03

295 46 21
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

  Hyunjin berdiri di hadapan tandas perempuan, menantikan Kiara keluar dari situ. Dia bimbang Felix buat hal lagi.

  Panjang umur, Felix muncul bersama Seungmin, I.N dan Han. Empat sekawan itu berhenti di hadapan Hyunjin.

  "Aww what a beautiful guy." tegur Felix kepada Hyunjin.

  "Aww what an ugly guy." balas Hyunjin dengan senyuman termanis.

  "Opss, aku terasa." Felix letakkan tangannya di dada seperti dia betul-betul terluka dengan kata-kata Hyunjin.

  Hyunjin senyum sinis. Mujur di sini tak ada orang pun yang nak lalu lalang. Hyunjin sengetkan kepalanya.

  "Oh you are?"

  "Hwang Hyunjin, janganlah kasar sangat." sampuk Han.

  "Kau tahu tak, Han.. i wish Lee Know is here.." bisik Hyunjin ke telinga Han, membuatkan riak wajah Han berubah.

  Felix tolak Hyunjin jauh dari Han, kolar baju Hyunjin ditarik kasar. Hyunjin sekadar senyum.

  "Jangan cari pasal dengan kawan aku." Felix memberi amaran.

  "Kau pun jangan cari pasal dengan Kiara! Apa kau tak puas hati sangat? Kau dengan mak kau, hanya menumpang harta bapak Kiara tau. Sedar diri tu sikit!"

  "WATCH YOUR MOUTH!"

  Baru saja Felix nak naik tangan, tubuhnya ditolak Kiara. Kiara berdiri di hadapan Hyunjin, Hyunjin hanya ketawa sinis.

  "Member sentap la, Ara." ejek Hyunjin.

  "Kau dengan kawan kau, sama je. Gila!" bentak Felix.

  "I know you love this craziness, Felix." ejek Hyunjin lagi. "Lagi elok gila daripada menumpang kekayaan orang~"

  Kiara pegang tangan Hyunjin, menandakan bahawa kata-kata itu agak melampau. Ya dia bencikan Felix dan Rosette, tetapi dia tak tergamak nak mengatakan bahawa Felix dan Rosette hanya menumpang senang di atas kekayaan bapanya.

  Felix menjeling Hyunjin sebelum berlalu pergi bersama rakan-rakannya yang lain.

  "Hey tak rasa ke tu melampau?" Kiara berpaling menghadap Hyunjin, kepalanya terdongak sedikit.

  Hyunjin ini tinggi betul!

  "Padan muka dia. Jom!" tangan Kiara ditarik Hyunjin supaya beredar dari situ.

DejaVuWhere stories live. Discover now