Malam itu, selepas mereka semua makan dan bersiar-siar di shopping mall. Aqeef dan Sarah meminta diri untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, Aqeef dan Sarah membersihkan diri dan mengejakan solat Isyak.
DI DALAM BILIK
Selepas menarik comforter separas dada, Aqeef dan arah berbual sebentar.
"Sarah, next week Aqeef dah mula masuk ofis tau. Sarah macam mana?".
"Sarah stay rumah je. Nanti ingat nak buat online bisnes".
"Wow, interesting. Bagus juga. Takdelah boring sangat". Balas Aqeef.
"By the way, minggu depan, boleh hantar Sarah ke rumah Rini?".
"Boleh. But why?".
"Sarah ada kelas memasak".
"Cooking class? Sapa ajar?".
"Rini ajar. Tadi Sarah ada berbual dengan dia. Dia kata dia boleh nak tolong ajar".
"Ouhh okay. So hari apa?".
"Every monday and wednesday".
"Alright".
"Jom lah tidur, lewat dah ni". Ujar Aqeef lagi.
Lampu bilik tadi sudah dipadam. Kini, hanya tinggal lampu kecil di atas meja bersebelahan katil sebelah Aqeef.
"Kejap". Pergerakan Aqeef untuk mematikan lampu terberhenti.
"Kenapa?". Soal Aqeef hairan.
"Sarah nak minta maaf. Pasal siang tadi". Tangan Aqeef di atas comforter ditarik perlahan lalu dibawa ke arah bibirnya. Perlahan2 tangan tersebut dikucup.
Terkejut besar Aqeef dengan perbuatan Sarah.
"Eh takpe, Aqeef okay je. Jangan risau k?". Balas Aqeef. Okay? Serius ah okay Aqeef?
"Jomlah kita tidur. Lewat dah ni". Kata Aqeef. Sengaja dia mahu mematikan suasana tersebut. Control diri kau Qeef. Jangan terbawa perasaan . Tangannya ditarik kembali untuk berqiyam semula.
"Goodnight". Kata Aqeef lagi.
Sarah termangu. Itu je? Dia marah aku ke? Dia merajuk ke?
"Erm, night". Balas Sarah.
....................................................................................................................................................
Sarah menguis tangannya diatas katil. Aik, mana Aqeef ni. Takde pun.
Sarah bangun, rambutnya dibiarkan lepas sahaja seperti malam tadi. Masih ingat dengan permintaan Aqeef untuk tidak mengikat rambut sewaktu di rumah.
"Aqeef?".
"Aqeef?". Bilik air kosong. Ruangtamu kosong. Dapur kosong.
Mmm mana dia pergi ni? Semua tempat takde. Sarah mula berfikiran macam2.
Lalu, dia membawa langkah ke bilik tidur. telefon bimbit di ambil. Nombor Rini di dailnya.
"Hello assalamualaikum Rini. Sarah ni".
"Waalaikumsalam. Ya Sarah".
"Rini, Aqeef ada dekat rumah Rini ke?". Soal Sarah.
"Aqeef? Takde pula. Ni Haikal pun ada je dekat rumah ni". Jelas Rini.
"Ouh yeke? Takpelah". Balas Sarah.
"Mungkin dia keluar ke kedai tu. Kejap lagi balik lah tu". Pujuk Rini.
YOU ARE READING
SERIUS LAH KAU?
Romance3rd STORY Sarah Vs Aqeef <3 Pertemuan Sarah dan Aqeef buat kali pertama langsung mengundang kemarahan buat mereka berdua. Sarah turut mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi. Alangkah malangnya Sarah apabile pertemuannya dengan lelaki yang sama...