29💚

2 2 0
                                    

Masuk sahaja usia kandungan 2nd trimester, Sarah mulai menghadapi alahan yang teruk. Badannya mulai lemah, selera makan juga berkurangan, tenaga? Jangan ditanya, Sarah sentisa lemah.. dan disebabkan itu jugalah, buat masa sekarang Sarah tidak lagi belajar masak dengan Rini. Aktiviti kelas memasaknya harus diberhentikan buat seketika waktu.

"Uweeekkkkk". 

"Sayang". Panggil Aqeef sambil pintu bilik air diketuk.

"Sayangggg.. buka pintu ni". 

Perlahan2 pintu bilik air dibuka Sarah. 

"Sayang? Sayang okay tak ni? Kita pergi klinik nak?". Tanya Aqeef. Risau betul dia dengan Sarah yang sedang berbadan dua itu. 

"Takpe B. Sayang okay. Sikit je ni. Biasa lah maybe baby rasa tak selesa tu". Balas Sarah sambil mulutnya yang berkesan muntah itu dibasuh. Selesai membasuh mulut, tubuh Sarah dicempung Aqeef lalu direbahkan di katil. 

"Sayang duduk sini okay. B turun bawah kejap, ambil makanan". Pesan Aqeef. Sarah mengangguk. 

5 minit kemudian...

Bubur kosong bersama sup ayam dibawa naik Aqeef bersama 1 gelas air suam di dalam dulang. 

"Uweeekkkkk". Belum sempat lagi Aqeef meletakkan dulang itu di atas katil, Sarah sudah memuntahkan isi perutnya di atas katil. 

"Sayang?". Soal Aqeef. 

"B, sorry". Sarah memohon maaf kerana muntahnya telah terkena cadar. 

"It's okay sayang. Sayang nak muntah lagi? Kalau nak, muntah je sini. Nanti B tukar cadar". Belakang badan Sarah digosok Aqeef bagi membantu isterinya itu bernafas. 

Sarah menggeleng. 

"B, B tumis ke sup tu?". 

"Aah, B tumis". Jawab Aqeef. 

"Allah, sayang sorry. B terlupa yang sayang tak boleh bau tumis2". Kata Aqeef apabila menyedari punca Sarah muntah.  Sarah hanya membalas dengan senyuman . 

"Sayang, sorry. B betul2 terlupa. I'm sorry". Tubuh Sarah dipeluk erat. 

"Takpe2. B boleh bawak turun bawah. Sayang tak tahan dengan bau tu". Dengan itu, sepantas kilat Aqeef membawa dulang tersebut keluar dari bilik.

Usai membersihkan diri, Sarah berehat di katil. Sewaktu dia mandi, suaminya sudah menukar cadar tilam.

"Mana B ni?" Gumam Sarah seorang diri. 

"B?". Panggil Sarah dari dalam bilik tidur. 

"Ya sayang, B dekat dapur. Kejap, B naik". Balas Aqeef. 

Belum sempat Aqeef naik ke atas, Sarah awal2 lagi sudah turun ke dapur. Cepat2 sup ayam tadi dibuang ke dalam tong sampah. Plastik sampah juga diikat ketat oleh Aqeef. 

"B". 

"Ya sayang. Sayang nak makan?". Soal Aqeef. 

"Nak, Sayang dengan baby lapar". Balas Sarah sambil tangan kanannya mengusap perut yang sudah sedikit kelihatan buncit. 

"Alolololo, kesian isteri B dengan baby lapar eh. Kejap tau B tunggu sup ayam ni mendidih, lepas tu B suap Sayang makan okay?". 

Sarah mengangguk. Ya, jangan tak tahu, Sewaktu Sarah mandi Aqeef juga sempat menyediakan sup ayam yang baru buat Sarah. Yang paling penting, tak tumis ya.Suami mitahli engkooo. HAHAHAHAa


"Meh, B suap". 

"Sedap?". Sarah mengangguk laju. 

SERIUS LAH KAU?Where stories live. Discover now