerahkan bekal Sarah di dalm tupperware berwarna oren.
"Erm dalam pukul 4. Ma, nanti minta Pak Samad ambil Sarah boleh? Kereta Sarah tu signal rosak lah. Tak berkelip. Terbakar maybe".
"Banyak lah terbakar. Izyan bagitahu mama. Katanya haritu Sarah marah dekat budak mana tah lepastu pergi tolak button signal tu sampai senget. Dah sekarang ni langsung x boleh nak guna signal tu". Balas Datin Lida. Perangai Sarah yang sedikit 'Boyish' itu ditegur.
"Takdenya. Membongak je Izyan tu. Mana ada Sarah buat macam tu. Signal tu yang rosak sendiri".
"Signal rosak sendiri? Dah lah, malas mama nak layan Sarah. Makan cepat, nanti lambat pula tu. Nanti petang, tunggu Pak Samad dekat tempat biasa. Jangan merayau pula. Nanti jenuh Pak Samad tu nak tunggu". Pesan Datin Lida.
"Baik bos". Balas Sarah.
................................................................................................................................................
Pagi itu, Sarah berangkat ke kampus dengan menaiki teksi. Pak Samad menghantar Dato' Rahim ke pejabat. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menggunakan perkhidmatan teksi.
"Cik, kita dah sampai".
"Berapa ya pakcik?".
"20 ringgit".
"Nah. Baki tu pak cik simpan je. Buat isi minya kereta". Kata Sarah sambil mengeluarkan satu keping not 50 ringgit. Alah, setakat 50 ringgit apa nak heran. Anak orang kaya, kan Sarah?".
............................................................................................................................................
DALAM KELAS
"Ui, morning". Tegur Sarah kepada Izyan, rakan baiknya.
"Uish, tak layan aku bhai. Ye ah, main game sampai tak nak layan aku en. Sampai hati kau". Kata Sarah dalam rajuk. Rajuk yang dibuat-buat bukan dengan sepenuh hati.
"Weyh, sorry-sorry. Kau tau en kalau aku main game. Mana aku nak napak orang kanan kiri aku". Balas Izyan apabila level game yang dimainnya kalah. Mana tak kalah dah kalau Sarah sengaja menolak tangan Izyan. Dah tak pasal-pasal, mati kena bunuh,
"Yelah, sikit lagi jodoh sebelah kau pun kau tak perasaan".
"Excuse me. Kalau jodoh ak perasaan tau". Balas Izyan sambil mengeluarkan buku Ekonomi.
"Wey, kau cakap ape hah kat mama aku? Dah tak pasal-pasal aku kena dengar ceramah pagi tadi". Kata Sarah.
"HAHAHAHAHA padanlah muka kau. Ni mesti pasal signal kau tu en? Kau pon, tak agak-agak. Nak menipu mama kau. Kau ingat mama kau tu macam minah depan tu? Blur manjang".
"Woi, kau agak ah. Nak samakan mama aku dengan budak tiga suku tu".
"HAHAHAHAHA lek lek. Gurau jelah. Amboi, sejak bila tak boleh gurau ni hah? Garang naw". Usik Izyan.
"Sejak .. erm sejak azali".
"Banyak lah kau punya azali. Aku azan kat telinga kau kang, baru kau tau".
"Uyoooo, kau nak azan? Tau ke azan?".
"Wey Sarah. Kau ni lebih. Sejahil-jahil aku. AKu solat au. Dah ah, malas ah ngan kau".
"Alolololo, sayang saya ni merajuk ke? Alooo, tak comey dah.. Aku gurau jelah . Sorry ah, kasar sikit. Sorry eh. Nanti lunch, ak lanje". Pujuk Sarah sambil memeluk bahu Izayan.
"Okay, tak merajuk dah".
"Woi kauuuu.. kalau bab makan. Hilang terus rajuk kau eh".
"Well, time makan kena makan babe".
"Tak betul lah kepala kau ni". Balas Sarah.
"Kepala kita okay". Sambung Izyan.
"Assalamualaikum semua. Morning". Belum sempat Sarah membalas percakapan Izyan, Sir Zaid sudah pun masuk ke kelas.
Seperi biasa, time kelas mereka berdua kan fokus dan hilang terus perangai main-main. Sebab tulah, asal time exam je mesti masing-masing perform. Time main, main. Time belajar, belajar. Itulah prinsip 2 orang rakan ini.
"So, dah ulangkaji? Dah ready ke nak sambung topik baru harini?". Soal Sir Zaid.
Ada yang menangguk, ada yang menggeleng. Malahan, ada yang hanya membatukan diri. Diam tidak berkutik dengan soalan yang diajukan oleh Sir Zaid.
ALANG_99
YOU ARE READING
SERIUS LAH KAU?
Romance3rd STORY Sarah Vs Aqeef <3 Pertemuan Sarah dan Aqeef buat kali pertama langsung mengundang kemarahan buat mereka berdua. Sarah turut mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi. Alangkah malangnya Sarah apabile pertemuannya dengan lelaki yang sama...