16💚

3 3 1
                                    

Hanya dengan sekali lafaz, Sarah telah sah menjadi isteri kepada Aqeef Akil. Seorang malaun yang pernah disumpahnya dulu. 

Siapa sangka, berkat perancangan keluarga dua orang musuh ini dapat disatukan dengan satu ikatan suci. Ikatan yang sah dan ikatan yang seharusna dibina hingga ke Syurga Allah. 

"Assalamualaikum". Tegur Aqeef sebaik sewaktu ingin menyarungkan cincin di jari manis Sarah. 

"Waalaikumsalam". Balas Sarah. Senyumnya dibuat2 agar tiada sesiapa yang dapat syak bahawa perkahwinan ini sama sekali tidak diikhlaskan oleh pasangan pengantin. 

Usai mengambil gambar peristiwa bersejarah itu. Majlis makan2, atau pun kenduri ringkas diadakan di Dewan Sri Seroja. Sarah dan Aqeef hanya mengadakan 1 majlis sahaja. Al maklumlah, semua yang dibuat ini juga merupakan aturan keluarga. Mereka hanya perlu menyediakan diri sahaja. Yang lainnya, diuruskan oleh orang tua. 

"Okay lah babe, aku balik dulu au". 

"Insyaallah esok, aku jumpa kau kat airport". Sambung Izyan lagi.

"Okay, jumpa esok. Thanks wey banyak tolong aku". Balas Sarah sambil memeluk sahabat karibnya itu. 

"By the way, malam ni jangan ganas2 sangat. Esok korang tu nak jalan jauh". Bisik Izyan. 

"Mangkuk hayun betul. Kau menyempat eh". Balas Sarah sambil mengetuk kepala Izyan kuat. 

Izyan memegang kepalanya. Mukanya beriak sakit dan tidak tahu ingin berbuat apa. 

"Wey, kau asal? Sakit ke?". Risau Sarah. 

"Aku tengh pikir ni, otak aku bergegar tak. Bukan apa, risau kadang". 

"Ish kau ni. Dah ah. Balik. Esok kau tak datang, siap eh". 

"Yelah. Kirim salam mama papa kau. Aku tak jumpa dah dorang. Ramai sangat tetamu depan tu". Balas Izyan. 

Malam itu, selepas selesai majlis. Semua pulang ke rumah masing2. Sarah turut masuk ke dalam rumah. Ouh ya, malam ni Sarah akan bermalam di rumah mertuanya. 

"Sarah, naik lah bilik. Berehat. Esok Sarah kan nak jalan jauh". Kata Datin Sofi mesra. 

"Kejap lagi Sarah naik mummy. Sarah ... Sarah tak tau bilik". Balas Sarah malu. 

"Jom". Aqeef yang entah muncul dari mana langsung menarik tangan Sarah. 

"Mummy, pengantin baru naik dulu ya". Kata Aqeef sambil berjalan naik ke bilik. 

"Amboi. Datang dari mana ni. Nite pengantin baru". Balas Datin Sofi. 

DALAM BILIK AQEEF

"Pergi lah mandi dulu". Arah Aqeef sambil dia membuka baju. Satu tshirt tangan pendek disarungkan di badan. 

Macam tu je dia buka baju depan aku. Dasar malaun. Bebel Sarah

"Awak, Saya suruh mandi. Keeee nak saya mandikan?". Bisik Aqeef dengan penuh romantik. Hampir cair Sarah dibuatnya. 

Sarah, kawal diri Sarah. 

"Ew, geli". Sarah langsung masuk ke dalam bilik air. 


"Dah ambil wuduq siap2?". 

Sarah menggeleng. 

"Lah, ambil wuduq cepat. Solat berjemaah". 

"ABC". Jawab Sarah. Laju saja langkahnya dibawa ke katil. Malu kerana terpaksa berterus terang denga suaminya itu. Eh suami? Ya, Sarah. Malaun tu dah jadi suami kau tau. KAu kena taat dengan dia. Lembut lah sikit hati tu. 

SERIUS LAH KAU?Where stories live. Discover now