08

305 41 13
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

  Kiara mengeluh berat melihat empat sahabatnya di atas sofa, masing-masing muka lebam. Dia sedang menyapukan ubat di pipi Bangchan, Lee Know pula masih lagi tak henti-henti membebel.

  "Tak guna punya Felix tu! Nasib baik Han bagitahu aku!" Lee know membentak.

  "Han?"

  "Iya, Han datang dekat meja kitaorang tadi. Cakap Felix plan nak belasah kau dekat koridor depan bilik multimedia tu. Kitaorang terus la pergi sana." jawab si Lee Know, Kiara angguk saja.

  Sejak bila Han di pihak dia? Bangchan pula sesekali mengaduh sakit apabila lukanya disentuh Kiara. Tiga lagi jejaka idaman malaya tu sudah dirawat, jadi tak adalah mereka bising. Bangchan perlahan-lahan membelai bibir Kiara yang habis luka itu.

  "Sakit?" soal Bangchan, risau.

  "Sikit je. Kauorang lagi teruk."

  "Sikit apa benda?!" Changbin pula yang naik angin. "Kau nak duduk pun sakit tu! Felix tu dah gila ke belasah perempuan?!" 

  "Dia bukan ke memang gila?" Hyunjin mencelah.

  "Sudahlah. Kauorang pergi bergaduh kenapa? Dah kena tindakan disiplin. Malulah." Kiara sebenarnya serba salah, kerana dia rakan-rakannya dikenakan tindakan.

  "Peduli apa aku. Asalkan aku dapat tumbuk muka Felix tadi, aku puas. Nasib baik Yeosang offer nak hantar kau balik. Kalau tak, kau mesti trauma tengok Felix kena belasah dengan Bangchan." Lee Know sempat menolak lengan sasa Bangchan.

  "Merepek lah kau. Kami sampai sana kau dah pengsan, aku mana boleh biar je baby girl aku kena pukul macam tu. Aku rembat je lah muka dia. Mula-mula aku nak hantar kau balik dulu, tapi Yeosang dah offer nak tolong. Bagus juga, boleh aku rembat Felix." balas Bangchan.

  Kiara senyum, dia pegang tangan Bangchan. Matanya memandang Lee Know, Hyunjin dan Chanbin silih berganti. Mereka juga memandang Kiara.

  "Thanks kauorang. Aku berterima kasih sangat." Kiara senyum.

  "No, baby girl. It's fine. Asalkan kau okay, aku akan buat apa saja." Bangchan senyum, Kiara sandarkan kepalanya pada bahu Bangchan.

  "Hyunjin, adakah kau perlukan bahu aku untuk bersandar?" Changbin pandang Hyunjin dengan senyuman nakal.

  "Oh tak perlu, aku bersandar pada tiang. Dasar miang!" kepala Changbin ditunjal, mengundang tawa daripada rakan-rakannya yang lain termasuk Kiara.

  🌹🌹🌹

  Seminggu berlalu setelah kejadian itu. Yeosang duduk di beranda rumah, dia memikirkan hal dia dan Kiara. Hongjoong muncul di sebelahnya dengan siulan. 

  "Adakah dia akan tinggal di sini? Sama macam Min?" soal Hongjoong tanpa bermadah, dia tahu Yeosang tak suka berbual kosong.

  "Kiara bukan hamba macam Min." 

DejaVuWhere stories live. Discover now