🌹🌹🌹
Kiara telan air liur melihat Min yang menadahkan lehernya untuk Jongho. Dia secara tak sengaja melihat, siapa yang suruh Jongho tak tutup pintu bilik. Dia tertanya-tanya, mungkin Yeosang akan melayannya begitu?
"No, he won't." terhinjut bahu Kiara mendengar suara yang menyapa tiba-tiba.
Jongho akhirnya sedar Kiara ada di hadapan biliknya. Pintu tertutup sendiri dengan perlahan. Kiara pandang lelaki di sebelahnya. Kim Hongjoong.
"Aku boleh baca fikiran. Ya, aku yang datang hantar kau ke hospital tu." Hongjoong kenyit mata. "Aku juga leader group ini."
"Baca fikiran?"
"Yes, jom?" Hongjoong menghulurkan tangannya, disambut Kiara.
Dia bawa Kiara ke ruangan taman, membuatkan gadis itu terkedu melihat bunga-bunga yang mekar di sekitarnya. Hongjoong lepaskan tangan Kiara apabila mereka berdua berada di hadapan bangku.
"Have a seat." pelawa Hongjoong lagak gentleman.
Setelah Kiara duduk, barulah dia duduk di sebelah gadis itu. Kiara rasa nyaman di sini, mungkin kerana aura semula jadi yang menyejukkan jiwanya.
"Apa yang kau nak tahu? Silakan bertanya." soal Hongjoong.
"Min dengan Jongho.."
"Min buat perjanjian yang dia akan hambakan diri dia kepada Jongho selepas Jongho bunuh kekasih dia yang curang. Jongho loves to hurt people, jadi macam tu lah."
"Sampai bila Min..."
"Sampai mati. Tapi last aku baca fikiran Jongho haritu, dia berniat nak jadikan Min tu kekasih dia. Cuma dia risau Min tak setuju. Lagi satu, kalau seseorang manusia tu dah dimiliki, yang lain tak boleh sentuh. Kalau tak, mati. Jangan bagitahu sesiapa, aku tak sepatutnya baca fikiran adik-adik aku sesuka hati." Hongjoong senyum nakal.
Kiara angguk. "Jadi, Jongho je yang ada.."
"Nope. Seonghwa pun ada. Tapi perempuan tu tak tinggal sini, Seonghwa akan datang cari dia bila perlu."
"Boleh tak..."
"Tunggu kau habis cakap lambat sangat."
"Aku.."
"Iyalah, aku tak baca dah fikiran kau lepas ni tanpa keizinan kau. Aku cuma suka ambil tahu hal orang, janganlah marah. Sama je macam Yeosang. Anyway kau bukannya macam Min pun kan? Untunglah kau."
"Apa yang untung?" soal Kiara, kali ini dia dapat habiskan kata-katanya. "Aku rasa macam aku sama je dengan Min. Terperangkap."
Hongjoong ketawa. Kiara masih tak tahu apa yang berlaku.
"Yang buat perjanjian dengan kau tu papa kau, bukan kau. Jadi kau tak terikat pun dengan Yeosang." terang Hongjoong.
"Maksudnya?"