Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌹🌹🌹
Bangchan baru saja pulang ke rumahnya dan langkah mati apabila melihat rumah agam itu terbakar hebat di hadapan matanya. Bangchan tinggal bersama keluarga angkatnya, keluarga sebenar dia tak tahu ke mana.
Gugur air matanya apabila dia melihat tiga mayat diusung keluar. Dia terus meluru ke arah tiga mayat tersebut, meratap semahunya. Dia kehilangan tiga nyawa sekaligus dalam keadaan yang amat tragis.
Dua figura memerhati dari jauh, bersama senyuman sinis di bibir. Bangchan nampak dua figura itu, tangannya terketar-ketar menahan amarah.
Melampau, mereka melampau!
"Encik adalah anak kepada keluarga ni kan?" entah dari mana datangnya wartawa pula.
"Saya." jawab Bangchan, air matanya diseka.
"Apa perasaan encik.."
Boleh pula dia tanya perasaan, aku ligan wartawan ni nanti.
Sementara Yeosang berpeluk tubuh memerhatikan Bangchan di situ, menjawab soalan semua wartawan. Hongjoong berdiri di sebelah, turut bersimpati tapi dalam masa yang sama dia rasakan Bangchan layak mendapat semua itu.
Nyawa Min dan Kiara juga terkorban, juga dalam keadaan tragis. Tetapi tiada langsung simpati atau penyesalan!
"Sudahlah ragut nyawa orang yang tak berdosa, Yeosang.." pujuk Hongjoong.
"Tak berdosa.. tsk." Yeosang ketawa sinis. "Bapak angkat dia tu, bapak ayam. Lacurkan anak orang sana sini. Mak dia tu pula, sugar mommy. Habis rosak semua anak muda, dibutakan dengan duit. Dan abang angkat dia tu, merosakkan anak dara orang sana sini. Tak bersalah ke tu?"
Hongjoong terkedu. Rupanya semua latar belakang telah diselidik terlebih dahulu oleh Yeosang.
"Ini kali terakhir kan? Aku rasa mereka dah cukup terseksa."
Yeosang diam. Cukupkah? Dia sendiri pun tak tahu.
🌹🌹🌹
Malam itu, Bangchan dan Felix termenung di ruang tamu rumah Felix. Mereka mahu saja membalas dendam, tetapi itu bermakna peperangan diantara mereka akan semakin besar. Seungmin dan I.N turut ada di situ, memberi sokongan.
Pintu rumah terbuka, menampilkan figura Yeosang yang melangkah masuk dengan megahnya. Bangchan tanpa membuang masa menyerang lelaki itu, leher Yeosang dicengkam dan dilempar ke dinding.