MEJA MAKAN
"Morning everybody".
"Morning". Balas Datin Lida.
"So how? Dah ready nak exam Sarah?". Soal Dato' Zaid
"Insyallah pa. Ma, Pa doakan k?".
"Buat elok2. Kami sentiasa doakan Sarah". Balas Datin Lida sambil menuang air milo panas ke dalam cawan Sarah.
"Insyaallah. I will ma".
........................................................................................................................................................
KAMPUS
Seperti universiti dan kolej lain, minggu peperiksaan merupakan minggu yang paling sibuk dan tidak disuakai oleh para pelajar. Perpustakaan, kafeteria dan ruang-ruang kosong untuk membuat perbincangan pastinya digunakan semaksima mungkin.
Pagi ini, sengaja Sarah hadir awal ke Kampusnya. Bukan apa, pertama sekali dia nak cop parkir yang paing dekat dengan dewan peperiksaan. Yang keduanya pula, dia hendak pastikan dia tidak terkejar-kejar untuk masuk ke dewan. Bak kata orang tua2, siapkan diri awal2 agar nanti tidak kelam kabut.
Di dalam perpustakaan, kelihatan ramai pelajar sedang mengulangkaji pelajaran dan salah satunya adalah Izyan.
"Uii. Awal harini".
"Saja je. Tunggu kau ah". Balas Izyan sambil menutup buku teks ekonomi.
"Room 4. Aku dah book tadi". Sambung Izyan lagi.
Seraya itu, mereka berdua berjalan menuju ke bilik perbincangan 4.
ROOM 4
1 jam kemudian..
"Dah hafal semua ke ?".
"Harap2 dah ah. Jom wey gerak. Lambat kang. Kau taulah lift tu pn macam mak ngot". Balas Sarah.
"Cun. Gerak awal. Masuk awal. Keluar awal". Balas Izyan.
"Masuk awal for sure. Keluar awal not sure. HAHAHAHA". Balas Sarah sambil mengenyitkan matanya kepada Izyan.
DEWAN KAMELIA
"Morning everyone".
"So today, you will have your first paper Economy. So put your bag at the provided area. Phones please turn off or switch it to silent mode. Any papers or information regarding examination please keep in your bag ". Arah ketua pensyarah yang ditugaskan untuk menajaga dewan tersebut.
Sarah, Izyan dan kesemua pelajar yang berada di dewan tersebut menurut serta merta arahan yang diberikan.
Setelah bertarung hampir 3 jam di dalam dewan tersebut, akhirnya Sarah keluar meninggalkan dewan. Dari jauh, kelihatan Izyan masih sedang fokus untuk menjawab soalan.
1 jam kemudian..
"Alright. Time's up. Put your pen aside. We will start collect your paper".
Mendengar akan itu, Izyan akur.
Keluar sahaja dari dewan, langkahnya di bawa ke kereta.
PARKIR KERETA
KNOCK KNOCK!!
"Uiii, perform ah member aku".
"HAHAHAHHHA takde ah. Biasa je". Jawab Sarah sebaik sahaja menurukan tingkap keretanya.
"Jom ah. Balik terus. Esok jumpa k? Library au".
"Cun. K. Aku gerak lu. Pape roger".
"Yo lahhh". Balas Izyan.
................................................................................................................................................................
MAKAN MALAM (RUMAH SARAH)
"Macam mana exam tadi?". Soal Dato' Zaid.
"Good.Hoping for the best". Balas Sarah sambil mencedok lauk ayam masak kicap yang dimasak bibik.
"Alhamdulillah. Esok paper lagi Sarah?". Datin Lida pula bersuaran
"Yes ma. Direct this one week. Then, next week Sarah terus intern".
"So, macam mana? Dah decide nak intern company mana?". Soal Papapnya.
"Sarah rasa. Sarah follow idea papa. So, boleh papa bagi contact number kawan papa. Sarah try contact".
"Boleh. Nanti papa bagi". Balas Dato' Zaid.
"Iman, sekolah harini okay? Ada orang buli tak?". Tanya Sarah.
"Ui kak. Agak-agak lah. Mana ada orang berani buli Iman. Iman kot kak". Balas Iman.
"Choiii, melangit eh angkat diri".
"HAHAHAHHAHA. Biasa biasa je". Balas Iman.
Usai makan malam, Sarah meminta diri untuk kembali ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran.
................................................................................................................................................................
HARI JUMAAT (TAMAT PEPERIKSAAN)
"Yeaaayyyyyy, Habis Final". Jerit Sarah di dalam bilik".
"Lusa, dah start intern. Aaaaaa penatnya".
"Call Izyan lah. Boleh ajak keluar esok". Telefon bimbit yang berada di meja belajar dia ambil.
"Haaluuuuu, Kopi ko milo. Nak kopi ke nak milo? Hellllloooooo".
"Amboi kau. Riang naw. Kau baru lepas ambil barang eh?".
"Woiii, elok sikit eh. Aku clean au". Balas Sarah sambil ketawa.
"HAHAHAH saje gurau. Wey, keluar jom esok".
"Nicerrrrr!!!! AKu baru nak ajak kau. Chemistry memenag A++++ ah".
"Kan? Okay, esok jumpa eh. 1 kete ke 2 kete?". Soal Izyan.
"1 dah ah. Aku ambil esok. Jangan lambat. Kul 10 au".
"Woi, tu mall baru nak buka. Kau nak lepak mana awal2?".
"Kemon lah. Sarah kan.. Kau lek je. Esok aku bawak. Yang pasti bukan ke mall ya kawan2. Kau pakai baju lek lek dah ah. Kita picni k?".
"Uyyoooo, bukan kaleng2. Baeeekkkkk. Kalau centu, aku bawak buah". Balas Izyan.
"Baek.. bende lain nanti atas jalan kita cari".
"Ok bos".
"K, aku chiaw lu. Nak layan korea bohhh HAHAHHAHA before intern".
"Yelah, pergi lah korea kau. Aku nak tengok Shah Rukh Khan malam ni. MOga2 masuk mimpi". Kata IZyan.
"Manjang masuk mimpi jelah. Kena patuk ular dalam mimpi baru kau tau". Usik Sarah.
"Woiii, jangan ah doh. Sakit gila".
"Tu mimpi mana rasa. Aaaaa dah ah. Borak ngan kau sampai esok tak habis. Assalamualaikum".
"Wow, pandai bagi salam. Waalaikumsalam".
"Pandai juga balas salam". Kata Sarah sebelum mematikan panggilan tersebut.
Komputer riba di atas meja belajar diambil Sarah lalu dibawa ke katil.
"Drama timeeeee". Lampu bilik tidur ditutup. Hanya lampu di meja belajar yang dipasang.
Drama "Search 2020" di tonton Sarah.
Hampir 4 episod juga marathonnya. Buat lepas gian lah katakan.
ALANG_99
YOU ARE READING
SERIUS LAH KAU?
Romance3rd STORY Sarah Vs Aqeef <3 Pertemuan Sarah dan Aqeef buat kali pertama langsung mengundang kemarahan buat mereka berdua. Sarah turut mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi. Alangkah malangnya Sarah apabile pertemuannya dengan lelaki yang sama...