18

295 37 19
                                    

🌹🌹🌹

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌹🌹🌹

  Kiara bangun pagi dengan mata separuh terbuka. Sinaran matahari membuatkan dia sukar untuk membuta mata. Dia raba ruang di sebelahnya, nampaknya tiada Yeosang di situ. Ke mana lelaki ini pergi awal-awal pagi?

  Dia bangun daripada katil, melangkah ke dapur. Tekaknya haus, dia perlukan air. Langkahnya terhenti melihat Wooyoung yang meneguk cecair merah pekat. Wooyoung senyum memandang Kiara, dia kagum gadis itu tenang.

  Kiara buat muka selamba, dia teruskan langkahnya ke peti ais dan diambilnya botol air mineral di dalam peti ais itu, diteguk sampai separuh botol sementara Wooyoung memerhatikannya.

  "Yeosang mana?" soal Wooyoung.

  "Entah. Aku ingatkan dia ada dekat bawah, pergi ruang tamu tak ada, pergi dapur pun tak ada. Keluar agaknya." balas Kiara.

  Wooyoung angguk sahaja. Kiara pandang Wooyoung seteleh botol air dimasukkan semula ke dalam peti. Wooyoung tak sedingin dulu setelah kematian Min, lelaki itu lebih banyak tersenyum. Baguslah, tak ada lah dia seram tengok Wooyoung. 

  "Ara, aku rasa macam aku nak bercuti." ucap Wooyoung lagi, dia letakkan gelas di atas meja.

  "Hmm, baguslah tu. Nak bercuti dekat mana?"

  "Entah, aku cuma nak tenangkan fikiran. Jongho masih avoid aku, walaupun dia tahu bukan aku yang buat."

  Kiara angguk faham. Pasti Jongho masih trauma, Wooyoung pula pasti terasa hati dengan sikap dingin Jongho. Kiara letakkan tangannya di atas bahu Wooyoung.

  "Sabarlah, nanti Jongho mesti akan okay. Aku sokong kau nak pergi bercuti tu, kau tenangkan fikiran kau dulu. Jaga diri kau."

  Wooyoung angguk senyum. Kiara sudah seperti keluarga juga bagi dia sejak gadis itu menetap di sini. Dia tak pula bersikap prejudis terhadap Kiara seperti mana dia bersikap begitu dengan Min. Sejujurnya dia menyesal pula bersikap dingin dengan Min. 

  "Thanks, Ara." Wooyoung peluk erat tubuh Kiara, Kiara balas pelukan Wooyoung.

  Dia suka dengan sikap terbuka Wooyoung yang sekarang. Lelaki ini sudah jauh berubah. Wooyoung lepaskan pelukan, dia kemudiannya meminta diri untuk ke biliknya. Kiara seorang di dapur, dia terbayangkan moment indah bersama Yeosang.

  Rasa macam tak percaya lelaki itu kini sudah sah menjadi teman lelakinya. Belum suami, sabor ya. Di saat itu juga ada tangan melingkar di pinggangnya, Kiara senyum. Bau. Bau Yeosang yang masih dia ingat sejak kali pertama bertemu.

  "Princess, i miss you." ucap Yeosang, separuh berbisik.

  "I miss you more. Pergi mana tadi, bangun-bangun dah tak ada." Kiara berpaling, Yeosang longgarkan pelukan di pinggang gadis itu.

  "Pergi ambil angin." dia kucup hujung hidung Kiara. "Rindu ke?" soal Yeosang, Kiara angguk senyum. "Sorry, princess. I won't do it again."

  Kiara senyum, dia letakkan tangannya di atas pipi Yeosang. Mata Yeosang dipandang dengan tatapan penuh kasih. Tak sangka betul dia bertemu lelaki sekacak ini, tambah pula lelaki ini adalah teman lelakinya.

DejaVuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang