Sedar tidak sedar, hari ini sudah menginjak 2 bulan Aqeef dan Sarah menetap di London.
Setiap hari ada saja perkara yang mencuit hati Aqeef. Mana tidaknya, Sarah sentiasa bermanja dengannya, hingga kadang2 dia merasa Sarah seperti kanak2. Comel. Tapi ni version baekk punya comel and cantik. Tidak pernah disangkanya seorang wanita kasar yang menyakitkan hati mampu membuatnya jatuh cinta.
Begitu juga dengan Sarah, setiap hari dia semakin jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Suami. Suami yang penyayang, suami yang sering di sisinya, suami yang sangat bertanggungjawab dan suami yang sangat dicintainya.
"Bbbbb, Nampak tak sayang punya getah rambut?".
"Atas meja tu kot sayang". Balas Aqeef sambil matanya fokus dengan telefon bimbit.
Sarah berjalan ke katil...
"B, ikatkan". Pinta Sarah manja.
"Mana B reti ikat. Kang lain jadinya".
"Alaaa, B ikat lah". Kata Sarah lagi.
"B tak reti sayang".
"Ikat pun tak reti". Balas Sarah. Wajahnya cemberut. Langsung dia bangun dan menuju ke meja hias.
Sedang Sarah mengolekan losyen di lehernya, Aqeef datang dari belakang. Dari dalam cermin, Sarah sudah melihat.
"Sayanggg".
"Sarah sayanggg". Panggil Aqeef lagi.
"Sampainya hati sayang tak nyahut B".
"Mmmm". Balas Sarah terpaksa. Matanya tidak memandang Aqeef yang berada di belakangnya itu.
"Nak getah".
"Getah hilang". Balas Sarah merajuk.
"Hilang?".
"Hilang pergi mana?". Sambung Aqeef.
"Entah". Jawab Sarah sebelum berjalan keluar dari bilik.
Aqeef hairan denga sikap Sarah. Salah aku ke?
DI RUANG TAMU
"Sayang lupa ke?". Soal Aqeef sebaik sahaja duduk di sebelah Sarah.
"Lupa apa?".
"Kan B taknak sayang ikat rambut kalau kita dekat rumah". Seraya itu, getah rambut Sarah ditanggalkan Aqeef.
"Sayang panas lah. Rambut dah makin panjang".
"Gunting rambut nak?".
Sarah menggeleng. Getah rambut Sarah diambil semula di tangan Aqeef. Rambutnya diikat tidak kemas.
"Tapi, B taknak sayang ikat rambut". Kata Aqeef.
Perlahan2, Sarah menanggalkan getah rambut tersebut.
"Sini". Kata Aqeef sambil menepuk2 pehanya menandakan ingin Sarah melabuhkan kepala di situ.
Sarah hanya menurut. Meskipun di dalam hatinya sedikit tidak puas hati namun Sarah tidak menunjukkan bantahan atau protes sewaktu Aqeef memintanya untuk berbuat demikian.
Rambut Sarah dielus. Hidung Sarah juga dicuit sesekali.
"Cantik sayang B ni".
"Mestilah cantik. B pun encemm". Balas Sarah sambil tangan Aqeef dicium2nya.
YOU ARE READING
SERIUS LAH KAU?
Romance3rd STORY Sarah Vs Aqeef <3 Pertemuan Sarah dan Aqeef buat kali pertama langsung mengundang kemarahan buat mereka berdua. Sarah turut mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi. Alangkah malangnya Sarah apabile pertemuannya dengan lelaki yang sama...