"Come, Sarah, Aqeef. Kita breakfast". Panggil Dato' Arif apabila melihat anak menantunya turun dari tangga.
Kerusi di meja makan ditarik perlahan oleh Sarah dan Aqeef.
Sebaik sahaja duduk di meja makan, Air hot chocolate yang dibancuh dituang ke dalam cawan Aqeef. Spagetti carbonara juga dicedok oleh Sarah lalu diberikan untuk Aqeef. Aqeef hanya memandang Sarah.
"Thank you".
"Sama2". Balas Sarah sambil menunjukkan riak wajah yang mesra. Depan mertua kan? Kena lah berlakon sikit.
"Sarah, Aqeef dah kemas semua?". Soal Datin Sofi.
"Dah mummy. Semua dah siap. Tinggal nak gerak je". Balas Aqeef.
"Aqeef, pergi sana. Duduk negara orang, jaga isteri elok2. Lindung Sarah baik2. Jaga elok2 menantu daddy ni".
"Ye daddy. Aqeef janji". Balas Aqeef ringkas. Lalu tangannya memaut tangan Sarah lembut.
Dah kenapa malaun ni. Pegang2 tangan orang pula. ISh, nak makan pun tak senang lah.
Sarah hanya senyum kambing.
...............................................................................................................................................
DI DALAM BILIK AQEEF
"Aqeef, ada lagi ke barang2 yang nak letak dalam bag? Kalau takde, Sarah nak tutup dah bag".
"Apa?". Soal Aqeef. Sengaja dia berkata begitu.
"Ish, takkan tak dengar. Duduk sebelah je pun. Cepat lah. Nanti lambat lah".
"Takde dah sayang, tu je". Balas Aqeef. Sengaja dia ingin melihat reaksi si isteri.
"Weekkkkkkk". Balas Sarah spontan. Nak termuntah aku.
"Uyooo, belum apa2 dah pregnant eh?".
Seraya itu, Sarah langsung membaling bantal ke arah Aqeef. Berdekah2 Aqeef ketawa. Terhibur dengan usikannya terhadap Sarah.
Comelnya bini aku ni.
...................................................................................................................................
AIRPORT (KLIA 2)
"Mummy, daddy, ma, pa. Kitaorang pergi check-in kejap eh". Kata Aqeef. Tangan Sarah dipaut.
"Tak yah lah pegang2". Kata Sarah seperti hendak melepakan pegangan suaminya itu.
"Nanti kang hilang. Kena lah pegang. Tak sempat nak pergi London nanti".
"Sengaja. Cari kesempatan". Balas Sarah.
Aqeef hanya membiarkan sahaja. Yang penting, aku dapat pegang tangan dia. Aaaahhh bestnya kahwin.
15 minit kemudian..
"Okaylah, kami nak masuk dalam dah ni". Kata Aqeef kepada semua yang hadir untuk menghantar mereka berpindah ke negara lain.
Seraya itu, di pihak Sarah.
"Ma, pa. Halalkan makan minum Sarah. Terima kasih selama ni mama dengan papa jaga Sarah sampai Sarah dah besar macam ni. Ma, pa doakan Sarah tau. Sarah dah jauh dengan mama papa. Tak boleh nak manja2 macam dulu".
"Ya, mama halalkan semua. Ingat pesan mama Sarah, jaga diri. Jaga Aqeef. Ingat, nak buat apa pun, Sarah kena minta izin suami. Syurga Sarah dengan Aqeef. Jangan bergaduh2. Matangkan diri. Sarah dah besar". Balas Datin Lida sambil memeluk anaknya itu. Sukar untuk dia melepaskan Sarah, Namun dalam masa yang sama dia faham akan tugas Aqeef untuk mengusahakan syarikat sendiri di luar negara. Masakan Sarah tidak mengikut suaminya. Sedangkan seorang isteri itu harus selalu ada di samping suami.
"Ya, papa pon halalkan semua. Sarah jaga diri. Solat jangan tinggal. Kalau boleh, Papa nak Sarah pakai tudung. Slow2 try. Kalau ada apa2 Sarah call mama dengan papa ya".Pesan Dato' Zaid. Lantas anaknya itu didakap buat seketika. Satu2nya anak perempuan akan meninggalkannya.
"Kak".
"Iman, jaga diri. Jaga mama. Jaga Papa tau. Jangan main2 sangat. Belajar rajin2. Akak nak Iman dapat top 10 dalam exam tau. Kalau dapat top 10, akak bagi hadiah".
"Okay kak. Akak pon jaga diri. No worries, Iman jaga mama dengan Papa. Iman kan anak lelaki dalam keluarga ni". Balas Iman. Sarah memeluk adiknya itu. Selepas ini, tiada lagi guaru senda dari adiknya itu.
"Sarah sayang mama, papa dengan Iman". Seraya itu, 1 keluarga itu berpelukan. Family huggg!!
Begitu juga dengan Aqeef,
"Aqeef. jaga Sarah. Jaga company Aqeef dekat sana. Kalau ada any problem, bagitahu daddy. Yang mana daddy boleh tolong, Papa tolong". Pesan Dato' Arif.
"Insyaallah daddy. Thanks. Jaga mummy tau". Balas Aqeef. Tubuh Dato' Arif langsung didakapnya.
"Mummy. Jangan sedih2. Insyaallah nanti ada masa Aqeef dengan Sarah balik Malaysia k? Mummy jaga diri baik2 tau". Pesan Aqeef. Maklumlah, selama ini, Datin Sofi sentiasa keluar bertemankan 2 bodyguar, kini Aqeef sudah tiada.
"Yelah, nanti ada masa Mummy ajak Daddy pergi sana. Aqeef jaga Sarah baik2. Jangan bagi langsung Sarah ada luka2. Mummy sayang Aqeef". Pesan Datin Sofi.
"I love you too mummy".
" Sarahhh!!".
"Weeyyy, asal kau lambat? Ingatkan tak datang tadi".
"Jemmmm. Ni pun aku minta papa aku hnatarkan. Kalau tak,nak parking lagi". Balas Izyan serba salah.
"Yelah. Ingatkan tak dapat jumpa kau tadi". Balas Sarah.
"No no no. Kalau kau tak jumpa aku. Kau tak boleh pergi sana". Balas Izyan.
"Banyaklah kau. Kau jaga diri baik2 tau. Ingat pesan aku tu. Jangan kerja nak merayau je. Kerja baik2 apa2 nanti kita skype".
"Ye ye. Aku ingat pesan kau. I will miss u my frend".
"Me tooooo". Balas Sarah.
"Sarah, jom". Panggil Aqeef apabila tiba waktu mereka untuk masuk ke dalam.
"Bye. Kami pergi dulu ya". Kata Sarah dan Aqeef serentak.
.......................................................................................................................................
RUANG MENUNGGU UNTUK MENAIKI PESAWAT
"Sarah, jom starbucks".
Masuk sahaja ke dalam starbucks, Sarah dan Aqeef langsung memesan air.
"So, dah ready nak stay London?". Soal Aqeef.
"Ready ke tak ready. Kita dah nak pegi sana dah pun".
"Aii, macam tak ikhlas je".
"Bukan tak ikhlas. Cuma sedih. Tak pernah berjauh dengan mama papa". Balas Sarah. Pandangnnya dibuang ke arah orang ramai sedang lalu lintas.
"Look. Saya janji, saya akan jaga awak. I will protect u Sayang. No worries okay?". Balas Aqeef sambil mengusap lembut pipi Sarah.
Sarah hanya mengangguk. Tak semena2 air matanya jatuh. Aduhhh macam mana ni. Tak naik kapal terbang lagi dah nangis.
"Hey, kenapa ni?". Soal Aqeef.
"Takde apa". Balas Sarah dengan suara sedikit sebak. Sejak dari tadi dia menahan air matanya dari tumpah. Tadi, mama, papa, iman dan izyan menangis. Namun, dia mampu menahan. Tetapi sekarang, dia tidak mampu lagi untuk menahan.
"Janganlah sedih. Kalau macam ni, takpelah. Sarah stay Malaysia. Aqeef pergi sana sorang".
"Mana boleh. Tempat isteri kan kat sisi suami". Balas Sarah.
"Then? Macam mana nak pergi kalau Sarah menangis macam ni. Aqeef pun serba salah".
Sarah tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya mengelap air matanya yang sudah jatuh ke pipi.
Aqeef pula hanya mencuit hidung Sarah lembut. Alahai, kesiannya isteri aku.
ALANG_99
YOU ARE READING
SERIUS LAH KAU?
Romance3rd STORY Sarah Vs Aqeef <3 Pertemuan Sarah dan Aqeef buat kali pertama langsung mengundang kemarahan buat mereka berdua. Sarah turut mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi. Alangkah malangnya Sarah apabile pertemuannya dengan lelaki yang sama...