7💚

4 3 0
                                    

"Yahhoooooooo. Weekend is the best". Jerit Sarah di dalam bilik. 

Malam tadi, papa, mama dan adiknya sudah berangkat pergi ke Penang. Kini, hanya tinggal dia dan bibik sahaja di dalam rumah. Pak Samad pula terpaksa ikut trip ke penang. Mana tanya, kalau tak siapa yang nak bawak kereta. 

"Okay Sarah. Dah pukul 9, so mandiiii". Kata Sarah seorang diri. Kain tualanya yang disangkut di dinding diambil. 

Usai mandi, Sarah mengemas bilik tidurnya. Kemudian, dia turun untuk bersarapan. 

"Cik Sarah, ni sarapan bibik dah buat. Sarah nak makan dekat meja makan ke dekat TV?". Soal Bibik. Memang selalunya jika papa dan mamanya tiada, dia akan makan di depan TV. Maklumlah, takde siapan nak teman berborak. Baik dia tengok TV. 

"Dekat TV lah bik. Bik, kalau ada buah, bik potong sekali boleh?". 

"Baik Cik Sarah". 

.............................................................................................................................................................

BILIK TIDUR SARAH

Jam sudah menginjak ke angak 11.30 tengahhari. 

"Okay Sarah. Study time". Buku subjek ekonomi diambil lalu komputer riba juga dihidupkan. 

Tepat Jam 1.30 petang, Sarah berhent  dari belajar. 

"Okay, recess". Jerit Sarah. 

Kamar mandi ditujunya. Air sembahyang diambil lalu solat zohor didirikan. Usai solat, Sarah turun ke bawah untuk makan tengahhari. 

Sempat juga dia bervideo call dengan mama,papa dan Iman sambil dia menjamah makan tengahharinya. Kebetulan Dato' Zaid, Datin Lida dan Iman juga sedang makan tengahhari. Dapatlah mereka bertanya khabar meskipun awal pagi tadi Datin Lida sudah bermesej dengannya untuk bertanya khabar. Siapa tidak risau meninggalkan anak dara di rumah tanpa penjaga. 

Usai makan tengahhari, Sarah naik semula ke biliknya. 

Alarm di telefon bimbitnya dikunci pada jam 4.30 petang. 

"Tidur kejap lah. Kejap lagi baru sambung pula". Kata Sarah di dalam hati. 

Jam 4.30 petang, Sarah terjaga dari tidurnya apabila telefon bimbit derdering nyaring. 

Solat asar didirikan dan beberapa helai muka surat Al-Quran dibacanya. 

"Okay, sambung study Sarah". Pada belah petangnya pula Sarah mengulangkaji pelajaran subjek management. Kesemua nota yang dibuat sejak awal semester lalu dikeluarkan lalu disusun di aas meja. Aktiviti penghafalan juga dibuat olehnya. Sedikit demi sedikit dihafal dan cuba difahami. 

Tepat jam 6.45 petang Sarah berhenti dari belajarnya. 

"Cukup dulu untuk petang ni. Malam nanti pula sambung. Otakkkkkk, kau mesti dah penat en. Kita call Izyan jap ah. Kot2 lah dia rajin nak teman aku gi MCD. Dapat jugak aku beli MCFlurry Oreo. Arrgghh sedapnya". 

Berkali-kali dia mencuba menghubungi rakan baikanya itu, namun masih tidak dijawab. 

"Tidur mati ke apa minah ni. Sampai aku call tak berjawab. Haih kau ni kan Izyan, kalau terbakar rumah kau tu. Jenuh lah orang nak kejut kau". Bebel Sarah. 

"Erm... order delivery jelah". 

"Foodpanda pon okay gak ni". 

Sedang Sarah meneliti menu di FoodPanda...

KKRRIINGGGG!!!

"Woi makcik. Hidup lagi kau". 

"Amboi kau. Aku cili mulut tu kang". Balas Izyan. 

"HHAHAHHA Kau pergi mana tadi? Tidur eh?". 

"Yelah, aku mimpi aku kahwin dengan Fattah Amin doh".

"Banyak lah Fattah Amin kau tu. Patah gigi kau baru tau. Fazura tu kau nak campak mana? Lawa weyh madu kau". Gurau Sarah. 

"Fazura ek? Erm takpe ah kalau centu. Kejap lagi malam aku try mimpi Zul Ariffin pulak. Senang sikit. Dia kan tak kahwin lagi". 

"Woiii, gatal betul dah minah miang ni". Balas Sarah. 

"HAHAHAH dah dah kau call aku ni kenapa?". Soal Izyan.

"Aku nak ajak kau gi MCD". 

"Wow, menarik. Okay, jap gi aku amek kau. Siap au. Kita drive-thru je". 

"Cun, itu yang kita mahukan". Balas Sarah. 

Dengan segera, hoodie berwarna marroon dicapai. Purse serta telefon bimbitnya juga dibawa sekali turun ke bawah. 

10 minit kemudian...

PIN PIN !!

SUZUKI SWIFT SPORT IZYAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUZUKI SWIFT SPORT IZYAN

"Holla". Sapa Sarah sebaik sahaja masuk ke dalam kereta milik Izyan. 

"Uik. Sorry lambat, isi tank lu tadi". 

"No problemo". 

"So MCD eh?". Soal Izyan. 

"Yup". 


"Wey, kau dah study ke?". 

"Dah. Tapi cam biasa ah. Study sub susah lu. Senang2 belakang. Kau?". Jawab Sarah mesra. 

"Aku? Well lebih kurang cam kau gak ah. Aku just risau paper Finance tu je. Kau tau ah aku dengan maths ni cane. Dia ke utara aku ke selatan". 

"Alaaa, kau lek ah. Nanti sehari before paper. Aku ajar". 

"Serius ah? Walawey, mantoppp pak abu". Balas Izyan. 

....................................................................................................................................................

RUMAH SARAH

"Bik, malam ni tak yah masak eh tuk Sarah. Sarah dah beli MCD. Bibik masak tuk bibik je". Pesan Sarah.

"Baik Cik". 

Masuk sahaja ke ruangan bilik tidur, Sarah meletakkan paper bag MCDonald's yang dibeli tadi di atas meja belajarnya. 

Segera dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Solat Maghrib dan Isyak didirikan sebaik sahaja masuk waktu. 

Tepat Jam 9 malam, Sarah meneruskan semula aktivi mengulangkaji pelajaran hinggalah jam 12 malam. 

"Okay, Time to sleep".

Sebelum tidur, sempat juga Sarah membuka aplikasi instagram. Saja-saja nak jamu mata tengok aktiviti hujung minggu orang lain. 

"Hmmm bestnyaaa. Semua orang pergi jalan2. Aku melepet lah dekat rumah ni. Haih". Bebel Sarah seorang diri. 

"It's okay. Nanti habis Final, aku jalan puas-puas". Katanya lagi. 


ALANG_99

SERIUS LAH KAU?Where stories live. Discover now