04

333 50 48
                                    

🌹🌹🌹

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🌹🌹🌹

  Usai bermesyuarat, Kiara dalam perjalanan untuk ke tandas. Perutnya ini memulas sakan dari tadi. Belum sempat pun tangannya menolak pintu tandas, tubuhnya ditolak keras, membuatkan dia jatuh ke lantai.

  "Aduh.. kau kenapa hah?!" suaranya meninggi, marah dengan perbuatan tak bermoral itu.

  Dia nampak Felix berdiri di hadapannya, cepat-cepat dia cuba bangun daripada lantai namun perutnya dipijak Felix, membuatkan dia mengerang sakit.

  "Ahh.. s..sakit."

  "Kau bagitahu bapak kau pasal aku dengan mama aku kan?!" perut Kiara ditendang tanpa belas.

  "Eh suka hati akulah nak bagitahu apa..mmphh!" mulutnya dicium tanpa rela oleh bekas abang tirinya itu, puas dia cuba meronta.

  Air matanya mengalir, benci dan jijik dengan perbuatan Felix. Dia hanya berdoa moga ada yang menyelamatkannya. Bagaikan ada keajaiban yang berlaku, tubuh Felix ditolak kasar dan ditumbuk seseorang berkali-kali sehingga Felix pengsan di lantai.

  Kiara duduk memeluk lutut, membiarkan Felix diajar cukup-cukup. Puas dia lap bibirnya dengan belakang tangan, begitu jijik rasanya. Sampai hati Felix bertindak begitu. Teresak-esak dia menangis, tangisannya reda apabila ada tangan yang dihulurkan di hadapannya. Perlahan-lahan dia mendongak memandang pemilik tangan itu.

 Perlahan-lahan dia mendongak memandang pemilik tangan itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  "Bangun." arah lelaki itu, masih menghulurkan tangannya.

  Kiara sambut tangan itu, berusaha sedaya upaya untuk bangun. Setelah dia berdiri, tangan lelaki itu dilepaskan serta-merta. Tak mahu dia ambil kesempatan nak pegang tangan anak orang. Banyak gatal muka hang?

  "T..terima kasih."

  "Pelik."

  "A..apa yang pelik?" soal Kiara, dia lap air matanya.

  "Semua orang hanya tahu tengok, tapi tak tolong."

  Kiara sedikit terkejut dengan penyataan lelaki ini. Dia pandang sekeliling dan dia nampak beberapa orang pelajar perempuan bersama telefon bimbit mereka, merakam kejadian tersebut. Hancur hatinya.

DejaVuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang