26💚

5 3 1
                                    

"Assalamualaikum". Kata Aqeef sebaik sahaja membuka pintu rumah. 

"Sayang pergi dapur kejap eh". Kata Sarah. 

Aqeef hanya mengangguk. Sudah malas untuk berteka-teki. Nak kata faham? Memang taklah dia faham. Blur. dari pagi tak henti2 dia berfikir. Apa yang menyebabkan Sarah jadi macam tu. Dah kena sampuk ke apa bini aku ni? Berubah dahsyat betul. 

..........................................................................................................................................................

DI DALAM BILIK 

Usai solat asar berjemaah. Sarah mengajak Aqeef untuk menonton televisyen. 

"So how first day kerja?". Soal Sarah. 

"So far so good. Tadi Aqeef ada meeting dengan client". 

"Ouh, projek baru ke?". 

"Taklah, tu meeting yang sepatutnya memang Aqeef yang uruskan tapi sebab ulang alik London Malaysia, So bila dah ada sini, Aqeef ambil alih balik".

"Ouhhh faham". 

"So, dinner kita makan apa?". Soal Aqeef. 

"B lapar ke?". 

Aqeef memandang Sarah. Ya Allah. Sarah kenapa ni? Aqeef tak faham lah. Sarah berlagak biasa. 

"Lapar lah.. jugak". 

"Nak makan sekarang? Kalau nak, sayang boleh panaskan". 

"Haa boleh..lah". Balas Aqeef teragak2. 


Sedang Sarah memanaskan lauk,Aqeef tiba2 datang. 

"Sayang. Sayang okay?". Kata Aqeef sambil berdiri di sebelah Sarah.

"Okay . Kenapa?". Balas Sarah. Senduk kayu dipegang Sarah untuk mengacau lauk. 

"Takde, Aqeef tengok sayang macam lain". 

"Lain? Lain kenapa?". 

"Entah, Sayang macam pelik. Aqeef tak faham". 

"Takdelah, tu perasaan B je". Balas Sarah sebelum dia menutup api. 

"Sayang hidang tau". Kata Sarah lagi. 

Aqeef mengangguk. 


Usai makan, Aqeef dan Sarah naik ke bilik untuk bersiap sedia solat maghrib dan isyak. 

Doa dibaca Aqeef lancar. Tenang sahaja Sarah melihat Aqeef membaca doa. Hatinya diruntun pilu. Selama ni aku banyak dosa dengan suami aku ya Allah. Ampunkanlah aku ya Allah. Aqeef maafkan Sarah. Sarah khilaf. Sarah tak jawabkan tanggungjawab isteri dengan sebetul2nya. 

Sewaktu bersalaman, seperti biasa Aqeef mengucup dahi Sarah. Sarah pula mengucup tangan Aqeef. Namun, satu perbuatan berani Sarah mengundang tanda tanya buat Aqeef. 

Pipi kanan Aqeef dikucup Sarah lembut. Terkaku Aqeef. 

"B, Sayang minta maaf. Selama ni sayang banyak buat salah dengan B". 

Aqeef terdiam. Keningnya diangkat. 

"Bbbb". Panggil Sarah manja. Perlahan2 Aqeef senyum. Dia mula memahami akan perubahan sikap Sarah. 

"B? Baby i guess?". Balas Aqeef. 

Sarah malu. Mukanya disembamkan di dada bidang Aqeef. 

"Sayang dah terima Aqeef?". Soal Aqeef serius.

SERIUS LAH KAU?Where stories live. Discover now